Friday, December 23, 2011

Hanis dapat 9A PMR 2011

Alhamdulillah.
.
Tahniah to dotter HANIS Tajudin. Semalam telah diumumkan keputusan PMR 2011 dengan Hanis dapat keputusan cemerlang di sekolahnya. Dia satu-satunya pelajar yang mendapat 9A dari lebih kurang 300 pelajar Form 3...dan ianya betul-betul memeranjatkan kami ibubapanya.
.
Memang tak sangka! Why? Kerana dia tidak pergi tuisyen, belajar sendiri bertanya dengan kawan-kawannya dan guru-guru tertentu. Cuma dia ada target nak jadi pelajar cemerlang di sekolah ini masa kali pertama dia daftar nama Form 1.
.
Tapi dia rajin tolong Mama buat kerja-kerja rumah atau kerja-kerja yang Mama suruh, dan dia suka buatkan saya air kopi. Air kopi dia sedap! Hanis rajin mengaji dan solat.
.
Dia juga suka tidur, kalau tak ada apa-apa nak buat, dia akan baring sambil baca buku sekejapdan terus tertidur. Tapi dia rajin bagi kucing makan dan akan bercakap-cakap dengan kucing yang dia bagi makan....he he he...

Apa pun TAHNIAH Kak kerana berjaya dengan cemerlang menaikkan nama sekolah, guru dan diri Kakak sendiri. Tok2/Kawan2/Guru2 lama dan baru/Pak-Mak Sedara/Cousins semua ucap tahniah, so kekalkan yang terbaik untuk masa akan datang.
.
InsyaAllah.

Thursday, November 24, 2011

Amalan Harian Tambahan Yang Elok Diamal

Elok saya coretkan dan share amalan-amalan harian yang telah diajarkan oleh beberapa Ustaz yang saya belajar terus daripada mereka, yang seharusnya menjadi amalan harian terutama untuk kelapangan hidup, tenang, limpahah/kemurahan rezeki, mendapat rahmat/bahagia, terhindar keburukan, syak wasangka dan fitnah untuk kehidupan kita sekeluarga, Insya-Allah. Terimakasih Ust. Azhar Hashim Al-Hadrami, Ustaz Nasir (Temerloh), Tuan Haji Rahim, Ustaz Dahim Jalal, Ust. Kharman (Bangi) & Ust. Mohd Zairi Drahman.

===
MAKA amalan harian itu bermula daripada:
.
Solat Sunat Tahajud (2 rakaat minimum)
Solat Sunat Istikharah (2 rakaat minimum)
Solat Sunat Witir (3 rakaat dengan 2 salam)
.
Membaca - Subhanallah hiwabihamdih Subhanallah hal a'zim Astaghfirullah hal a'zim (100x sebelum Azan Subuh)
.
Hadiahkan bacaan Al-Fatihah
1. Junjungan Besar Nabi s.a.w.
2. Nabi s.a.w, seluruh kaum keluarga Baginda, para sahabat, pengikut sahabat & Muslimin/Muslimat yang masih hidup mahupun meninggal dunia.
3. Seluruh Nabi2 & Rasul2 serta umat2 terdahulu yang beriman soleh, para malaikat, wali-wali Allah dan seluruh guru/ustaz/ustazah dan mereka yang menyampaikan & memanjangkan ilmu.
4. Nabi Allah Ayub a.s
5. Nabi Allah Khidir a.s
6. Kedua ibubapa kita.
7. Kepada isteri/suami & anak2, keturunan kita serta seluruh adik beradik dan kaum keluarga seluruhnya.
.
Bersedekah wangringgit ke tabung masjid, sedikit tak mengapa tetapi istiqamah.
.
Solat Sunat sebelum mendirikan solat Subuh (2 rakaat min)
.
MEMBACA/MENYEBUT -
1. La ila ha illallah - 100x atau 170x
2 Bismillah Hir Rahman Nir Rahim 11x (Subuh/Asar/Mahgrib)
3. Berselawat ke atas Nabi, sekurang2nya - Allah hum ma Soli a'la Muhammad 11x (Subuh/Asar/Maghrib)
4. Bismillah hil lazhi la yadurru...hingga habis 3x diikuti membaca QulhuAllah hu Ahad...hingga habis 3x (Subuh/Asar/Maghrib).
5. Ya Hayy Ya Qoyyum 100x
6. Baca Ayat 87 & 88 Surah Anbiya' bermula "La ila Ha illa Anta Subhanaka inni kuntu minaz dzolimin (87)... (at least 3x setiap waktu solat)
7. (Antara waktu Dhuha sehingga sebelum Asar) Ayat 30 hingga Ayat 37 Surah Ali-Imran 40x selama 40 hari, diikuti membaca at least 1x hari-hari selepas itu.
8. Perbanyakkan menyebut Nama-Nama Allah s.w.t at least dari Ya Allah, Ya Rahman...hingga Ya Alim.
9. Surah Al-Waqiah (11x setiap kali selepas Asar selama 40 hari, kemudian boleh buat at least 1x selepas Asar)
10. Ya Wahid 47x (setiap Asar) & 313x (setiap Maghrib). Sama juga, Ya Muhit 47x (setiap Asar) & 313x (setiap Maghrib). Wahid=Yang Maha Esa & Muhit=Yang Maha Segalanya/Seluruhnya (Encompasser)
11. Subhanallahil A'zim mi Wabihamdih (sebanyak yang termampu)
.
Solat Sunat Dhuha (2 rakaat min)
Solat Sunat Taubat (at least 2 rakaat sehari atau setiap waktu solat lagi baik)
Solat Sunat Hajat
.
PERHATIAN: Amalan-amalan di atas ini ialah amalan tambahan selain daripada amalan/zikir/solat sunat biasa yang kita biasa lakukan. Dan istiqamah membaca Al-Quran setiap hari kerana Allah suka orang yang membaca Al-Quran. Tambahan pula Al-Quran itu adalah syafaat & syifa serta mukjizat Nabi s.a.w untuk kita semua.
.
===
Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan, semangat dan istiqamah dalam melaksanakan amalan harian ini. AMIN.

Tuesday, October 18, 2011

My1Stop Dengan Fungsi/Ciri Terbaru

Kepada semua usahawan ataupun mereka yang berpotensi untuk menjadi usahawan technopreneur termasuk graduan, belia, pemuda/pemudi khususnya bagi tujuan memasarkan produk/servis mereka secara ONLINE, sila layari web kami My1Stop dengan klik link ini >>> my1stop.my
.
Setelah itu, jika berminat menjadi pengguna/pemasar/menggunakan perkhidmatan kami sila klik button hijau "create seller account" & daftar online.


Jika perlu penjelasan tambahan, sesi perbincangan ataupun pertanyaan boleh email saya tajudinms@my1stop.my

Monday, October 3, 2011

Amalan Jika Kehilangan Barang/Orang

Daripada Ustaz Wan Adam, daripada petua Tok Gurunya, dan telah diamalkan, dengan izin Allah.s.w.t, telah berjaya. Jika kita kehilangan barang/harta/orang, amalkan segera bacaan ini mengikut susunan dan dibaca di hadapan pintu utama rumah.
.
1. Bacakan Al-Fatihah, hadiahkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga Baginda, sahabat2 & sekalian kaum Muslimin Muslimat. (1x)
2. Bersalawat ke atas Nabi/keluarga (3x)
3. Membaca Surah Ad-Duha (40x)
4. Berdoa (termasuk doa Ya Muqallibal Qulub....) & moga Allah membuka hati orang yang mengambil/mencuri untuk pulangkan barang/orang.
5. Membaca Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil Wala Hau La Wala....(sehingga habis...7x).
.
Yakin Allah s.w.t akan membantu, Insya Allah.



Tuesday, September 27, 2011

Rugby World Cup 2011


RUGBY WORLD CUP 2011.
10 September - 23 October 2011.
New Zealand.



Browse the official web here www.rugbyworldcup.com
Go Go All Blacks!!!

Friday, August 5, 2011

Ceramah/Kuliah Khas Ramadhan 1432H di MABAS

Berikut adalah senarai Kuliah Khas Ramadhan 1432H tahun ini yang akan diadakan bertempat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS) Subang Jaya.
.
Sabtu 6 Ogos 2011 (Jam 12 t/hari) Penceramah: Ustaz Zulkifli Ahmad
Ahad 7 Ogos (Jam 10.30 pagi) Ustaz Rahim Nasir
.
Sabtu 13 Ogos (Jam 10 pagi) Ustaz Salehuddin Nasir
Ahad 14 Ogos (Jam 12 t/hari) Ustaz Kamal Ashaari
.
Sabtu 20 Ogos (Jam 12 t/hari) Ustaz Zulkifli Ahmad
Ahad 21 Ogos (Jam 11.30 pagi) Ustaz Rahim Nasir
.
Bersama-sama hadir meraikannya.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Solat Tarawikh/Witir malam Ramadhan pertama, selesai.
.
Bermulalah Fasa pertama kita memasuki Madrasah Ramadhan 1432H yg di dalamnya terkandung rahmat kasihan belas Allah s.w.t, maghfirah dan perlepasan daripada api neraka. Moga-moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
.
Salam Ramadhan.

Tuesday, June 14, 2011

My1Stop: Facts - The Future of Online Biz

Lanjutan daripada artikel saya yang dipos link >>> Malaysia Online Shopping Mall: My1Stop - The Way Forward ... saya huraikan lagi fakta statistik yang elok digunakan bagi tindakan semua yang terlibat dalam memasarkan produk/servis mereka di My1Stop.
.
Ciri-ciri yang dikehendaki rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara online (hasil kajian terperinci sepenuhnya):
.
a.Selamat (47%)
b.Perlindungan ke atas pembelian/barang, sampai & mengikut spesifikasi (34%)
c.Pembayaran tanpa no kad kredit & no akaun bank (31%)
d.Mengesan pembayaran yang dibuat (22%)
.

2 Alasan Mengapa Orang Malaysia tidak mahu membli-belah secara online:
.
i.Kelajuan Internet tidak memuaskan (48%)
ii.Transaksi tidak selamat (37%)

.

Sebab pengguna membeli-belah secara online:

.
a.Produk tiada dalam Malaysia (65%)
b.Pelbagai pilihan (55%)

c.Kualiti yang bagus (36%)
d.Berpatutan & Mudah (35% setiap satu)
.
Profil pelanggan / pembeli online

.
a.Pendapatan tinggi (50%)

b.Pendapatan pertengahan & pertengahan rendah (41% & 38%)
c.Pendapatan rendah (40%)

.

Dan daripada itu semua, 40 pembeli online adalah kategori pelajar & surirumah.
.
.
---
Rasional - Samada apa jua kategori atau profil latarbelakang anda, pelajar, pendidik, orang kaya, orang miskin, makan gaji, pekerja sukarela apalagi usahawan, anda semua mesti REBUT peluang memasarkan/menjual/mengiklan produk/servis/perkhidmatan atau apa jua yang anda tawarkan, atau apa jua yang ingin anda beli secara online di (klik>>) My1Stop . Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami atau email saya tajudinms@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. . Bertindaklah dengan bijak menjadi sebahagian pemasar, di samping belilah secara bijak & selamat di My1Stop Online Shopping Mall.

Monday, June 13, 2011

Imam Muda dan Warga SIMDE bergotong-royong bersih sekolah

Program Gotong-Royong Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya (sekolah Hanaa) warga SIMDE bersama 8 Imam Muda (Astro Oasis), telah selamat diadakan semalam 12 Jun (Ahad) 8.30pg-2pm. Program telah turut dirakam untuk siaran oleh Astro Oasis.
.
Ianya diadakan bagi mempromosi Hari Karnival Amal & Jogathon SIMDE yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti di tempat yang sama (kawasan Sekolah & Masjid Darul Ehsan).

Suasana berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua Imam Muda musim ke-2 dan juga penerbit/krew program tersebut dari ASTRO. Barisan Imam Muda memberi semangat untuk bergotong royong dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.

Krew Astro Oasis
Semua kawasan utama diredah oleh kumpulan-kumpulan dengan setiap satu kumpulan dianggotai oleh Imam Muda, guru-guru, J/K & pegawai masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE, PIBG, ibubapa dan para pelajar. Antara kawasn tumpuan ialah bilik guru perempuan yang baru diubahsuai, kawasan persekitaran, menanam pokok dan bunga, membersih Surau sekolah dan mengecat laluan pejalan kaki.

Semua yang berseluar merah dangan t-shirt sumbangan Little Trees itu adalah barisan Imam Muda musim ke-2.







Barisan Imam Muda bersama-sama bergambar dengan Guru-Guru SIMDE.
Terimakasih kepada semua warga SIMDE yang hadir dan memberi sumbangan potluck, sokongan daripada ASTRO Oasis, sokongan kewangan daripada Little Trees serta bantuan logistik daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), serta cuaca yang redup sepanjang program, sangat menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini.

Wednesday, June 1, 2011

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ)


Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) adalah Rumah Kebajikan & Pendidikan Untuk Anak-anak Yatim, terletak di lokasi No.1 Jalan Anggerik 2E/2, Prima Beruntung 48300 Bukit Beruntung, Selangor (lihat peta di atas @ klik WIKI). RAUQ mula beroperasi Januari 2010, menjaga 60 anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang parents berpisah.
.
Perbelanjaan bulanan RAUQ ialah sekitar RM30,000 merangkumi makan/minum, transport, sewa asrama, utiliti, medical, pendidikan & saguhati untuk petugas. . RAUQ juga menjalankan aktiviti bagi menampung belanja bulanannya seperti membeli sambil menderma dan juga bernasyid di tempat awam.
.
Sumbangan wangringgit/barang2 sangat dialau-alukan kepada RAUQ. Boleh hubungi Azhir Ismail (013-2059528) atau Hajjah Hasnita (013-6362308). Sumbangan ke Maybank atas nama Pusat Jagaan Ummul Qura (a/c. no: 562012005195)

---
Perbelanjaan bulanan terperinci:
a. Makan RM7 x 30 hari x 60 orang = RM12,600

b. Utiliti (purata) = RM1,000
c. Transport (petrol/tol/servis etc) RM50 x 30 hari = RM6,850

d. Sewa Asrama (1 & 2) = RM1,200

e. Bil. telefon/hp/fax = RM1,500
f. Elaun petugas & saguhati sukarelawan (Guru tuisyen/fardhu ain = 8 orang x RM400, Staff 2 orang x RM900, Pengurus Asrama = RM1,200, saguhati sukarelawan = RM450.)
TOTAL = RM29,200.

.
Keperluan/Barangan lain
:

a. Barang Mentah - beras, minyak, tepung, gula, rempah, bawang2, buahan, sayuran, sos, kicap etc (untuk 60 orang @ RM10,000/bulan).

b. Peralatan Dapur (yang masih tidak cukup) - periuk letrik besar 20kg, periuk besar, belanga besar, talam, pinggan/mangkuk.
c. Keperluan Ibadat - sejadah, karpet, kipas angin, rak kitab, aircond set, Al-Quran.
d. Keperluan Asrama - tikar getah, tilam, bantal, cadar, ampai, almari individu.

e. Kemudahan pembelajaran - komputer asas, whiteboard, LCD projector, buku & alatulis, buku2 yang baik untuk Library.
f. Kain/baju/pakaian untuk anak-anak RAUQ berumur 13 tahun ke atas, lelaki & perempuan.
===


Monday, May 16, 2011

Malaysia Online Shopping Mall: My1Stop - The Way Forward

Laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.
.
---- Lanjut sila klik SINI untuk terperinci. ---
.
Perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka sebanyak RM1.8 bilion tahun lalu bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24%.
.
Perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil sebanyak RM329 juta atau 18%; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14%); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 %), insurans (RM205 juta, 11%), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 %) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau 4%).
.
Pengarah Urusan dan Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem, memaklumkan angka terbabit disifatkan agak mengejutkan untuk negara yang mempunyai penduduk berjumlah hampir 27 juta orang.
.
“Keupayaan jalur lebar yang kemungkinan menjadi antara punca utama penduduk Malaysia mampu berbelanja secara online, namun kajian kami menunjukkan penduduk bandar lebih cenderung menjengah kedai online berbanding penduduk luar bandar atau sub bandar.
.
<< Menurutnya, golongan berpendapatan sederhana dan ke atas menguasai 70 peratus perbelanjaan online. >>
.
“Kuasa pembeli golongan ini biasanya lebih tinggi selain pendedahan kepada dunia Internet yang lebih luas,” katanya.
.
<>
.
Bagaimanapun, Elias kecewa apabila kuasa Internet tidak dimanfaatkan golongan peniaga apabila hanya 100,000 daripada 600,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang aktif dalam dunia online dengan menawarkan perkhidmatan dan produk mereka.
.
“Agak menyedihkan kerana kebanyakan PKS masih belum memanfaatkan dunia digital dalam memperluaskan perniagaan mereka walaupun kajian yang dikeluarkan kami menunjukkan jumlah beli-belah online di negara ini mencecah sehingga RM1.8 bilion pada tahun lalu,” katanya.

<< PKS tempatan perlu memanfaatkan Internet sebagai platform mengembangkan perniagaan kerana Internet kini berupaya memperluaskan jaringan di peringkat global. >>
.
“Untuk menarik pelanggan online dan menguasai pasaran membeli-belah online yang berkembang pesat, peniaga tempatan harus menggunakan pelbagai saluran dalam platform untuk menjual produk.
.
“Pasaran membeli-belah online berkembang pantas dan pelanggan tempatan semakin mencari nilai terbaik dalam pembelian produk dan perkhidmatan menerusi laman web,” katanya. .

---

Kesimpulannya - Tidak dapat tidak, anda semua & juga semua PKS di Malaysia perlu merebut peluang memasarkan/menjual/mengiklan produk/servis/perkhidmatan atau apa jua yang anda tawarkan secara online di (klik>>) My1Stop . Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami atau email saya tajudinms@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. . Bertindaklah dengan bijak menjadi sebahagian pemasar di My1Stop Online Shopping Mall.

Thursday, April 14, 2011

Ajaran Sesat - Islam Jamaah

Dalam Kuliah Maghrib, Ustaz Kamal Nasser mengambil peluang memaklumkan kepada jemaah yang hadir berkenaan Ajaran Sesat iaitu Islam Jamaah. Ustaz minta kita terangkan/jelaskan ajaran sesat ini kepada keluarga & saudara mara.

Ajaran sesat ini bermula di Jawa Timur pada 1941 tetapi Kerajaan Indonesia telah mengharamkan ajaran ini pada 1971/1972. Malangnya, ianya telah merebak dan nberkembang di Malaysia terutama di Selangor. Ajaran ini telah difatwakan sesat oleh Malaysia/Selangor pada tahun 1998.

Ciri kesesatan ajaran ini ialah (1) Tidak melakukan solat Jumaat di masjid (2) Menolak sumber Ijma' & Qias (3) Mengatakan Najis Mughallazah tak perlu disamak, bahkan mengatakan hanya daging babi sahaja najis tetapi tulang babi tidak haram (4) mengatakan binatang yang mati dalam kawasan orang Islam, tidak perlu disembelih dan halal dimakan (5) Menetapkan Amir (ketuannya) sebagai sumber hukum (6) Mendakwa hanya kumpulannya sahaja yang Islam...dan sebagainya.

Umat Islam di minta berwaspada dan berhati-hati. Janganlah kita terpesang dan tertipu dengan pelbagai ajaran sesat yang bergerak terutama di Selangor ini.

Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan kaum keluarga kita dan memberi kita petunjuk Islam yang sebenarnya dan menjauhi kita semua dari kesesatan dan perkara-perkara yang menyesatkan. AMIN.

Monday, April 4, 2011

Kaedah Hafazan / Hafalan Ekektif

Ada 3 Kaedah Hafazan Efektif (ikut kemampuan/masa masing-masing). Lebih banyak masa dan mengulang hafazan akan memantapkan kaedah ini.
.
.
1. Kaedah 30x.
a. Baca bahan yang hendak dihafaz 8 kali (melihat). Bahagi bahan itu kepada 5 bahagian. Hafaz bahagian 1 sehingga ingat (tanpa had bilangan). Bila sudah benar2 ingat, ulang 3 kali.
.
b. Hafaz/lakukan bahagian 2 seperti (a). Kemudian gabungkan a & b (ulang 3 kali)
.
c. Hafaz bahagian 3 seperti (b). Setelah benar2 ingat ulang sebanyak 6 kali. Kemudian gabung bahagian 1,2,3 (ulang 3 kali)
.
d. Hafaz bahagian 4 seperti (b). Bila sudah benar2 ingat ulang sebanyak 9 kali. Kemudian gabung 1,2,3,4 (ulang 3 kali)
.
e. Hafaz bahagian 5 (seperti b). Bila sedah benar2 ingat, ulang 12 kali. Kemudian gabung 1,2,3,4,5 (ulang 10 kali (bukan 3 kali) untuk mantapkan hafazan seluruhnya.
.
---
.
2. Kaedah 20x
a. Baca (melihat) bahan hafazan 5x. Bahagi bahan itu kepada 5 bahagian. Hafaz bahagian 1 sehingga ingat (tanpa had bilangan). Bila benar2 sudah ingat, ulang 2x.
.
b. Hafaz bahagian 2 seperti (a). Gabungkan 1,2 dan ulang 2x.
.
c. Hafaz bahagian 3 seperti (b), bila benar2 sudah ingat, ulang 4x. Gabungkan 1,2,3 & ulang 2x.
.
d. Hafaz bahagian 4 seperti (b), bila benar2 ingat ulang 6x. Gabungkan 1,2,3,4 & ulang 2x.
.
e. Hafaz bahagian 5 seperti (b), bila benar2 ingat ulang 8x. Gabung 1,2,3,4,5 & ulang 7x (bukan 2x) untuk mantapkan hafazan.
.
---
.
3. Kaedah 10x
a. Baca (melihat) bahan hafazan 3x. Bahagi bahan itu kepada 5 bahagian. Hafaz bahagian 1 (tanpa had bilangan). Bila benar2 sudah ingat, ulang 1x.
.
b. Buat bahagian 2 seperti (a). Gabungkan 1,2, ulang 1x.
c. Hafaz bahagian 3 seperti (b). Bila benar2 ingat ulang2x. Gabung 1,2,3, ulang 1x.
d. Hafaz bahagian 4 seperti (b). Bila benar2 ingat, ulang 3x. Gabungkan 1,2,3,4, ulang 1x.
e. Hafaz bahagian 5 seperti (b). Bila benar2 ingat, ulang 4x. Gabungkan 1,2,3,4, ulang 3x (bukan 1x) bagi memantapkan hafazan.


===
Selamat Mencuba, InsyaAllah

Sunday, March 13, 2011

Pesta Buku Kelantan 2011


Semua rakyat Malaysia dijemput datang meraikan Pesta Buku Kelantan 2011 yang akan diadakan bermula 29 Mac 2011 hingga 4 April 2011 (8am-10pm) bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu. Ianya anjuran bersama Jabatan Pelajaran Kelantan & PUSTAKA.
.
Datang beramai-ramai bersama keluarga.

Wednesday, March 2, 2011

Air Khatam 30 Juzuk Al-Quran

Kami, Dunia Dagang Trading, membantu Maahad Tahfiz Al-Muqri (Puchong) menjual Air Khatam 30 Juzuk Al-Quran. Selain itu, Air ini juga dibacakan Selawat dan bacaan ayat-ayat Manzil.

Air yang diguna dan dibotolkan ini ialah air bawah tanah (telaga tiub) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi punca air di Kampung Sungai Gau, Temerloh, Pahang.
.
Cara minum yang baik ialah baca Surah Al-Fatihah, Selawat & Niatkan Hajat moga dikabulkan Allah s.w.t. Air ini baik untuk kita berikhtiar sembuhkan penyakit zahir batin, pelembut hati dan juga penerang hati. Insya-Allah.
.
Kepada sesiapa yang ingin membeli Air Mineral ini untuk kegunaan sendiri mahupun borong (untuk hadiah ataupun menjualnya di tempat anda) boleh hubungi kami tajudinms@gmail.com
.
Begitu juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada Tabung Dana Pembangunan & Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Muqri, boleh membeli air mineral ini ataupun terus menyumbang dengan bank-in ke Akaun Maahad tersebut iaitu BIMB (12065010019773) ataupun Maybank ( 562777203532)
.
Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik semua dengan kebajikan dan pahala yang berlipat kali ganda.

Friday, February 18, 2011

SMS Muar tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah saya Sekolah Menengah Sains Muar tersenarai sebagai sebuah daripada 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan semalam

Daripada 23 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tiga sekolah harian biasa, lapan Sekolah Kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor <<<=== (dekat dengan rumah saya)
SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

TAHNIAH SMS MUAR!!!!

Monday, February 14, 2011

Baja Organik Bioaktif Tulen

Antara aktiviti perniagaan kami di Dunia Dagang (www.duniadagang.com) ialah penglibatan pembekalan Baja Organik Bioaktif Tulen (Pure Organic Bioactive Fertilizer, Baja Mikrob Organik) - najis kumbahan ayam yg telah diproses putih/kering 40 hari. Ianya tidak berbau dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman terutamanya dalam projek tanaman/ladang organik atau baja pokok untuk tanaman seperti sawah padi, jagung, betik, belimbing, melon/tembikai, sayuran (timun, salad, cili, kobis, sawi), ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang bunga-bungaan dan untuk rumput padang golf.

Harga 1 tan=RM625. (Pembelian 10 tan=RM6,250 dengan kemudahan penghantaran percuma - Utara Johor, Melaka)


Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut (tajudinms@gmail.com atau duniadagang@gmail.com)

Sunday, January 23, 2011

kisah sedih yang kelakar (cerita benar)

Ini kes segar bugar baru berlaku. Nama, tempat semua dirahsiakan

Ada seorang murid baru masuk Darjah 1. Selepas beberapa hari di sekolah, satu pagi ketika rehat, budak ni menangis teresak-esak, hingga ramai guru/staf cuba memujuk, minta dia jangan menangis dan segera ke kantin, makan. Tapi dia tak berganjak bahkan terus menangis tersedu-sedu sayu.
---

Akhirnya ada seorang bertanya - cuba cerita betul-betul, kenapa adik menangis?

Murid: (dengan sedu-sedan) Mak saya mati.
Betul ke?
Murid: Betul, mak saya mati dah
Mati kat mana?
Murid: Mati kena bunuh kat ofis...
Mana adik tau, sapa bagi tau?
Murid: Mak sendiri bagi tau, tadi mak hantar saya lambat ke sekolah. Lepas tu, Mak kata banyak kali, habislah mati Mak pagi ni, Mak mesti sampai lambat masuk ofis. Mati Mak pagi ni...
Adussss....


--
Hati-hati bercerita dengan anak baru belajar...

Wednesday, January 5, 2011

Kursus Kepimpinanan Sukarelawan (PUSRAWI JKM)


Baru-baru ini, saya mengendalikan 3 hari 2 malam kursus kepimpinan dan sukarelawan untuk para jururawat/nurse daripada Pusata Rawatan Islam Kuala Lumpur (PUSRAWI) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. Ianya satu progaram yang sangat padat, sehinggakan ada beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam modul yang kami sediakan, tidak dapat dihabiskan. Aktiviti petang dengan Explorace/Treasure Hunt menjadikan semangat berpasukan lebih tinggi lagi. sangat menyeronokkan dan penuh dengan ilmu maklumat penting.

Syabas kepada semua para peserta! Mereka semua sangat komited untuk menjadi sukarelawan. Ada masa kita jumpa lagi!

Saturday, January 1, 2011

And Again...The Whole World Celebrates My Birthday!!!

Hu hu hu (sekali lagi setiap tahun terus jerr mari datang statement perasan ni...) The world celebrates my birthday!!! Oh thank you thank you...

Alhamdulillah and today 1 Januari 2011 (1/1/11) den dan pun masuk 41...Ya Allah, murahkan dan cukupkan rezeki, permudahkan segala urusanku dan keluargaku, rahmati kami dan kurniakanlah kebahagian dari dunia sampai akhirat. AMIN 41x