Thursday, January 28, 2010

(diblogkan juga) Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ni dah beberapa hari diumumkan, tapi baru hari ni nak blog --- biasalah kan, mesti tau sebab utamanya...

Senarai 20 Sekolah yang tinggi prestasinya itu adalah seperti berikut (10 buah adalah sekolah berasrama penuh, 4 sekolah harian biasa dan 6 sekolah kebangsaan.)
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :
  1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
  2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
  3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
  4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
  5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
  6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
  7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
  8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi
Pemimpin Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.
  3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.
Guru Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.
  3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Murid Sekolah
  1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
  2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
  3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
  4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
  5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.
Kategori Sekolah
  1. Sekolah Kerajaan
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan
Jangka Masa Pelaksanaan
2010= 20 buah sekolah
2011= 30 buah sekolah
2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT
  • Kepimpinan
  • Pengurusan
  • Pencapaian
  • Kejayaan
  • Perhubungan
  • Identiti Kendiri
  • Pembelajaran Terarah Kendiri
  • Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
  • Kesaksamaan
  • Timbal- Balas
  • Penurunan Kuasa
Pelan Strategik SBT
Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi
Pemimpin
  1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
  4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
  5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
  6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.
Guru
  1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Ganjaran dalam bentuk bonus.
Murid
  1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
  2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia
  3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
  4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.
  5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.
  6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
  7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.
  8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.
  9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
  10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.
Kekangan
  1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
  2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
  3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.
  4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.
  5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.
Cadangan
  1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
  2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
  3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
  4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)
  5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan)

Boleh juga baca portal blog kawan Alumni SAMURA saya, klik SINI

Wednesday, January 27, 2010

Sinaran Mata Kasihmu --- (sajak)

Sinaran Mata Kasihmu

Renung menyelam ke dasar retina
Merobos kornea dan kanta matamu
Yang sentiasa bersinar
Meninggalkan iris di tepian
Lalu
Meneroka ke alam yang gelap
Dan tersasar di dinding kekaca
Terhampar lantunan cahaya kasihmu

Dan aku terpaku
Menerima padah biasan
Silauan sayangmu
Di situ

Dan kau masih ingat diriku
Masih kau ingat diriku
Dan kau masih ingat cerita itu
Masih kau ingat cerita itu

Di sebalik dinding kaca ini
Kau hilang kembali
Dan kau hilang kembali
Menyepikan diri

-tajmosa-

Friday, January 22, 2010

Takziah & Al-Fatihah: Cikgu Jamion Sies

Dapat berita Cikgu Jamion Sies meninggal Maghrib malam tadi. Tak dapat tidur malam tadi, memang teringat Arwah. Cikgu Jamion mengajar sebahagian batch kami 83-87 subjek Bahasa Malaysia di SMS Muar. Tapi saya kenal Cikgu sebelum masuk SMS Muar iaitu di Sekolah Tun Perak (STP).

Oleh kerana first batch 83 (kami) di SMS Muar bermula Jun 83, maka STP sediakan kelas transit pelajar Form 1 yang akan keluar dari STP untuk ke SMS dan SBP yang lain. Bersama saya dalam kelas itu yang saya ingat ke SMS Muar ialah Hamdan Abu Samah (Hamdan Magua) dan Cikgu yang bersama-sama mengajar sementara transit ada 4 orang kalau tak silap. Yang paling diingat ialah Cikgu Jamion Sies (BM) dan Cikgu Zaini (Sains Panduan). Mereka kerap berbual dengan kami dan saling bertanya khabar sehingga kami semua pindah ke SMS Muar. Memang Cikgu seorang yang baik dan penyayang.
Gambar dari FaceBook, Cikgu Jamion berdiri belakang 3 dari kanan. (Gambar 1985)

Last sekali saya dapat bercakap dengan Cikgu Jamion ialah pada Nov 2007, menjemputnya ke KL untuk Dinner 25 Tahun SMS Muar, tapi beliau tidak dapat hadir.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Jamion Sies. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dalam golongan orang soleh. AMIN.

(Allahyarham meninggal jam 720 malam hari Khamis 210110, 7 bulan sebelum hari lahirnya yang ke 56. Beliau meninggalkan seorang balu dan 5 org anak - updated by Zaky's blackberry.)

Thursday, January 21, 2010

Mee Kuning Keluaran Kami

Atas kesedaran fardhu kifayah dalam menyediakan makanan produk halal, saya dan sepupu kini menambah satu lagi aktiviti pendapatan iaitu membuat/proses dan mengedar mee kuning (untuk permulaan) sekitar kawasan Subang Jaya dan Shah Alam. Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengusaha kantin/restoran ataupun agen pengedar samada sendirian/kedai runcit/mini market. Mereka yang menyokong secara individu atau perkumpulan-perkumpulan juga dialu-alukan.

Mee kuning buatan kami halal, suci dan bersih, Insya-Allah, dipek segar/fresh. Tiada kapur dan bahan pengawet. Jika berminat ataupun tahu/sudi membantu ruang/peluang yang boleh dimasuki, sila hubungi email saya tajudinms@gmail.com

Terimakasih kerana menyokong produk halal.

Tuesday, January 19, 2010

TAJUDIN

TAJUDIN in Morse Code :
-.-.---..--....-.

***

T A J U D I N :
20 + 1 + 10 + 21 + 4 + 9 + 14 = 79


Some words from the dictionary with the same aritmetic sum of 79 are:
subtle, charitable, stoical, satiric, bighearted, champion, classy, healthy, loving, merry, super, honored, cherished
***

TAJUDIN as a Barcode:

---

thanks pada kawan yang pass link, klik SINI

Monday, January 18, 2010

Happy Birthday Hanif...!!!

Hari ini hari jadi Hanif yang ke-12. Selamat hari lahir, semoga jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Tambah pulak tahun ni UPSR/PSRA! So, buat betul-betul OK!
Pagi tadi bawa dia pi JPN Shah Alam, buat IC / Mykad.
Hanif tanya ada ujian apa-apa ke nak buat Mykad.
Saya cakap ada - nanti pegawai dia tanya Malaysia ada berapa negeri, apa ibunegeri Selangor. kalau salah jawab tak leh dapat Mykad...(he he he tengok dia diam je...)
Lepas dah settle semua, masuk nak turun lif, Hanif tanya --- ni saya dah buat Mykad kira saya dah ada lesen bawak kereta ke, Bah?
Tu gambar Hanif pegang buah jambu yang dipetik dari farmville!!!

Friday, January 15, 2010

englishia

Good to share this! Sent thru email by my former English teacher...


===

British English vs. Malaysian English
Who says our English is teruk? Just read below, ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.
.
WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No stock.
.
RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who call?
.
ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me.
.
WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No need lah.
.
WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysians: (pointing at the door) Can ah?
.
WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: No need shy shy one lah!
.
WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?
.
WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want lah.
.
IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err..., I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad ah?
.
WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!
.
WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU..
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?
.
WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment..
Malaysians: Die lah!!
.
WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: What happened ah? Why like that one lah?
.
WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.
Malaysians: Like that also don't know how to do!
.
WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me?
Malaysians: Celaka you!

Wednesday, January 13, 2010

Rock Melon - benih melon yang dikahwinkan

(makluman) Dalam dunia fertigasi, gambar atas itu adalah benih-benih rock melon yang dipaket mengikut variety untuk dijual oleh kami di Dunia Dagang. Yang kiri ialah rock melon Glamour, rock melon Olympic Gold (tengah) dan rock melon Gordes (kanan). Banyak lagi variety rock melon termasuk jade dew dan langkawi gold melon. Terpulang kepada penanam dan pemborong buah nak yang mana.
(peringatan) Oleh kerana ianya (benih-benih) adalah kacukan/kahwin F1, maka benih yang terhasil dari buah melon ini, janganlah diguna semula sebagai benih untuk tanaman musim kedua atau seterusnya. Nanti tak jadi. Kalau jadi pun, bermasalah ataupun bentuknya kelakar. Perabih boreh - orang Negori kata.
(berminat) Kalau teringin nak tanam, atau nak test kat rumah boleh beli online/order dengan email saya tajudinms@gmail.com

Monday, January 11, 2010

Aizat Pergi




Lagu Lirik : Pergi - Aizat (Anugerah Juara Lagu AJL ke-24)

sayu terpisah

hikayat indah kini hanya kini tinggal sejarah

berhembus angin rindubegitu nyamannya

terhidu wangian kasihmu

*hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kau lah laguku kau irama terindah

tak lagi ku dengari

kau pergi

pergi...

sepi tanpa kata

terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

apapun kata mereka

biarkan kenangan

berbunga di ranting usia

Sunday, January 10, 2010

Selamat Pengantin Baru!

Menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Tuan Haji Ibrahim Abd Rahman + Hjh Zaini Abdullah iaitu Shaiful Faisal dan pasangannya Haniza Bahauddin di Dewan D'Kelana, Kelana Jaya. Meriah dan banyak betul menu makanan...

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.

Saturday, January 9, 2010

(Ahmad Zahid) Ini Bukan Pasal Harga...

Jujur, amanah dan berintegriti dalam setiap kerja/usaha kita. Amanah bukan bergantung pada kuantiti. kalau songlap 50 sen sekali pun, Allah akan tanya semua yang terlibat. Harap ingat balik cerita riwayat Saidina Umar r.a. (Khalifah Islam ke-2) dan banyak lagi cerita bab jujur sahabat - buah epal dan buah kurma.

--- ambik pengajaran, jangan buat malu negara. Dulu-dulu mana ada kes hilang enjin jet!!! Ini rekod dunia. Pikior le...





PUTRAJAYA - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk `afterburner’ ialah RM303,570. Katanya, nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran mata wang negara pada masa itu. Menurutnya, bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, “Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk `afterburner’ bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar semalam yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta sehingga RM28 juta. Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F-5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.


Terperinci SINI

Wednesday, January 6, 2010

...i Lelaki Tulen, Bang...

(Sharing is caring. Sensitive?...gulp huh...)

Sepertimana yang ramai tahu, mulai 1.1.10 hari tu, mas kawin di Selangor dinaikkan dari RM80 tunai ke RM300 tunai. Kenaikan pertama sejak 1968 (atau 1978).

===
Dalam satu taklimat anjuran agensi kerajaan di Selangor, dimaklumkan bahawa seramai 29,000 wanita/perempuan di Selangor yang layak (sedang elok) berkahwin tetapi masih belum berkahwin.


Nisbah semasa lelaki dan perempuan dalam golongan itu ialah 1:13, 1 lelaki dan 13 perempuan. Ustaz tu habaq kalau setiap lelaki di Selangor kawin 4, siap ada baki seorang perempuan masih juga tak akan kawin.

Selain dari itu, untuk makluman, dalam satu sampel kajian yang dibuat berdasarkan 77,000 orang Mak Nyah (pondan/bapok), 70% adalah orang Melayu/Islam. (Nanti lain kali saya akan tulis hal berkenaan ini kalu ada masa.)

So, boleh agak tak ke mana perginya lelaki TULEN...??? Dan kenapa masih ada yang tak kawin?

(Ya Allah lindungi kami dan masyarakat kami dari kehidupan yang caca marba)

Friday, January 1, 2010

Sempena Hari Haul Mu, Tajudin --- (sajak)

Thanks semua rakyat dunia!!! Terimakasih kerana sambut birthday tuan punya blog ni - 1 Januari 2010.

(biasaklah, jangan marah, ini statement perasan setiap tahun)


Ya Allah, aku dah 40 tahun...Allah mulakan hari Jumaat ini 01.01.10 dengan Gerhana Bulan.



---



Sempena Hari Haul Mu, Tajudin

Selamat Ulangtahun Tajudin
Hari Haul
Yang ke-40
Kau sudah hampir ke senja
Jangan perasan muda
Jangan tengok kepala
Tapi tengoklah pada pahala

Tajudin
Kalau panjang umur hidupmu
Ke-80 tahun bersubsidi
Maka separuh hayatmu
Telah selamat dihabiskan
Harap kau tidak nyanyuk
Harap kau tidak mengarut dan mencarut
Harap kau tidak menyibuk dan mengacau
Kau terus hidup berusaha
Dan terus berjuang

Dan Tajudin
Kalau umurmu hingga ke-63
Maka tinggallah 23 tahun cuma
Seusia itu
Nabi masih mampu merubah umat
Sahabat masih mampu meluas agama
Panglima perang masih mampu menakluk Parsi dan Rom
Hitler dan Napoleon pun mampu menawan Negara
Otto, Bell dan Edison pun mampu mencipta sejarah
Ramai yang berjaya
Dan ramai yang kaya
Tapi kau hanya bertapa di Subang Jaya
Di dunia yang penuh tipu daya

Dan Tajudin
Andainya umurmu cuma sehingga esok
Bersyukurlah
Bersyukurlah dalam redha


Kekuatan kesungguhan mu terhenti di situ
Maka
Lihatlah apa yang telah kau usahakan
Lihatlah apa yang telah kau jayakan
Lihatlah keluarga, waris dan keturunanmu
Penentu jayamu
Sudah diperbuat kebaikan sepanjang hidupmu
Yang akan terus hidup walaupun sesudah matimu
Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan

Dan sempena Harijadimu
Hari Haul
Yang ke-40
Jangan kau jadikan Tajudin itu jasad yang kosong
Jangan kau jadikan Tajudin itu roh yang buruk
Datang ke dunia dengan putih bersih
Maka jangan pergi dengan jiwa hitam dan busuk

Moga Allah selamatkan kamu wahai Tajudin
Moga Allah sejahterakan kamu wahai tajudin
Moga Allah rahmati kamu wahai Tajudin


-tajmosa-
Subuh Jumaat, Gerhana Bulan, 1 Januari 2010, 15 Muharam 1431. Genap 40 tahun.