PUTRAJAYA: Penghuni kediaman berbilang tingkat dilarang menyidai pakaian di kawasan terbuka apabila penguatkuasaannya dilaksanakan mulai awal tahun depan.Tabiat itu yang biasa dilihat di rumah pangsa atau pangsapuri ketika ini menyebabkan imej dan pemandangan kawasan persekitarannya terjejas terutama di kalangan pelancong asing.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi menguatkuasakan peraturan itu, satu garis panduan akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.“Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan menyediakan tempat yang khusus dan peralatan sepatutnya disediakan, akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan, serta Menteri Besar dan Ketua Menteri.
my blog - my life - dilambatkan dengan cepat dari pagi hingga ke paginya. i compose, i edit, i publish and i share my own story.
Wednesday, December 3, 2008
sidai jangan tak sidai (tahun depan dah tak leh sidai)
....pehhh, nak decide bab sidai kain pun YAB kena chair...
sidai jalur gemilang tak per.
ReplyDeletesidai jejalur terbilang tak bleh.
elokla tu tk sidai..sedap mata memandang..
ReplyDeletebg lah orang lain pengerusikan majlis, menteri @ ksu cukup lah..
ReplyDeleteKat Singapore boleh la buat peraturan macam ni. Diorang tu semuanya duduk di bangunan bertingkat. Baju semua guna dryer. Orang kat Putrajaya tu guna apa ek...
ReplyDeletesham, amende jejalur terbilang tu
ReplyDeleteaaapit, habis depa nak sidai kat mana. sidai kat ruang tamu lepas tu full blast kipas?
ReplyDeleteyensetapak, kawan setuju dengan mu. KSU cukup la...
ReplyDeleteSJ, kawan tak tinggal kat putrajaya, nanti la kawan tanya-tanyakan camana depa keringkan baju...
ReplyDeletejejalur terbilang?
ReplyDeletealah...yg pakai tali tu.
yang bawak 2 biji kat depan tu.
ikut suka depa la nak sidai kat mana, depa punya rumah...
ReplyDelete