Wednesday, September 29, 2010

Tips Cara/Kaedah Tanaman Rock Melon Fertigasi

Syarikat kami Dunia Dagang Trading terlibat dalam bidang/projek fertigasi dan termasuk dalam pembekalan barang-barang/fertilizer, tanaman, khidmat nasihat projek fertigasi. Lawat lama web kami di www.duniadagang.com. Antara tanaman yang boleh ditanam secara fertigasi ialah rock melon.
Khusus kepada yang ingin berjinak-jinak dalam pertanian atau bidang agro-fertigasi ini khasnya tanaman melon dan ingin tahu cara-cara, tips/kaedah tanaman/penjagaan rock melon ini secara percuma FOC, boleh email kepada saya tajudinms@gmail.com. InsyaAllah, saya akan emelkan kaedah-kaedah yang digunapakai oleh kami di ladang.


Selamat mencuba dan selamat majujaya.

Monday, September 20, 2010

Hanif & Rakan2 - Selamat Tempuh UPSR/PSRA

Mulai esok Hanif dan semua murid Darjah 6 akan menempuhi UPSR selama 3 hari, diikuti pula PSRA (Ujian Kelas Agama bagi Selangor dikendalikan JAIS) pada minggu hadapan.
Semoga Allah s.w.t mempermudahkan Hanif dan rakan-rakan mereka semua menduduki peperiksaan ini dan berjaya dengan cemerlang, Insya-Allah.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua berada, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri. Moga-moga Allah s.w.t menerima semua ibadah Ramadhan kita, mengampuni segala dosa-dosa kita dan membebaskan kita dari azab api neraka.

Amin.

Thursday, September 2, 2010

Takziah & Al-Fatihah

Sudah 2 hari berturut-turut 2 sepupu isteri meninggal dunia.


Semalam petang Allahyarhamah Nurfarahin Idris (40 tahun) meninggal kerana strok & komplikasi. Pagi ini pula Arwah Dr. Azaman Muslim meninggal kerana jangkitan viral. Kedua-duanya diurus/disolat di Masjid Al-Falakh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 23 (tempat kubur Hanan)

Takziah kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah untuk kedua-dua Arwah. Moga Allah merahmati keduanya dan termasuk dalam golongan yang berbahagia di akhirat. AMIN.