Sunday, November 29, 2009

ALL BLACKS vs France ...(39-12)

Hari ni, All Blacks kalahkan Perancis 39-12. Dulu tewas dengan team sama masa 2007 World Cup. All Blacks pakai baju putih!!! (gambar atas)

Saturday, November 28, 2009

Malaysian Transsexual Weds Briton

Petikan Berita "Pondan Malaysia disunting warga Britain - Kosmo".

LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.
Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.
Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.
Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.
Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.
"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.

Lanjut/terperinci/gambar baca Kosmo! di link SINI
Ini secara jelas, sebagai seorang Islam/Muslim, pelanggaran hukum, syiar dan syariat Islam yang syumul. Bersama kita berdoa semoga Allah s.w.t beri taufiq dan hidayah kepada Mohammed Fazdil, kembalilah ke pangkal jalan. Dan semoga Allah tetapkan iman saudara kita itu dan iman kita semua, hidup dan mati di jalan Allah yang sempurna. AMIN.

Friday, November 27, 2009

(yang tak pi haji) - Jom Tolong Orang Buat Korban

(Pesanan kepada semua orang yang tak pi haji.)


Selepas Solat Raya jangan lupa gotong royong tolong komiti korban dan tumbangkan lembu. Setengah tempat buat lepas raya. Tapi tahun ni banyak tempat buat hari Sabtu (Raya Haji ke-2) kerana tak sempat nak kejar solat Jumaat.

Ada juga yang buat hari Ahad dan juga hari Isnin (selagi masih hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.)

Ringinkan tulang bergotong royong amalan baik. Dah le kita tak buat korban, janganlah berat tulang dan cekak pinggang. Begitu juga kepada peserta korban.

Kepada semua Muslim/Muslimat - anda semua ada peranan, jemput semua turun gelanggang!!!
Selamat Hari Raya AidilAdha.

Wednesday, November 25, 2009

(yang tak pi haji) - Esok Puasa Sunat Wukuf

(Hanis, Hanif, Hanaa)

Esok 9 Zulhijjah 1430H ialah Hari Wukuf. Jumaat 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Aidil Adha. Esok (9 Zulhijjah itu) adalah hari yang sangat digalakkan berpuasa. Puasa Sunat Wukuf.

Hadis Nabi s.a.w.
Daripada Hunaidah bin Khalid r.a., daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w berkata: ‘Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei).

Tuesday, November 24, 2009

Scotland beat Wallabies

Scotland beat Australia 9-8 for the firsttime after 28 years! It was a good rugby game played by both teams. Memang cemerlang. Australia fly half missed the conversion in injury time. Scotland will meet Argentina @ Murrayfield for the Autumn Test Final this coming weekend.


All Blacks akan rentap dengan France, hujung minggu ni gak di Marseille. Jangan tak tengok...

Sunday, November 22, 2009

Majlis Ihtifal SIMDE 2009

Malam semalam berlangsung Majlis Ihtifal SIMDE 2009 di Hotel Singgahsana PJ. Dengan tema Pelangi majlis ini bertujuan memberi anugerah kecemerlangan kepada murid/pelajar UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan/subjek 2009, Tokoh Guru, Tokoh Murid dan cemerlang Sukan.
Share sedikit gambar

Sebahagian Guru-Guru terlibat

Persembahan Tema Pelangi oleh kombinasi Murid Darjah 1 & 3




Majlis dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (yang diwakili oleh isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut)



Dari kiri - Huda Raihana, Hanaa Aisyah dan Azzatul Aisyah
Dr. Tengku Shahrom (kiri), Pengerusi Yayasan SAMDE

Ahli Lembaga Yayasan SAMDE - En. Shazali, Ustaz Fauzi dan Dr. Sahrom
Hanif terlibat dengan Dikir Boria kombinasi Darjah 5 dan 6
Ustaz Shafie - Ketua Biro Kebajikan & Dakwah PIBG
Puan Shafika (kiri) Ketua Biro Ekonomi PIBG bersama Puan Aderiana - Ketua Biro Perhubungan Komunikasi PIBG

Persembahan menarik Pentomin Palestin/Israel oleh murid Darjah 2 & 4


Bukan, bukan. Ini bukan paparazzi atau mamarazzi!!! Parents masing-masing nak ambik gambar anak mereka buat show...
Penyampaian anugerah kecemerlangan oleh Puan Sri Salbiah kepada murid cemerlang SIMDE dalam UPSR, PSRA dan PMR tahun 2008 dan 2009.
Ustaz Farizal, Ustaz Mazlan (Guru Besar SIMDE) dan Tuan Syed Alwi (Penasihat Yayasan)
Hanis (kanan) bersama rakan-rakan Alumni SIMDE - dari kiri Syazwani, Nurin, Ainaa, Maisarah dan Qistina


Kawan-kawan Hanis dari kiri - Atiqah, Syaz, Nurin dan Ainaa yang terima Anugerah untuk UPSR dan PSRA.
---
Kepada semua penerima Anugerah Kecermerlangan 2009 SIMDE. Tahniah dan Syabas! Yang lain, teruskan dan cuba lagi...

Saturday, November 21, 2009

Konvo OUM Ke-7

Share sedikit gambar Majlis Konvoksyen Ke-7 Open University Malaysia (OUM) di PWTC 14-19 November 6 hari berturut-turut minggu lepas. Seramai 6,400 graduan terima ijazahnya kali ini, paling ramai dalam sejarahnya, sejak OUM ditubuhkan 2004.
(Rasanya penat jugaklah Pro-Canselor OUM (Tan Sri Azman Hashim) sampaikan kat graduan.)



Tahniah kepada semua graduan!!! ...dan Alumni OUM jugak...

Wednesday, November 18, 2009

Dato Nadzmi & HICOM Alumni

Morning - Had breakfast with Hj Nisbar (x-PHN, x-MTB, now attached to HICOM Chevrolet). Berbual, borak kosong. Asked him for some updates on Dato' Nadzmi (Salleh) - DNS - Chairman, Proton Holdings Berhad (Hj visited Dato' days before).

(note: DNS suffered a mild stroke in India. Had flown back to Malaysia and transferred to a private hospital here)
Last sekali jumpa Dato' Nadzmi in person during HICOM Alumni Hi-Tea.
(note: HICOM Alumni is a group of x - officers/staff/kakitangan HICOM yang rapat dan terbabit secara langsung membina/bangunkan HICOM Holdings Berhad & Kumpulan di bawahnya termasuk Proton, EON, MTB, HICOM Petro-Pipes dan berpuluh lagi anak syarikat hingga mampu jana cash-cow RM1 billion dengan nilai sesaham HICOM waktu itu cecah RM8 (dulu la, la ni tak cecah...))
Share sikit gambo during HICOM Alumni Hi-Tea
Ong Beng Kong (right)

Ni gambo Dato' Nadzmi with his smiling face. Orangnya baik, peramah dan mudah tersenyum SAMA seperti orang di kiri/kanan/depan Dato'. Di kanan - Jamil (dulu orang kuat Alam Flora). Kiri adalah Hj Nisbar.

My former boss Engineering Division Head, Mr Matthew Phung (second from right) - my first task under him was to help him shutting down HICOM Freightmate's operation.

ha ha ha ZRY pun ader...

Chandra Kumari (diri) with Puan Sri (wife to the late Chairman - Tan Sri Jamil Jan)

Kiri sekali Datuk Saufi x-MD HICOM with Zam dan kanan sekali Aziz
Munusamy (centre - dulu jaga duit) & Hj Makmon (blue shirt).
Azman Ahmad, Kamarul Azman, Musa Dahlan & Azhar
Nur Balkish Hood, Wan Rohani, Kak An & Zamara (IT)
Bosses - i used to work with. Yang berjanggut tu Haji Rahim. Pakar dalam bidangnya - Engineering. Was in his team for Offshore Patrol Vessels (OPV) Project, Wafer Fabrication Project, Alloy Casting Project & Johnson Matthey HICOM (Catalytic Converter Project)

Lady in pink - Rozimah


Hj Harun, Jayaratnam, Foo Chee Tiew & Munusamy. Mr. Jayaratnam was previously MD of HICOM Petro-Pipes (HPP). My final job before leaving DRB-HICOM was (in his team) to close HPP's operation (save the company from bleeding further)
Narzita, Latifah, Ratna Juita, Fadilah
Hisham Taha & Balkish (dua orang my batch (HICOM intake masa tu) - semua dah tak de kat situ...)
---
OK, Khas kepada Dato' Nadzmi, banyakkan bersabar dan berdoa. Kami doakan semoga Dato' cepat sihat/sembuh sepenuhnya.