Thursday, April 30, 2009

test your IQ+EQ+SQ (sempena Cuti Hari Buruh)

(In conjunction with Labour Day (tomorrow) and long holidays/weekends, boleh lah beristirehat sambil cuba pikiorkan jawapan tekateki bawah ni...
Come on, you may have long holidays (...for your body) but not to your IQ...so give a try, salah pun tak pe...)


---soalan ujian IQ---
Tiga mayat yang dah tinggal rangka dan tengkorak ditemui di lereng Gunung Merapi, Indonesia. Semua pakar forensik satu dunia dah dipanggil untuk kenalpasti mayat ni bangsa apa/berasal dari mana. Amat malang, semua pakar forensik dunia tak dapat jawab, bahkan makin confused.
HANYA pakar forensik dari Malaysia yang jawab penuh yakin.
.
Pakar Malaysia jawab --->>> mayat ini adalah orang Arab (Saudi Arabia).

Semua pakar dunia terkejut.
Terus semua depa tanya pakar forensik Malaysia -- camana hang tau mayat ni orang Arab?


(OK OK korang tau tak camana pakar forensik kita tau mayat tu orang Arab?... sapa jawab tepat & tak meniru, boleh terima hadiah... OK cepat uji IQ+EQ+SQ anda...guna ruangan komen)

---
Tarikh tutup untuk jawap ialah pada Hari Isnin 4 May 09.
Selamat bercuti semua!!!!
---
(Update 4 May 09 11.15pm - ujian IQ+EQ+SQ ini akan terus dibuka bagi memberi peluang orang Malaysia menguji IQ...teruskannnn mencuba...)
(update 17 may 09 2.02pm - jawapan - di celah gigi berlubang kesemua mayat tu ada biji kurma...)

Wednesday, April 29, 2009

...ke PESTA

Last weekend, budak-budak Hanaa, Hanif & Hanis pi Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. Depa pi bersama Papa Long (pak sedara depa). Setiap sorang dapat satu buku sponsored by the uncle...
Hanis, dia suka sangat buku-buku karya AIN MAISARAH. Hanis kata buku-buku cerita dia best, kelakar, penuh dengan fakta, simple, dan jalan cerita macam real... klik Ain Maisarah (blogroll). Dah nama pun pesta buku, so Papa Long belanja Hanis beli Kini Berwajah Baru
Hanaa pilih buku ni --- Debaran Buku Biru
Hanif pilih buku ni --- Abang, Adik, Ayam by Ezze Rahmani

Monday, April 27, 2009

Babi Selsema, 1 Dunia Kacau

(Update: 29/04 10.09pm - menarik/penting - baca jugak SINI.)
---

Selsema babi dah merebak dan menular, bermula di Mexico. Boleh baca SINI dan juga SINI


(sebelum saya ceritakan kisah benar ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada nama yang kebetulan terlibat)
Saya bersyukur penyakit SWINE FLU ini ditranslate sebagai SELSEMA BABI, bukannya SELSEMA KHINZIR. Dulu sekajap, di TV/radio/paper, entah sapa mulakan (tak pasti) pandai-pandai depa tukar BABI itu kepada KHINZIR.


I have a friend whose name is KHIZIR (bro, maafkan aku citer benda ni). During JE time, we have to say/call his name properly using exact pronounce either in the meeting or lepak time. If not - if you call - En. Khinzir, pehhh, kecik hati brader ni...actually aku pun sedih jugak...pasal kadang-kadang tersasul...


Memang dia kecik hati pun kat orang Malaysia yang suka-suka tukar BABI ke Khinzir. Tapi now OK, back to BABI.


Semoga rakyat Malaysia terhindar daripada SELSEMA BABI ini.
Tanda-tanda awal selsema babi lihat
SINI dan SINI.

(ringkasan) UCAPTAMA

Teks Ucaptama Yang Dipertua PIBG

Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan

(..nama saya..)

“Merenungi Semangat Keibubapaan Ibubapa Kita Dalam Mendidik Keluarga”


Sempena Seminar Keibubapaan PIBG SIMDE 2009

-Menjadi Ibubapa Genius - Ke Arah Keluarga Bahagia-

26 April 2009 / 1 JamadilAwal 1430H

8.30pagi-12.30tengahari

Dewan SIMDE, Subang Jaya

Terimakasih Pengerusi Majlis

Bismillah….

...

...

...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w., seluruh kaum keluarga Baginda, para sahabat, pengikut sahabat, para tabi’, para syuhada dan mereka yang menegak dan meninggikan syiar Islam ke muka bumi ini sehingga dapat kita semua merasai nikmat Islam dan Iman hari ini, Alhamdullilah.

Syukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan inayah dan taufik-Nya dapat kita semua berkumpul dalam satu majlis, satu program yang tidak kurang pentingnya pagi ini ini untuk sama-sama kita bermuhasabah bagi memperbaiki diri dan keluarga bagi meneruskan kehidupan kita cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

...

...

PENDAHULUAN

Saya bagi pihak PIBG SIMDE mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa dan guru lebih-lebih lagi kepada pakar motivasi kita yang kita jemput khas untuk program ini iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman. Jutaan terimakasih kepada YBhg Prof Dato’ kerana meluangkan masa hadir bersama dalam majlis kita ini yang sebentar lagi akan mengupas, berkongsi ilmu dalam tajuk yang luas – "Menjadi Ibubapa Genius, Ke Arah Keluarga Bahagia". Tajuk ini diluaskan skopnya kerana adalah hasil komunikasi dengan Prof Dato' , maka wujud kesefahaman pandangan iaitu menjadi genius sahaja tidak cukup, bahkan akan rosak/runtuh sesuatu keluarga jika ibubapanya genius tetapi tiada kebahagiaan.

Untuk makluman kita semua, YBhg. Prof. Dato’ adalah seorang Profesor Fizik di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Beliau juga merupakan Felo Kehormat IKIM, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2008 dan penerima Anugerah Maal Hijrah peringkat kebangsaan, juga pakar dalam bidang Fizik, terma, tenaga suria dan fotovoltan. Beliau banyak terlibat dalam penyelidikan dalam dan luar Negara untuk World Renewable Energy. Telah menulis lebih 20 buah buku buku dan jurnal yang berkaitan fizik dan tenaga suria. Beliau juga adalah kumpulan pakar dalam Institut Integriti Malaysia.

...

...

YBhg Prof. Dato’, ibu-ibu, bapa-bapa dan para guru sekalian,

Program atau Seminar Keibubapaan atau Parenting ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi kita dewasa ini dan tidak juga sesuatu yang baru bagi kita semua. Mungkin ada antara kita yang kerap mengikuti kursus seperti ini dan telah mendapat pelbagai petua / tips yang baik untuk diamalkan, kalau tidak seluruhnya, telah diamalkan secara sedikit-sedikit. Tindakan langkah-langkah dalam parenting ini berubah-ubah mengikut keadaan zaman, tetapi umumnya bolehlah kita katakan pada konsepnya ia masih mengekalkan ciri-ciri sifat matlamat keibubapaan yang sama. Maka program kita hari ini untuk membolehkan kita menimba seberapa banyak lagi ilmu yang kita sendiri tidak tahu ataupun terlepas pandang.

Sebenarnya program seperti ini perlu kita jadikan wadah untuk lebih memahami peranan kita sebagai ibubapa, sebagai keluarga dan sebagai entiti dalam komuniti/masyarakat, agar kita mampu mengambil seberapa banyak pengajaran bagi membawa perubahan ke arah kebaikan. Kita ada teori, kita ada praktikal. Ada yang hanya idea, ada yang realiti. Ada juga teori dan idea yang kosong yang tidak boleh dijelmakan dalam masyarakat kita khasnya. Mungkin ini akan dikupas oleh YBhg. Prof Dato’ nanti.

...

...

IBUBAPA KITA DAHULU

Dalam kita membicara KEIBUBAPAAN, kita tidak dapat lari daripada mengingati ibubapa kita. Kita tidak dapat lari daripada melihat dan merenungi sifat keibubapaan ibubapa kita sendiri.

Maka tidaklah salah rasanya jika hari ini kita berhenti sejenak dan menoleh ke masa lampau, kita lihat ibubapa kita, atau yang hidup dipelihara dan dibesarkan oleh datuk nenek kita -- mereka ini tidak pun mengikuti kursus atau seminar atau program keibubapaan, tidak ada kursus pra-perkahwinan yang orang sekarang semua kena sertai. Tetapi keupayaan mereka mendidik, membesarkan kita, memainkan peranan ibubapa dan menjadikan kita seorang manusia sepertimana kita ini sekarang – memang tidak boleh disangkal bahkan jika kita teliti dan ingati kemahiran keibubapaan ibubapa kita dahulu, memang sangat menakjubkan.

Dari mana mereka mendapat ilmu-ilmu yang baik ini? Dan yang penting - apakah motivasi, apakah daya pendrong mereka mengamalkan ilmu-ilmu yang mereka terima itu?

Memberi perbandingan ibubapa dahulu dengan kita sebagai ibubapa sekarang ini, kita boleh melihat walaupun mereka hidup dalam keadaan serba-serbi kurang, terhad dari segi informasi/maklumat, terhad dari segi wang ringgit/kewangan, terhad dari segi ilmu pengetahuan, yang buta huruf pun ada, dengan suasana kehidupan yang kurang aman, kurang tenteram, atau ringkasnya, mereka ini serba kurang dan terhad. Tetapi, mereka masih berkeupayaan mendidik/memelihara kita, terhindar kita dari sifat negatif dan sifat yang memporak peranda hidup. Kita kena tanya diri kita -- kenapa mereka ibubapa kita boleh menjadi ibubapa yang cemerlang? Nak kata mereka pernah menghadiri program parenting – jauh sekali.

...

...

ISU POKOK & PERBEZAAN

Mungkin ada orang kata – dulu lain, sekarang lain. Apakah benar disebabkan zaman berubah? Atau adakah disebabkan ilmu atau harta mulai kurang barakah? Adakah disebabkan sistem pendidikan atau struktur kehidupan masyarakat yang tidak berteraskan agama? Adakah disebabkan kita terlalu materialistik? Atau Ibubapa sekarang terlalu sibuk? Adakah kerana masalah isu sosial masyarakat yang makin menjadi-jadi dan tidak mampu kita bendung lagi, adakah kerana isu keruntuhan moral dan pelbagai masalah masyarakat lagi?

Saya pasti adakah Prof. Dato’ sebentar nanti akan memperlihat perbandingan amalan baik ibubapa dahulu yang kita tidak perasan, yang telah menjadi sebahagian teras keluarga bahagia.

...

...

AMALAN IBUBAPA KITA

Yang kita boleh renung dan lihat, mungkin juga kepada sahabat ibubapa guru yang lain, yang berkongsi pengalaman yang sama, memang banyak amalan yang kita telah dan boleh warisi serta dipelajari/amalkan daripada ibubapa. Antaranya:-

1. Kalau dahulu anak-anak lelaki mesti khatam Al-Quran sebelum berkhatan (bersunat), yang perempuan mesti khatam sebelum datang period (secara puratanya sebelum masuk Tingkatan 1). Kalau dah berkhatan tapi belum khatam Al-Quran – kami semua jadi malu. Sampai Tok Guru yang ajar Al-Quran boleh melawak – kau baca cepat sikit, nanti tak habis khatam Quran, tak boleh sunat…

2. Ibubapa dahulu mengajar anak mereka ringan tulang, rajin dan boleh berdikari. Umur 7 tahun dah membantu ibu dan bapa – membasuh, angkat kain, ke kebun, jaga kambing lembu, basuh kasut. Cari kayu api, tolong angkat getah, dan sebagainya

3. Ibubapa kita dahulu secara tidak langsung telah mengamalkan apa yang disuruh Allah, seperti firmannya Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujarat:10). Dan Sabda Nabi s.a.w.: Tidak sempurna iman sesorang itu selagi dia tidak mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri. (Riwayat Al-Bukhari)

Sebab itu kita boleh nampak bahawa peranan dan tugas Ibubapa kita dahulu saling dibantu - saling disokong oleh kumpulan/kelompok ibubapa lain dalam mendidik anak-anak. Kalau kita buat salah, yang kononnya ibubapa kita tak nampak, tetapi ibubapa kita ada mata-mata lain -- ada jiran nampak, atuk sedara nampak, orang kampung sebelah nampak. Semuanya tegur menegur. Kalau belum makan akan dipanggil ke rumah jamah makanan, kalau dah Maghrib, masih berada di tembok atau di padang - akan dijerkah Pak Ngah, Pak Su, Tok Bilal atau entah sesiapa-siapa lagi. Secara ringkasnya, seluruh orang tua di persekitaran hiudp kita telah berperanan sebagai ibubapa kita juga. Mereka akan tegur kalau kita buat salah.

4. Dalam bidang didikan, Ibubapa kita juga telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru, Ustaz-ustaz dan Ustazah-ustazah. Dan mereka pula (Guru, ustaz, Ustazah) mendidik kita seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka sangat komited, sangat dedikasi, ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Apa yang dilaporkan oleh guru kepada ibubapa kita, akan pasti/segera diambil tindakan oleh ibubapa kita. Kalau laporannya keras, maka keraslah anak itu diajar oleh bapa.

5. Ibubapa kita dahulu mengutamakan anak-anak lelaki agar membudayakan masjid. Yang kecil akan dipaksa turut serta bapa ke masjid, belum tahu sembahyang pun diajak juga, duduk diam-diam di belakang. Abang-abang yang sudah dewasa akan ditegur – Kau tak ke masjid ke? Dah masuk hantu? Yang dewasa sesama dewasa, juga sapa menyapa – lama tak nampak batang hidung kau kat masjid?

...

...

Slogan Jom ke masjid itu telah lama diserap dalam hati menjadi budaya hidup oleh ibubapa kita. Begitu juga budaya gotong-royong, hormat orang tua dan sebagainya. Di seluruh masjid di Selangor kini, kita sedang bergerak ke arah apa yang dipanggil Memasyarakatkan Masjid”. Masjid sebenarnya adalah satu tempat untuk menilai indeks kerukunan dan kesempurnaan sesebuah masyarakat setempat. Kalau makmur dan meriah masjidnya, maknanya, masyarakat di situ hidup rukun damai dan makmur, dan begitu jugalah sebaliknya. Ada sesetengah masjid (bukan surau) yang jamaah Maghribnya lebih kurang 10 orang sahaja, bahkan surau di kampung pun lebih ramai ahli jamaahnya.

6. Ibubapa kita telah menurunkan ilmu yang sangat baik kepada kita. Mereka membina keyakinan diri anak-anak mereka semenjak kecil, mereka didik mendisiplin kita dengan ilmu agama daripada kecil. Apakah nilai matlamat yang ibubapa kita telah diwariskan kepada kita (yang mungkin kita terlepas pandang)?

Yang jelasnya (i) mereka telah mendidik kita menjadi insan yang terbaik dan (ii) kita menjadi sentiasa rapat dengan mereka hatta walaupun mereka telah tiada di dunia ini.

...

...

SEMANGAT JATIDIRI IBUBAPA KITA

Dengan kehidupan yang sederhana, ditambah dengan keupayaan ibubapa kita membina sikap kita secara yang tidak kita sendiri sedari, maka kita mendapat ilmu dari mereka yang ikhlas dalam masyarakat, dari guru-guru dan orang terdekat di sekeliling kita

Kita semua adalah pemimpin – serupa dengan Datuk Nenek kita atau Ibubapa kita dan kini, giliran kita sendiri. Ibubapa adalah pemimpin pada keluarga. Maka, bila kita melihat sejenak bagaimana ibubapa kita memimpin kita, barulah kita tersedar bahawa betullah kata-kata bijak pandai :-

“Pemimpin (sebenarnya) tidak lahir dari dewan-dewan kuliah atau di bilik tutorial, tetapi pemimpin itu lahir daripada kemelut atau permasalahan umat/masyarakatnya.”

...

...

...

HASRAT PROGRAM INI

Tuan / Puan hadirin sekalian,

Alhamdulillah, kita telah sedar perkara ini. Justru itu, adalah menjadi hasrat kita semua, program parenting atau program keibubapaan seperti yang kita hadiri hari ini mampu membawa kita menjadi “role model” kepada sekurang-kurangnya anak-anak kita.

Tugas dan peranan ibubapa mutakhir ini kian mencabar. Ciri-ciri negatif untuk kita membina keluarga dan anak-anak semakin tidak terkawal. Apa yang menyedihkan, perkara yang negatif pun sudah tidak dipedulikan seakan-akan masyarakat sudah boleh menerimanya. Ketagihan dadah, rasuah, sumbang mahram, zina/pelacuran/seks bebas, judi dan sebagainya sudah semakin berleluasa.

...

...

Prof Dato’, seingat saya, UKM sendiri ada menjalankan kajian di sekolah-sekolah di Selangor ini beberapa tahun lepas. Hasil kajian sangat menggempar masyarakat. Ada yang seolah-olah cuba menidakkan / menafikan hasil kajian itu. Pada saya apa yang penting ialah kita menilai kembali peranan kita. Janganlah kita mengatakan masyarakat kita tiada masalah langsung, padahal masalah itu kita boleh lihat di sekeliling kita. Tapi kita telah gagal berfungsi memainkan peranan maka masyarakat itulah tempat dilihat kesannya.

...

...

...

PENUTUP

YBhg. Prof. Dato’, ibu-ibu, bapa-bapa, guru-guru dan hadirin sekalian,

Sama-sama kita hadir hari ini untuk mendengar pembentangan daripada penceramah khas jemputan kita, seorang tokoh/pakar/ilmuwan Islam yang sudi datang berkongsi pengalaman keibubapaan dengan kita semua. Moga ianya menjadi titik tolak untuk kita terus memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita.

Saya suka menyebut kata-kata Sayyid Qutb bagi mengingati diri saya dan berkongsi dengan para hadirin sekalian. Sayyid Qutb pernah berkata –

Andaikata hidup kita hanya untuk kepentingan diri sahaja, maka kehidupan kita bermula dari kelahiran kita di mukabumi ini dan berakhir setelah kita mati. (Tetapi) andaikat kita hidup untuk masyarakat (dan untuk orang lain), maka kehidupan kita bermula (sebenarnya) dari kehidupan manusia di mukabumi dan berakhir dengan berakhirnya kehidupan (seluruh manusia) di mukabumi ini (kiamat).

...

...

Marilah kita jadikan ilmu yang kita garap hari ini sebagai lembaran baru membina kemuafakatan kita sesama ibubapa membina satu keluarga bahagia cemerlang di dunia dan akhirat.

...

...

Sebelum saya akhiri ucapan saya ini, sekali lagi bagi pihak PIBG saya berterimakasih kepada YBhg. Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman kerana sudi hadir mengepalai sesi program keibubapaan kita hari ini. Terimakasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa memberi kerjasama baik dan pandangan positif kepada PIBG, kepada semua AJK PIBG dan kepada semua ibubapa/guru yang hadir pada majlis kita hari ini.

...

Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam ucapan saya dan dalam penganjuran program ini.

...

Sekian. Terimakasih.

.

.

=*=*=

(Nota: sesi pembentangan 3 jam tajuk program (Menjadi Ibubapa Genius - Ke arah Keluarga Bahagia) oleh YBhg Dato' Dr. Mohd Yusof Hj Othman sangat jelas dan terperinci beserta contoh-contoh menghurai permasalahan institusi keluarga di zaman serba maju dan fakta-fakta terkini kes cerai/anak luar nikah di Malaysia/dunia, menjelaskan fungsi dan rukun kekeluargaan yang semakin pupus serta tujuan kekeluargaan. yang tidak difahami oleh ramai orang serta kelemahan mempraktikkan ilmu Islam oleh orang Islam sendiri hatta yang mudah/simple.)

Saturday, April 25, 2009

Kursus Smart Solat Masjid Abu Bakar AsSiddiq

Kursus SMART Solat Masjid Abu Bakar AsSiddiq
Tarikh: 3 Mei 2009 (Ahad)
Masa: 8 pagi - 6 petang (makan/minum disediakan)
Tempat: Dewan Solat Masjid, SS19, Subang Jaya
Penyertaan terbuka kepada semua anak/remaja Lelaki/Perempuan berusia 7 - 17 tahun
Yuran Penyertaan: cuma RM10 sahaja (pihak masjid membiayai baki RM35 - subsidi)
.
Program meliputi - Kepentingan Solat, Bersuci/Wuduk (teori & amali), Solat (teori & amali & individu), memperbetulkan bacaan, rukun fi'li & qauli serta SIJIL.
(fail/modul solat/buku nota/alat tulis disediakan...anak-anak cuma bawak badan jerr)

Thursday, April 23, 2009

LBP 90/60

this morning, went to see doctor for consultation/check-up. for the past few days, i've felt dizziness especially few seconds (about 10-15 seconds) after lying down to bed; and same thing after getting up. it is like -- oh, the ceiling is spinning!!! i thot of virtigo (knew this from a fren who used to have this problem before). or early symptom/sign of virtigo or high blood pressure, sort of.

she did check my blood pressure and it was 90/60 -- considered low blood pressure --- or, hypotension. Alhamdulillah, she said it just temporary (i hope so, InsyaAllah) and wish to see me again if no improvement.

(and for info, normal blood pressure is 120/80).

...hmmm...lepas ni kena makan makanan yang bagi darah naik tinggi la pulak...

Wednesday, April 22, 2009

+ tidak pernah TIDUR <> tidak pernah diTIDURi +

...(saya tiada komen/ulas, dipetik bulat-bulat dari Kosmo!...)...

Roslin tidak pernah tiduri Faizah




PETALING JAYA – “Saya terkejut, tidak sangka dia beri kenyataan begitu! Sumpah, kami tidak pernah bersama!�

Itu jawapan tegas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ketika ditanya sama ada dia pernah mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Faizah Mohamad sebelum lafaz cerai yang diucapkan di luar mahkamah pada 11 Februari lalu.

Faizah, 32, yang mendengar keterangan Roslin bagaimanapun hanya memandang ke arah ahli keluarganya di belakang sambil menggelengkan kepala kerana dalam keterangannya sebelum itu Faizah mendakwa mereka pernah bersama.

Kedua-duanya hadir bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Faizah selaku plaintif pada 20 Februari lalu.

Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah ternyata tidak berpuas hati dengan keterangan Roslin dan bertanya sekali lagi: “Benarkah? Sebab plaintif (Faizah) kata ada (seks)?�

Roslin, 34, bagaimanapun mendakwa dia terkejut dengan kenyataan Faizah dan sanggup bersumpah sekali lagi bagi menafikan keterangan isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Jamil Ahmad menangguhkan kes itu pada 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai mereka berikutan timbulnya percanggahan keterangan berhubung isu persetubuhan.

...Lanjut di SINI

Tuesday, April 21, 2009

Puteri (Miss) Friday

Puteri (Miss) Friday also know as Kucin' Hitam dapat hadiah dari Asiah -- kawan kepada tuanpunya blog Dear Butterfly (klik sini klik sini) --->>> Princess's World. Asiah bagi Friday sehelai (apa nama ni yek?) yang diguna khas oleh Friday sebagai alas untuk tidur di malam hari.

Asiah, thank you very much...
Tengok gambo Friday tengah belek appreciate - halusnya kerjatangan orang yang hadiah kat dia...

+++===+++
Jom tengok gambar-gambar Friday yang lain


Malas...
Tidur/berkuntau dengan Teddy Bear

Sapa ada tidur macam ni...?

Friday suka duduk dalam post-box. Ada sekali tu posmen terkejut dan bagi tau Hanaa - dik, ada binatang apa dalam post-box tu... (kira macam pak guard la..)

Dua-dua terbongkang tidur...Hanaa & Friday

Monday, April 20, 2009

Al-Fatihah & Takziah

Takziah untuk seluruh keluarga Pak Din (bekas Tok Siak Masjid Abu Bakar AsSiddiq, SS19) kerana pulangnya kerahmatullah anak sulungnya, Allahyarhamah Jannah siang tadi. Allahyarhamah Jannah meninggal dunia kerana komplikasi/masalah buah pinggang.
.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Jannah. Moga Allah s.w.t. tempatkan Allahyarhamah dalam golongan para solehah dan dalam redha & rahmatNya.
.
Sebagai rekod catatan, Allahyarhamah baru berusia 39 tahun (sebaya & seumur dengan tuanpunya blog ini <<<--- a very strong reminder to yours truly).

=*=*=
(Update 10.18pm. 20/4/09)
...dan Maghrib tadi, sebelum memulakan Kuliah Al-Quran/Tajwid/Taranum, Imam II - Ustaz Wan Adam sempat minta jamaah yang hadir menghayati lagu nasyid yang dinyanyikannya (memang sedap suara Ustaz, tanpa muzik) - lagu Menanti Di Alam Barzakh (lagu yang terilham dipetik dari Al-Quran & Hadith) dan Ustaz berpesan bahawa kita akan terjaga semula di alam kubur sejurus hanya beberapa langkah sahaja orang yang datang meninggalkan kubur kita. Hayati...

Menanti Di Alam Barzakh
Ku merintih, aku menangis,

Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih, aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Lagu asalnya boleh didengar di SINI

Saturday, April 18, 2009

Cikgu Juairiah --- SMK Bandar Sunway

Remember Cikgu Juairiah Johari? Last year, I did blog on Cikgu J HERE.
A few days ago, NST gave special coverage to Cikgu Juairiah / her dedicated group of teachers and SMK Bandar Sunway's special children. Read below.

.
(sorry, i don't think it is good to say - dedicated teachers. totally redundant expression. all teachers are actually dedicated to their profession. their whole life is dedicated to educate others)


---

Bake me a cake, as fast as you can


2009/04/14
Naveen Mathew Thomas
Print Article Email Article
SMK Bandar Sunway headmistress  Hapsah Safian (right) and senior assistant  Juairiah  Johari (third from right) are hands-on teachers.
SMK Bandar Sunway headmistress Hapsah Safian (right) and senior assistant Juairiah Johari (third from right) are hands-on teachers.

SUNWAY: The enticing smell of freshly-baked chocolate cupcakes wafted into the air. Plates of crispy cookies, cupcakes with icing and freshly brewed tea soon found their way to the table for a tasting session.

Students Mohd Baihaqki Abdul Rani (left) and Dineshwaran Sukumaran  brewing a pot of tea at the bakery.
Students Mohd Baihaqki Abdul Rani (left) and Dineshwaran Sukumaran brewing a pot of tea at the bakery.

The chefs' repertoire also includes chicken curry, potato bread, muffins, biscuits, mee goreng, nasi goreng, pasta, cupcakes, apple crumble, rendang ayam, chicken pies and cookies that even the Cookie Monster would approve of.

And, these are not chefs of a swanky restaurant. Rather, they are a group of special children at a special government school.

At SMK Bandar Sunway, students with learning and other disabilities are not turned away but welcomed with open arms and given the opportunity to pick up life skills.

Hapsah Safian, headmistress of the school, said: "There are 72 children with Down's Syndrome, autism and other disabilities at the school."

Hapsah said the school had 14 teachers trained to work with such children, led by senior assistant, Juairiah Johari. The school also has regular students who follow the standard curriculum.

Juairiah played a large role in starting and improving the programme for the special children.

...Details, read HERE


---
Congrats Cikgu J! So happy to read this in NST, Cikgu J memang buat yang terbaik untuk kanak-kanak istimewa tu.. My friend and i did suggest Cikgu J to establish Yayasan Kanak-Kanak Istimewa (or whatever name...) to help/look after them after they leave school. Perhaps, Cikgu J & team may consider the idea/proposal.

Friday, April 17, 2009

steady la bro - (sms!!!)

Bonne chance!
Cagh gui tien va nhan tien nhanh chong tren toan teh gioi. Angket kelambi yo arek udan!!! Viel Glück! Alles Gute!

Thursday, April 16, 2009

Team Bola Baling - Syabas & Tahniah!!!

Share sebahagian gambar kejohanan/pertandingan bola baling (handball tournament) MSSD Daerah Petaling Perdana 13-16 April bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam. SIMDE menyertai kejohanan itu dengan menghantar 2 pasukan Lelaki dan Perempuan.

Tuan Kamal (kiri, baju oren) - jurulatih pasukan bolabaling SIMDE (juga Ketua Biro Sukan PIBG SIMDE) sampai hilang suara bagi arahan!!! (apa kata lain kali guna loud hailer...)
Team SIMDE (jersey biru) sebelum masuk padang. (adik yang seluar oren (2 dari kiri) tu buat apa dik...takut ko team lawan tengok...)
Pasukan Perempuan & Guru (Jurulatih). Tengok kat padang tu... kesian kat SK Taman Sri Muda padang depa kena henjut lencun...dengan pemain/penyokong...
Salam-salam, main jangan gaduh-gaduh...
Guru Besar (biru) dengan Jurulatih (oren) siap pakai but, padang becak banget! 4 hari budak-budak bola baling taram dan jadi macam tempat kubang kerbau a.k.a sawah padi...

Warming-up exercise
In-action

NO. 2 >>> Barisan pemain bola baling (Lelaki) yang masih kekalkan tempat ke-2. Kalah kepada SK SS20 Shah Alam di Final pagi tadi.

NO. 3 >>> Muka-muka pemain bola baling (Perempuan) SIMDE yang happy lepas menang! Tahun lepas tak sampai semi, tahun ni dapat No.3 kalahkan SK Padang Jawa.
.
Sangat bangga dengan pencapaian mereka ini. Daripada berpuluh sekolah rendah yang menyertai/berada di MSSD Petaling Perdana ini, SIMDE menduduki TOP 3 bagi kedua-dua kategori.Tahniah & Syabas kepada pemain, semua guru terlibat dan Tuan Kamal.
.
Ingat orang tua-tua kata -- nak menang sebenarnya lebih senang dari nak kekalkan kemenangan!
.
.
.
(teringat masa tournament tahun lepas ada cikgu sebuah sekolah tanya - team bola baling SIMDE praktis kat mana? SIMDE kan tak de padang? Cikgu tu terkejut bila dengo - budak-budak SIMDE praktis atas padang tar je... he he he ...)

Monday, April 13, 2009

sempurnakanlah SUJUD

Imam Abbas menerangkan keperluan memperbaiki solat, khusus dalam tazkirahnya ialah sewaktu SUJUD. Anggota sujud (yang mesti menyentuh tempat sujud) merangkumi:
.
1.Dahi (termasuk juga hujung hidung). Dahi mestilah diletak ditempat sujud dan tidak berlapik/ditutup dengan sesuatu..
2.Dua tapak tangan (jari-jari dirapatkan, lengan ketiak dibuka sedikit - bagi lelaki dan bagi perempuan dirapatkan ke badan. tangan/siku JANGAN diletak/diturunkan atas tempat sujud/sejadah)
3.Dua lutut.
4.Dua kaki (tapak jari kaki yang hendaklah mencecah tempat sujud). Tidak sah solat bagi mereka yang melunjurkan kakinya atau bahagian kuku kaki yang menyentuh tempat sujud seperti diselunjurkan.)

---

Rujuk juga SINI dan SINI
Mengerjakan Solat adalah fardhu bagi setiap Muslimin/Muslimat. Solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah s.w.t. Bagi mereka yang sakit, sila lihat cara Solat orang yang sakit termasuk cara Tayammum di SINI , SINI dan SINI
.
Ada masa lihatlah juga perlaksanaan Ibadah Solat di International Space Station ISS oleh JAKIM, buku yang pertama diterbitkan seumpamanya, klik SINI. (manalah tau semua banyak duit nak jadi visitor jalan-jalan ke ISS...)

...bas ekspres lagi

(bas ekspres malam hari memang laju nak nak kalau lalu hi-way ipoh-jelapang-terowong-kuala kangsar memang terasa bas terhoyong-hayang..)
---

6 maut bas ekspres terbalik dekat Rawang

RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Polis berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; C. Magentharan, 26, dari Klang, dan pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. BERNAMA


Sunday, April 12, 2009

...Kepala Tersangkut Di Lumut, Perak

Ni gambo lama. Siang tadi tercerita pasal Lumut, Perak maka teringat peristiwa sedih lagi ngeri, maka teringat gambo lama atas ni di Jeti Lumut (Lumut Jetty - Ferry Terminal) -- nak ke Pangkor wiki HERE, (lihat tengah-tengah adalah Jeti Lumut, di sebelah kanan boleh tengok Kuarters Kastam - dulu kami kerap ke sana tengok tempat lama, wife pernah duduk lama di sana, pak mertua dulu pegawai kastam di Lumut, la ni kuarters/pejabat kastam habis dah jadi hotel.....sebahagian dari Lumut Waterfronts..hu hu hu)
.
OK citer ngeri tu gini, Hanif nak tengok laut (ikan di bawah jeti) so dia bongkok masukkan kepala dia kan celah besi penghadang (celah besi di belakang Hanif --- gambo atas tu..)
Masuk boleh, nak keluar tak boleh! Tersangkut!
Semua orang kat jeti cuba tolong, tapi kepala Hanif tetap tak lepas. Orang ramai siap bagi mineral water kat Hanif dan cakap jangan panik! Orang Melayu, India & Cina yang nak ke Pangkor semua stop kejap. Simpati dan terkejut. Yang kita dah pikir nak panggil BOMBA je kasi potong besi tu...
.
Akhirnya, Hanif diselamatkan oleh mak sedaranya sendiri (adik saya), urut kepala tu perlahan-lahat dan tarik kepala/leher dia...Alhamdulillah...yang kelakar tu semua orang kat jeti tepuk tangan atas kejayaan Hanif keluarkan kepala dia dari celah besi tu...

Saturday, April 11, 2009

Aku Ingin Jadi Bond...James Bond!!!

RTM TV2 tengah tayangkan filem terbaik James Bond untuk 5 minggu berturut-turut. Bermula minggu lepas. Kalau ikut promo ianya akan ditayangkan setiap Sabtu Malam Ahad jam 10 malam di slot Saturday Night Special TV2. Minggu lepas Golden Eye (4 April 2009), yang sedang ditayangkan malam ni -- Tomorrow Never Dies (11 April 2009) -- yang ada Datuk Michelle Yeoh,. Next week -- The World Is Not Enough (18 April 2009). Yang akhir kalau tak silap -- Casino Royale pada 2 Mei 2009.
.
Bagusnya slot ni ialah, iklannya yang ringkas dan pendek sahaja...
.
(teringat kat Mat Sentul -- James Bond Melayu...)

Friday, April 10, 2009

PEMILU - Postal Undi INDONESIA

Maid saya (orang gaji atau bibik -- ingat, bukan Bik Mama) yang telah hampir 10 tahun hidup / tinggal bersama kami (semenjak Hanaa belum lahir) telah diminta mengundi POS oleh Kedutaan Indonesia. Pilihanraya Umum di Indonesia dipanggil PEMILU.
.
Waduh, kok ramai yang masuk bertanding gitu.
Dengan satu kertas undi (klik bawah) -- ada 44 parti bertanding. Antara parti yang bertanding ialah Partai Hati Nurani Rakyat, Partai Karya Peduli Bangsa, Partai Peduli Rakyat Nasional, Partai Gerakan Indonesia Raya, Partai Barisan Nasional, Partai Kedaulatan, Partai Keadilan, Partai Keadilan Sejahtera, Partai Golkar, Partai Demokrasi Kebangsaan, Partai Bulan Bintang, Partai Patriot dan lain-lain lagi.


OK Selamat mengundi wahai warga Indonesia di perantauan! Pilihlah calon/partai yang terbaik untuk negara kalian semua.

Wednesday, April 8, 2009

Go-Blog 1st Anniversary

Today 08.04.09 (12 RabiulAkhir 1430H) - 1st Anniversary of this Blog, current total number of visitors > 26,000 with 412 posts. Its (internet) world ranking is 5.6 million (by google's ranking).
.
A year ago today, I joined others in the world of blogging. Blogging is about (sharing) ideas, story telling, (life) excitement --- with no addiction (hope so) and more importantly will not push me to be a go-blog person.
.
Apart from old kaki/family/cousins/friends/cikgu/sedara/associations/adik-kakak-abang/anak orang/rakan seperjuangan satu bidang/sahabat se-industri/officemates & x/alumni, this blog also received lots of new friends + loyal visitors (from different backgrounds/countries!). I appreciate much, thank you. Thank you very much.
.
Please do read all postings here (pilihlah kalau suka, kalau tak-just ignore. kalau menyampah/berkecil hati - please forgive me. kalau tak faham - just leave it there... tapi kalau boleh buat-buat faham pun cantik jugak..)
.
Air pasang mudik ke hulu
Elok memancing ikan haruan
Sudah lama tak bertemu
Kita blog untuk elak tidak keruan
.
Mencari rakan di di Pekan Rantau
Banyak sungguh pohon cermai
Walaupun tinggal jauh merantau
Bacalah blog beramai-ramai.

Tuesday, April 7, 2009

Syabas & Tahniah YAB DS Ir. Nizar..!

(Seperti kata Zainal Abdin -->> Ku Lihat Hijau...!)
.
Keputusan Rasmi Bukit Gantang

Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) - 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) - 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) - 62

Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

(from ZZU - blogroll)
.
Kepada YAB Datuk Seri Ir. Nizar -- Alhamdulillah, syabas dan tahniah! Teruskan berbakti terbaik untuk Negeri Perak.

Monday, April 6, 2009

Palestin Di Restoran Jejantas & BOIKOT

Pagi tadi memandu kereta dari Subang Jaya ke arah Utara guna NKVE, singgah sat di Restoran Jejantas PLUS Sungai Buloh, wiki HERE - nak top-up Touch N Go. Saya jalan kaki melintas jejantas yang di kiri kanan ada ruang-ruang KFC, Al-Ihsan Sports, Burger King, Kopitiam. Di sepanjang tiang-tiang lorong jejantas itu ada pameran kesengsaraan rakyat Palestin (gambar ketika di serang Israel baru-baru ini). Oleh kerana ianya pameran percuma, maka eloklah pembaca blog ini bawa keluarga anak bini pergi saksikan sendiri kesengsaraan Palestin & kekejaman Israel dari gambar-gambar yang dipamerkan.
Nak pi Palestin tak mampu/tak de upaya...

(yang lawak tu, saya bawa kamera, tapi oleh kerana terlalu asyik menelaah semua gambar-gambar, lupa langsung nak snap photo...)

MARI KITA TERUSKAN USAHA KITA UNTUK BOIKOT SEBARANG PRODUK DARI ISRAEL (kod produk bermula 729 - made in Israel) DAN JUGA PRODUK YANG BERKAITAN DENGAN ISRAEL/YAHUDI/ZIONIS

kalau tak boleh 100%, dapat 70% pun jadilah, tunjukkan komitmen/usaha kita membantu membasmi kekejaman Israel.

Sunday, April 5, 2009

Hidup Tanpa "T" Di Sisi

Di manakah kekuatan TAJUDIN --- di huruf T kah @ di huruf D...?
.
I got problem with my notebook's T button (keyboard) for 2 days. Now back to normal after Bro Dzul prescribed recovery instruction. Tq Bro.
.
Hanaa and Hanif asked me on the T problem.
Hanif to me - Abah, huruf T tak boleh guna la. Saya nak check myspace pun tak boleh.
Saya tanya - Hanif dan Hanaa mana ada huruf T, takkan tak boleh masuk?
Hanif jawab - Tapi kami punya password ada huruf T...
.
And, without T, i cannot use my gmail, blog, maybank2u (M2U) and cimbclicks. can't draft proper letter/paperwork, begitulah pentingnya huruf T.

...when writing a paperwork without T (sabo je la...) >>>

Projek peranian ferigasi adalah projek peranian moden di mana aliran baja dan air digabung dan disalir serenak ke sisem akar pokok anaman. Ferigasi diguna secara inensif dalam peranian komersil dan diguna juga unuk halaman aau lanskap kerana ianya lebih mudah dan berkesan. Manfaa yang boleh didapai dengan penggunaan sisem ferigasi, anara lain ialah:
a. Mengopimakan penggunaan baja
b. Meningkakan penyerapan nurien oleh umbuhan
c. Menenukan ahap sesuai unuk pengairan
Unuk makluman, sisem seperi ini hanya memfokus kepada anaman berharga inggi seperi jenis melon, imun jepun, variei omao dan variei cili sera sayuran daun dengan kualii dan gred erenu. Sisem anaman yang mudah dan seniasa dalam kawalan dapa menenukan harga, kualii dan arikan pasaran. Inilah eknologi peranian yang dimajukan oleh projek ferigasi ini.
.
.
.
.
Amacam? Sekali baca macam boleh faham. 2 kali baca dah jadi macam orang sengau/pelat. Maka bolehlah kita simpulkan, jika hidup tanpa T @ tak boleh sebut T, orang akan kata --- awak ni sengau ke?
(Kepada orang yang kebetulan sengau/pelat, jika terbaca posting ini, jangan ambil hati, please forgive me - no intention to hurt others. I just realised the important of the letter T).
Alhamdulillah, my T is now OK. It gives good lesson to me - appreciate whatever we have in hand now, not to wait after losing it...

Thursday, April 2, 2009

Selesai Sudah Tugas Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) relinquished the post of prime minister today. Bernama report here


April 02, 2009 19:38 PM

King Consents To Najib's Appointment As Sixth PM

PUTRAJAYA, April 2 (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin has consented to the appointment of Datuk Seri Najib Tun Razak as the sixth prime minister of Malaysia, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan announced Thursday.

He said in a statement that Najib would be presented his letter of appointment as prime minister and would take his oath of office, loyalty and confidentiality before the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara at 10am tomorrow.

This morning, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had an audience with the Yang di-Pertuan Agong to hand over the letter relinquishing the post of prime minister in accordance with the agreed transition of power from him to Najib.
Najib, who succeeded Abdullah as the Umno president at the party general assembly last week, also had an audience with the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara today.

Abdullah was appointed the fifth prime minister of Malaysia on Oct 30 2003, having succeeded Tun Dr Mahathir Mohamad.

-- BERNAMA


(gambar-gambar perdana menteri di atas saya rakamkan beberapa bulan lepas di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di dunia terletak di USJ)
PM 1 = Tunku Abdul Rahman = Bapa Kemerdekaan (19570-1970)
PM 2 = Tun Abdul Razak = Bapa Pembangunan (1970-1976)
PM 3 = Tun Hussein Onn = Bapa Perpaduan (1976-1981)
PM 4 = Tun Dr. Mahathir = Bapa Permodenan (1981-2003)
PM 5 = Tun Abdullah Ahmad Badawi = (rasanya belum ditentukan BAPA apa, saya tak pasti) (2003-2009)

Wednesday, April 1, 2009

Polis Trafik & Bangkai Anjing

Seorang polis trafik yang tunggang motor polis putih/besar dengan laju potong kereta saya. Sejurus selepas itu, saya nampak di hadapan ada kucing tengah menggelitik di tengah jalan - nyawa-nyawa ikan dengan kaki-kakinya tergapai-gapai. Jalan memang sesak tapi flow (di Subang Airport). Polis yang potong tadi pun nampak kucing tu. Saya rasa ramai pemandu dan penunggang motor yang perasan kejadian di tengah jalan itu.
.
Alhamdulillah, abang polis trafik yang potong saya tu tadi segera berhenti & tahan lalu lintas serta angkat kucing yang tengah nazak tu ke tepi jalan. Lepas tu, anggota polis itu teruskan perjalanannya.

---
Segera saya teringat satu kejadian beberapa tahun lepas di Subang Jaya. Ketika semua orang sibuk (tengok muka kira macam tak de senyum - muka nak pi kerja) - jalan nak keluar Subang Jaya waktu pagi sesak pulak. Saya di lane kiri, ada satu pemuda (dalam umur 40-an, bawa kereta proton perdana) di sebelah lane kanan berhenti & keluar dari kereta dia (parking tengah jalan je..). Dia berjalan ke depan dengan tangannya bersarung plastik-bungkus-barang. Rupanya dia nak angkat mayat/bangkai anjing kat depan kereta dia (yang mungkin dah dilanggar beberapa kereta di hadapannya). Dia angkat anjing tu dan lalu kat depan kereta saya, dan letakkan di bahu jalan di sebelah kiri.
.
OOhhh saya rasa cukup terharu kat brader ni dan brader polis trafik kat atas tu... Saya rasa bangga dengan mereka. Saya takkan lupakan 2 cerita ini.

---
Molek sangat kalau kita boleh contohi 2 brader ni, sentiasa simpan plastik (recycle bungkus barang tu, plastik Mydin pun ok jugak...). Kalau nampak kucing/anjing kat tengah jalan, kalau ada kekuatan & boleh berhenti -- berhentilah sat dan tolong angkat ketepikan bangkai anjing/kucing tu...takkanlah kita nak tengok bangkai tu jadi leper macam roti canai.
.
Sama-samalah kita cuba buat ye...