Friday, July 23, 2010

4 Mandi Yang Diwajibkan Dalam Islam

(Dikupas secara ringkas dari Kuliah Maghrib oleh Ustaz Jemputan)

4 Jenis Mandi yang diwajibkan dalam Islam.

1. Mandi Jinabah (junub) iaitu berjimak suami isteri termasuk keluar air manai dalam keadaan bermimpi.

2. Mandi haid (bagi perempuan). Baligh mesti lebih 9 tahun. Dan bukan darah penyakit (istihadah). Mengikut Mazhab Shafie, darah penyakit mesti lebih dari 15 hari tempoh haid itu, tetapi bagi lain-lain mazhab, darah penyakit itu selepas kira-kira lebih daripada kebiasaan. Katakan perempuan itu selalunya haid 5 hari (purata setiap bulan), maka jika masih ada darah lagi pada hari ke-6 ianya dikira darah penyakit.
3. Mandi Wiladah (setelah habis nifas)
4. Mandi jenazah (kecuali mati syahid).

No comments: