Wednesday, March 21, 2012

Pesta Buku Kelantan 2012


Semua dialu-alukan untuk datang/hadir/meriahkan Pesta Buku Kelantan 2012 yang akan diadakan pada 28 Mac - 3 April 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB, Padang Perdana, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan.

Pesta ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan & Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman & Rangkaian Kedai Buku/Alat Tulis.

Tuesday, March 13, 2012

My1Stop Workshop#8 on Saturday 17 March 2012



My1Stop Virtual Shopping Mall cordially invite all entrepreneurs and entrepreneur-to-be to My1Stop v2 Workshop #8:


Date: Saturday, 17 March 2012

Time: 9:00am
Location: My1Stop HQ, 20C, Level 3, Jalan SS 19/1D, SS19, Subang Jaya, Selangor


AGENDA

9.00 am

- Registration of participants
- Introduction by the CEO & Co-Founder of My1Stop.my


9.30 am

SETTING UP YOUR ONLINE STORE

Hands-on guide on how to start selling through your e-store, e.g. how to add, edit, remove, categorize items, payment & delivery settings.

SMART ONLINE MARKETING

Hands-on guide on how to use more advanced e-store features, including how to use e-store online marketing tools and how to improve SEO to boost business.

1.30 noon

LUNCH-BREAK

2.30 pm

NETWORKING SESSION

Participants will have the opportunity to introduce themselves, their business and what they can offer to other participants.


You are encouraged to bring the following:

- Your own laptop for your own convenience for the seminar and workshop
- Your business card, fliers, product sample (if any) for the networking session

Open to all, members and non-members

Fee: RM150.00 (bring 2 additional friends at NO additional charge)

To make reservation, click the following link here RESERVE:

My1Stop Workshop 5

Friday, March 2, 2012

Rayuan DARUL ATIQ (Dana Tanah Wakaf & Sumbangan)

Sehari-dua ini saya asyik teringatkan Almarhum Ust. Hj Ghazali - Pengasas Darul Atiq, selepas saya ceritakan kepada kawan-sahabat akan keindahan suatu tempat di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Tergerak pulak hati saya untuk saya selongkar inbox emel saya & terjumpa satu emel terakhir berkenaan Darul Atiq bertarikh 12 Februari yang belum saya teliti/lihat yang MESTI saya share di sini untuk sokongan/bantuan semua yang membaca blog saya ini.
Sebelum tu, elok saya cerita sikit Darul Atiq ini. Pengasas Darul Atiq iaitu Almarhum Tok Guru Ust. Hj. Ghazali Hasbullah pernah mengajar saya dan memberi kuliah di Subang Jaya. Ust. telah meninggal dunia pada hari Jumaat 1 Rejab 1432H @ 3 Jun 2011.
.
Darul Atiq ditubuhkan oleh Ust. Hj Ghazali pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah diwaqafkan (pada asalnya). Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal/janda, pesakit mental, remaja terlanjur, remaja bermasalah, masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di sini yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah sekitar 130 orang dengan jumlah perbelajaan harian RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran selenggara dan lain-lain belanja.
.
Kewangan Darul Atiq adalah hasil tenaga pengajar yang beri ceramah agama di sana sini dan sumbangan orang ramai. Alamat/Lokasi Darul Atiq ialah:
.
Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor
.
Baiklah. Emel yang baru saya teliti baca itu maklumkan bahawa Darul Atiq, yang kini diterajui oleh anaknya Ust. Ahmad Razim Ghazali memohon sumbangan berjumlah RM350,000 bagi membeli tanah wakaf 3.5 ekar yang setiap satu ekar berharga RM100,000. Menurut Ust. Ahmad Rizam, tanah yang diwakafkan pada mulanya 6 ekar (siap dengan perjanjian di dalam masjid tahun 1982 dahulu) telah diambil semula oleh tuan tanah ketika Almarhum Ust. Ghazali masih ada hayat. Hanya 3.5 ekar sahaja diperuntukkan semula kepada Darul Atiq.
.
Tetapi, lebih kurang seminggu selepas Pengasas Darul Atiq itu meninggal dunia, tuan tanah sudah mula berhasrat menjual tanah 3.5 ekar. Hakikatnya tanah itu telah diwakafkan 31/32 tahun dahulu. Sudahlah begitu, harga yang hendak dijual kalau ikut harga pasaran di area tersebut ialah RM50,000 seekar, tetapi tuan tanah berkeras untuk jual RM100,000 seekar!
.
(Ya Allah, berilah taufiq hidayah kepada tuan tanah dan lembutkan hatinya sepertimana yang telah Engkau kurniakan kepadanya lebih 30 tahun yang lalu.)
.
Dan ini berlarutan sehingga Ustaz Ahmad Razim istikharah dan putuskan pada hujung Januari lepas (2012) Ust. Ahmad Razim mulai membuat rayuan untuk dana wakaf ini. Hal bab tanah/harta yang diwakafkan yang dibatalkan itu biarlah itu antara tuan tanah dengan Allah s.w.t.
.
Saya mohon siapa yang membaca blog ini sumbanglah semampu mungkin &panjang-panjangkan kepada hal ini kepada sahabat-sahabat/saudara yang lain supaya beban kewangan Darul Atiq dapat di atasi segera. Sila salur terus kepada Ust. Ahmad Rizam Ghazali (019-3995344) Akaun: Maybank No: 164221033488 (Ahmad Rizam Ghazali).
.
Tolong war-warkan, semoga Allah s.w.t merahmati usaha kita. InsyaAllah. Al-Fatihah juga untuk Almarhum Ust. Hj Ghazali Hasbullah, moga-moga rohnya dalam rahmat Allah s.w.t.
(Almarhum Ust rajin menjemput saya ke Darul Atiq setiap kali ada kenduri, tapi saya tidak pernah sekali pun hadir...)