Showing posts with label JAIS. Show all posts
Showing posts with label JAIS. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Ajaran Sesat - Islam Jamaah

Dalam Kuliah Maghrib, Ustaz Kamal Nasser mengambil peluang memaklumkan kepada jemaah yang hadir berkenaan Ajaran Sesat iaitu Islam Jamaah. Ustaz minta kita terangkan/jelaskan ajaran sesat ini kepada keluarga & saudara mara.

Ajaran sesat ini bermula di Jawa Timur pada 1941 tetapi Kerajaan Indonesia telah mengharamkan ajaran ini pada 1971/1972. Malangnya, ianya telah merebak dan nberkembang di Malaysia terutama di Selangor. Ajaran ini telah difatwakan sesat oleh Malaysia/Selangor pada tahun 1998.

Ciri kesesatan ajaran ini ialah (1) Tidak melakukan solat Jumaat di masjid (2) Menolak sumber Ijma' & Qias (3) Mengatakan Najis Mughallazah tak perlu disamak, bahkan mengatakan hanya daging babi sahaja najis tetapi tulang babi tidak haram (4) mengatakan binatang yang mati dalam kawasan orang Islam, tidak perlu disembelih dan halal dimakan (5) Menetapkan Amir (ketuannya) sebagai sumber hukum (6) Mendakwa hanya kumpulannya sahaja yang Islam...dan sebagainya.

Umat Islam di minta berwaspada dan berhati-hati. Janganlah kita terpesang dan tertipu dengan pelbagai ajaran sesat yang bergerak terutama di Selangor ini.

Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan kaum keluarga kita dan memberi kita petunjuk Islam yang sebenarnya dan menjauhi kita semua dari kesesatan dan perkara-perkara yang menyesatkan. AMIN.

Sunday, October 31, 2010

JAIS perlu lebih bersemangat & ikhlas kerana Allah

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor komited dan seiring dengan Kerajaan Negeri dalam memperkasa Sekolah Agama Rakyat di Selangor (rujuk kenyataan MB semasa majlis sampaikan sumbangan di Sekolah/Maahad Tahfiz Kiblah, baru-baru ini).

JAIS/MAIS mempunyai dana yang besar setiap tahun. Anak belia di Selangor pula mengalamai kecelaruan budaya, kekangan pelbagai sudut dari segi pendidikan Islam sempurna, moral yang semakin merosot, kesedaran ibubapa kepada pentingnya agama yang perlu dipupuk dari anak-anak masih di peringkat tadika dan sekolah rendah. Maka sangat eloklah JAIS dan MAIS lebih komited membangunkan sahsiah anak-anak kita kepada Islam dengan lebih sempurna dan tersusun.

Wang dana berjuta-juta tetapi tidak diguna untuk jalan kebaikan khasnya pendidikan, moral, termasuk meningkatkan infra Sekolah Agama (termasuk swasta) --- adalah sangat merugi dan menyedihkan. Tingkatkan semua usaha kita kerana Allah dan Islam, dan janganlah kita duduk dalam sentimen dan agenda yang berlawanan/bercelaru dengan Islam itu sendiri.

Monday, September 20, 2010

Hanif & Rakan2 - Selamat Tempuh UPSR/PSRA

Mulai esok Hanif dan semua murid Darjah 6 akan menempuhi UPSR selama 3 hari, diikuti pula PSRA (Ujian Kelas Agama bagi Selangor dikendalikan JAIS) pada minggu hadapan.
Semoga Allah s.w.t mempermudahkan Hanif dan rakan-rakan mereka semua menduduki peperiksaan ini dan berjaya dengan cemerlang, Insya-Allah.

Monday, February 1, 2010

Senarai Ajaran Sesat di Selangor & Malaysia

Ahad Januari 31, 2010
25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.
Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Terperinci di SINI

---
Ajaran yang diwarta sesat di Malaysia (JAKIM)

AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN 1. Nasrul Haq 2. Budi Suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu Kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah 13. Rampai 14. Wali Suci 15. Kalimat Sakti 16. Silat Pukulan Jarak Jauh 17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18. Zikir Sha`ban Islam Haq 19. Asal Wujud Garis Laksmana 20. Al-Ma`zat 21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi 22. Ilmu Kebatinan 23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas 26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan 30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 35. Al-Arqam 36. Golongan Anti Hadis 37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali jugasebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat 43. Tarikat Mufaridiah 44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Al-Ma`unah 54 Ajaran Azhar Wahab 55. Ajaran Hj.Banuar

Terperinci klik SINI

---
Moga Allah s.w.t pelihara kita semua. Sebaik-baik tempat untuk belajar, mengaji / menuntut ilmu ialah hadir kuliah pengajian / pengajaran di masjid-masjid yanag banyak disusun untuk ahli kariah mendalami ilmu Islam. Imarah & raikan kuliah ilmu di masjid, Insya-Allah.

Wednesday, January 6, 2010

...i Lelaki Tulen, Bang...

(Sharing is caring. Sensitive?...gulp huh...)

Sepertimana yang ramai tahu, mulai 1.1.10 hari tu, mas kawin di Selangor dinaikkan dari RM80 tunai ke RM300 tunai. Kenaikan pertama sejak 1968 (atau 1978).

===
Dalam satu taklimat anjuran agensi kerajaan di Selangor, dimaklumkan bahawa seramai 29,000 wanita/perempuan di Selangor yang layak (sedang elok) berkahwin tetapi masih belum berkahwin.


Nisbah semasa lelaki dan perempuan dalam golongan itu ialah 1:13, 1 lelaki dan 13 perempuan. Ustaz tu habaq kalau setiap lelaki di Selangor kawin 4, siap ada baki seorang perempuan masih juga tak akan kawin.

Selain dari itu, untuk makluman, dalam satu sampel kajian yang dibuat berdasarkan 77,000 orang Mak Nyah (pondan/bapok), 70% adalah orang Melayu/Islam. (Nanti lain kali saya akan tulis hal berkenaan ini kalu ada masa.)

So, boleh agak tak ke mana perginya lelaki TULEN...??? Dan kenapa masih ada yang tak kawin?

(Ya Allah lindungi kami dan masyarakat kami dari kehidupan yang caca marba)

Monday, December 7, 2009

JAIS, Dr. Asri & Akhil Hayy

Read some recent (negative) comments by Ketua Pengarah JAIS on non-Muslims tak leh masuk Masjid (non-Muslims macam wanita tengah haid), read also related issues on tauliah - all who wish to give lecture in masjid/surau in Selangor must have permit/tauliah.
Read also below.



Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak berceramah
PADANG BESAR - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kecewa dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlalu cepat mengkategorikan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak menjadi penceramah dengan alasan tidak memiliki latar belakang agama Islam secukupnya.
Katanya, tindakan sedemikian tidak wajar dibuat tanpa menyelidik secara mendalam terlebih dahulu mengenai pengetahuan agama seseorang pendakwah.
Beliau juga pelik dengan sikap JAIS sekarang yang begitu menjurus kepada tauliah bagi setiap pendakwah yang menyebarkan pengetahuan Islam di negeri tersebut.
"Nampaknya, JAIS sekarang membuat penilaian terhadap seseorang yang menyebarkan pengetahuan Islam di Selangor hanya bersandarkan kelulusan akademik agama seseorang itu sahaja. Ia seolah-olah apabila individu itu mahu bercakap soal agama secara umum, ia mesti memiliki kelulusan agama.
''Saya bersetuju jika seseorang yang mahu mengajar tentang soal yang cukup mendalam mengenai Islam seperti tafsir dan fiqah, ia perlu kepada tauliah. Tetapi jika melibatkan pengajian secara umum seperti sebelum konsert mengingatkan anak-anak muda Islam agar bersembahyang, ia tidak perlu kepada tauliah," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap penceramah dan personaliti TV, Akhil Hayy tidak mempunyai latar belakang yang mencukupi bagi memberi ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.
Mohd. Asri turut meminta JAIS menjelaskan adakah seseorang Islam itu perlu mendapatkan tauliah mereka terlebih dahulu apabila diminta mengajar mengucap bagi individu yang sedang nazak di Selangor.



===

Dear visitors, readers and JAIS (try to say something polite)

It is so obvious that Islam widespread thru dakwah. Dakwah is for at least 2 main purposes - to convince non-believers and also to all Muslims (increase faith). Islam is the complete way of life. Hence, Islam must be shared/conveyed to all.

JAIS especially, must and at all times play important roles to these. But, it seems dakwah nowadays is confined to fellow Muslims and very less effort/attention to non-Muslims. To add more problems to the basic need of dakwah, JAIS take not-so-nice attitude towards non-Muslims (giving them bad image/example) and also to some Ustaz and certain individuals who committed/spent their whole life to spreading the teaching of Islam. Duty of JAIS is to uphold Islam and only Islam (no other hidden agendas). If not, Muslims (espeacially in Selangor, and non-Muslims too) may find curiosity/suspicious in every actions/regulations taken by them.

To be frank, I'm not a fan of Dr. Asri (for some reasons that some perhaps know well). Not even Akhil Hayy (dulu ye la kot...). But, as Muslims we must appreciate their meaningful contribution to send message on Islam. If we keep gaduh-gaduh and tangkap-tangkap and tauliah-tauliah - what do you think of non-Muslims think of us? What do you think of our fellow Muslims think of you, JAIS?

Imagine, just imagine Datuk Pengarah JAIS, how many Muslims in Malaysia (Nusantara, Tanah Melayu or Malacca) now had the teams of Mubaligh (pendakwah) not cared for those who were/are not yet Muslims here in Tanah Melayu? Camana atuk nenek kita peluk Islam dulu? These Mubaligh sacrificed, and their life were solely for Islam - dakwah, sent good message, gave good life examples and with that, many followed and embraced Islam. Indah dan maniskan?
Datuk Pengarah and friends@JAIS, please strengthen our Nawaitu - Niat. You hold highest position in JAIS. Therefore, you certainly hold high responsibilities. Uphold and perform, please ensure Islam and its dakwah/activities and its dissemination are easy/friendly especially to our fellow Muslims.

Put aside agendas which not related and nothing to do with Islam, don't play a double-role. Jangan takut-takutkan orang nak berdakwah pada jalan Allah. Jangan takut-takutkan dan cakap bukan-bukan tentang orang bukan Islam nak ke masjid. Jangan takut-takutkan pemuda-pemuda, Ustaz yang baru lepas Universiti, yang nak mengajar kecil-kecilan di surau/masjid. Selagi depa berada atas landasan Allah, selagi mereka menyampaikan perkara yang benar atas Islam walaupun melanggar batasan politik, masih lagi bersuara dalam hak dan kebenaran, biarkan mereka berdakwah dan alu-alukan niat itu. Silakan.
Tetapi kalau nampak terbabas dari Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, heret mereka dan segerakan tindakan untuk pengajaran / makluman semua. Jangan ding-dong.
Niat saya tulis ini untuk kebaikan. Niat kerana Allah s.w.t semata-mata.

Saturday, January 24, 2009

Amanah Dari Allah & kaum muda

Siang tadi berlangsung Mesyuarat Agung Khas Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pemilihan Pegawai/AJK Masjid bagi sesi 2009-2012. Dalam keadaan/beban tugas sedia ada dan dalam keadaan yang cukup terpaksa, saya telah dipilih sebagai Ketua Pemuda dengan sokongan sebulat suara kerana sebaik sahaja pencalonan saya dibuat, ianya terus ditutup tanpa bantahan, walaupun saya sendiri membangkang/menolaknya tetapi tiada yang menyokong saya bagi membolehkan pencalonan terus dibuka. Saya mohon pegawai JAIS yang hadir menjadi Pengerusi Mesyuarat ketika itu membuka semula pencalonan kerana saya mengambilkira nama saya memang tiada langsung walau satu jawatan pun dalam senarai kertas-kertas kecil AJK bayangan/cadangan yang diedarkan kepada ahli-ahli kariah.
.
Ini satu jawatan yang cukup berat tanggungjawabnya. Apabila ramai yang mengucap tahniah kepada saya selepas mesyuarat khas itu, tersedarlah saya bahawa satu lagi amanah dari Allah yang terbeban di atas bahu. Tugas Ketua Pemuda yang paling utama ialah membawa seramai mungkin pemuda/pemudi kembali mengimarah/mendekati masjid melalui aktiviti-aktiviti untuk golongan sasaran itu. Dalam kepala saya memang ada senarai rancangan untuk itu yang boleh dilaksanakan, InsyaAllah.
.
Ya Allah, permudahkan segala urusan dan tugasan kami. Jauhkan kami dari riak dan bangga diri. Berkatilah segala usaha dan perancangan kami. Kepada-Mu kami berserah dan kepada-Mu kami mohon pertolongan.
.
Jika pembaca blog ini ada cadangan/pandangan program khas untuk pemuda/pemudi ke masjid atau lain-lain program, mohonlah dicoret dalam ruangan komen ini. Terimakasih.

Saturday, November 15, 2008

Makan Malam Amal & Ihtifal SIMDE 2008

Malam tadi 14 Nov 08 berlangsung Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal SIMDE bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya -- HSPJ.
.
6.15 pm.

6.45 pm - Final Briefing oleh petugas HSPJ

7.30 pm Kaunter Daftar

Pameran Kerja Seni Kumpulan Pelajar di Lobi - tema projek - SIMDE 3010. (...kalau panjang umur).


JURI cilik (macam betul je...Hanaa) konon-konon memberi markah untuk pameran projek SIMDE 3010.


Perasmian Majlis Amal & Ihtifal oleh YB Dr Hjh Halimah Haji Ali, EXCO Pendidikan Negeri Selangor. Intipati ucapan -- peri pentingnya peranan sekolah dan ibubapa bantu-membantu mendidik anak-anak ke cemerlang dunia dan lebih utama lagi untuk akhirat. Kalau kita sedaya upaya mendorong anak kita mendapat A dalam pelajaran, maka kita juga perlu dorong anak kita mendapat A untuk Akhirat. Beliau sendiri ingin menjadikan Selangor sebagai HUB ilmu, yang mampu melahirkan lebih ramai para cendiakawan terulung.

En. Rajiv Rishyakaran (left) - Special Assistant to YB Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya) bersama Guru Besar SIMDE - Ust Dahim.

En. Wan Mohd Zaki (bersongkok) dari Blue-T Publications, penerbit Majalah Ana Muslim, turut hadir

Ustaz Shaari -- Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Muqri, Bt. 13 Puchong turut hadir bersama dengan pelajar-pelajar Tahfiz yang dijemput khas meraikan Majlis. Kami berbual lama dari pembangunan Maahad, pelajar Tahfiz, kehidupan mereka seharian, kaedah hafazan (3-4-11-33) dan peranan ibubapa dalam menjadikan anak-anak mereka seorang Al-Hafiz.
.
Pelajar paling tua di Maahad ini berumur 23 tahun. Mereka bangun seawal 4 pagi dengan menunaikan segala solat sunat dan seterusnya solat Subuh dan memulakan aktiviti Hafazan. Jam 12 tengahari semua wajib tidur selama tidak lebih 1 jam. Lepas Zohor, mereka di hadapan guru Tahfiz baca ayat-ayat @ surah yang dihafal sebelah pagi tadi. Sebelah malam mereka menghafal dari awal + ayat yang dihafal pagi tadi sehingga jam 11 (budak rendah) & jam 12 (budak menengah). Mereka mampu bertahan tidak mengantuk kerana amalan tidur sebelum Zohor. Ada yang mampu menghafal seluruh Al-Quran dalam 4 bulan, ada yang 2 tahun dan ada yang 40 tahun. Kita?



Persembahan pembukaan oleh Murid Tahun 1



Pengerusi Eksekutif Al-Meswak Mu'min - (pengeluar ubat gigi Mu'min) -- Tuan Amirullah Hj Abdullah (kanan) turut hadir.



YB Dr. Halimah bersama Tuan Haji Rohizan (kiri) -- Pengurus Besar HSPJ.

Team Pengakap Muda tengah buat persembahan

Murid Tahun 2 dan 3 Perempuan

Antara hadiah-hadiah / cenderahati untuk murid-murid yang cemerlang dan guru-guru harapan.


Ustaz Farizal & famili.

Team Pengakap Muda (Hanif and his team)

En. Timothy Ho Sze Ye (kiri) - Pegawai Khas kepada ADUN Subang Jaya bersama Dr. Shahrom.

Ust. Hj. Mohd Amir Hj. Danuri (kiri) -- Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS bersama CEO SIMDE.


Pelajar Tahun 6 dengan CHORAL Speaking.

Nabihatun & Adilah - Hanis's best friends

Mai, Fatihah & 'Ainaa - semua Mumtaz PSRA

Macam-macam gaya. Semua gambar pelajar Tahun 6 yang baru je dapat keputusan UPSR/PSRA Khamis lepas. Bagi UPSR 21 daripada 49 murid dapat 5A sementara PSRA 10/49 MUMTAZ. Tahniah kepada semua murid & guru-guru serta ibubapa!

ADLI - dengan posing unik - sapu 5A


Athirah & Atiqah

Haziqah - UPSR 5A & Jayid Jiddan PSRA

Zahra & Ain -- dua-dua Mumtaz PSRA

Farzana, Syazwani & Maisarah -- semua Mumtaz PSRA

Faizul (tunduk, malu, dapat 5A) & Faidhi

Hud dengan aksi yang tersendiri

Izzan (pegang sijil 5A) & Hafiz

Semua khusyuk melihat persembahan.

Syazwani (sahabat paling rapat Hanis) -- Tokoh Murid Tahun 6 SIMDE 2008. TAHNIAH!!!!


Cikgu Shafeni (2 dari kiri) & Cikgu Hazira (sebelahnya) -- Guru-Guru HARAPAN SIMDE
.
.
PAMERAN PROJEK-PROJEK - SIMDE 3010 (tema)









.
.
12.30 pagi -- petugas-petugas Majlis baru nak makan...

ALHAMDULILLAH, selamat dan selesai semuanya.
.
.
GAMBAR PERSIAPAN




CHORAL SPEAKING