Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Jumaat Yang Menoktahkan --- (sajak)

(Hanis, Hanif, Hanaa - hari ini genap 5 tahun Atuk tinggalkan kita. Al-Fatihah)

JUMAAT YANG MENOKTAHKAN

Sakit ini menyiksakan
Tak tertahan menanggungnya
Pedih ke setiap inci susuk tubuh
Membunuh dengan perlahan
Membunuh dengan senyap

Siksanya tiada yang tahu
Terpaksa ditempuhi, sabar
Tiada menyusahkan anak, saudara
Dan semua
Tertanggunglah derita sendirian

Lambat lagikah Jumaat?
Sering terucap di hari-hari terakhir
Tetapi tiada siapa yang mengerti
Meneka maksud tersirat di hati
Semuanya rahsia azali
Benar, hanya diri mampu mengerti

Tahu
Kenapa lambat untuk bertemu Jumaat

Lalu
Benar

Seperti sering terungkap
Jumaat pun hadir
Dari Subuh menyinsing

Dan diri pun mulai nazak
Kata-kata sudah tiada
Nafas terputus-putus, tersekat
Dada naik turun, bertahan
Cuba bertahan
Dan bertahan
Hanya mampu bertahan dalam redha
Maha Suci Allah
Menetapkan segala kejadian

Lalu terhentilah nafas
Sejurus selesai solat Jumaat
Dan
Tercabutlah nyawa, untuk kesekian kalinya
Roh kembali kepada Yang Maha Esa
Moga dengan rahmat dan kasihNya


-tajmosa-
Sep '04
titipan mengenang hari terakhir pulangnya ke rahmatullah Ayahanda Mertua. Jumaat 17 September 2004 (2 Syaaban 1425) jam 2.15 pm. Kanser paru-paru. Al-Fatihah.

Monday, April 13, 2009

sempurnakanlah SUJUD

Imam Abbas menerangkan keperluan memperbaiki solat, khusus dalam tazkirahnya ialah sewaktu SUJUD. Anggota sujud (yang mesti menyentuh tempat sujud) merangkumi:
.
1.Dahi (termasuk juga hujung hidung). Dahi mestilah diletak ditempat sujud dan tidak berlapik/ditutup dengan sesuatu..
2.Dua tapak tangan (jari-jari dirapatkan, lengan ketiak dibuka sedikit - bagi lelaki dan bagi perempuan dirapatkan ke badan. tangan/siku JANGAN diletak/diturunkan atas tempat sujud/sejadah)
3.Dua lutut.
4.Dua kaki (tapak jari kaki yang hendaklah mencecah tempat sujud). Tidak sah solat bagi mereka yang melunjurkan kakinya atau bahagian kuku kaki yang menyentuh tempat sujud seperti diselunjurkan.)

---

Rujuk juga SINI dan SINI
Mengerjakan Solat adalah fardhu bagi setiap Muslimin/Muslimat. Solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah s.w.t. Bagi mereka yang sakit, sila lihat cara Solat orang yang sakit termasuk cara Tayammum di SINI , SINI dan SINI
.
Ada masa lihatlah juga perlaksanaan Ibadah Solat di International Space Station ISS oleh JAKIM, buku yang pertama diterbitkan seumpamanya, klik SINI. (manalah tau semua banyak duit nak jadi visitor jalan-jalan ke ISS...)