Tuesday, March 17, 2009

dan berleluasalah PENUMBUK RUSUK -- (sajak)

DAN BERLELUASALAH PENUMBUK RUSUK
.
Mukanya nampak baik tapi sebenarnya bermuka-muka
Matanya nampak cantik tapi diperhati mata-mata
Telinganya kecil tapi sebenarnya menelinga
Tapak tangannya kecil tapi nyiru ditadahnya
Atas mejanya bersih
Tapi akaun di bank dibentang seluas-luasnya
.
Bila dosa tidak diendah
Bila mata berlambang duitan
Bila senyum telah berbalas
Bila bahu telah ditepuk
Bila tangan telah dipegang
Bila jari telah menggengam
Bila ongkos berpindah tangan
.
Jiwa menjadi tidak keruan
Isi daging mulai membusuk
Anak menjadi semberono
Isteri hilang pedoman
Rezeki tiada bersumber
Rumahtangga entah ke mana
Masyarakat rosak hancur
Negara porak peranda
.
Kuasa menjadi penentu
Hidup dalam kerisauan
Baik di depan, buntut berkudis
Perut bernanah, manusia terhimpit
.
Yang menumbuk dan yang ditumbuk rusuknya
Jemputlah semua menghadap Ilahi
Kerana sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui
.
-tajmosa-
(rasuah, pelincir, duit kocek/poket, duit kopi, al-risywah, makan suap, komisyen, bribe, sogok, corruption, berselingkuh, politik wang)
---
update 19/3 -- rasuah menurut Islam, klik SINI. rasuah menurut undang-undang, klik SINI.

4 comments:

  1. tumbuk rusuk=rasuah
    yeay bhsa melayu sgt indah haha
    benci rasuah!

    ReplyDelete
  2. sajak tuju kepada siapa ini?

    ReplyDelete
  3. anon, tuju kat diri sendiri dan juga pesan-pesan kat orang lain.

    ReplyDelete