Tuesday, August 31, 2010

DIRGAHAYU MALAYSIA, MERDEKA (& 15th. ANNIVERSARY!!!)

DIRGAHAYU MALAYSIA, MERDEKA~MERDEKA~MERDEKA!

Semangat tergenggam
Erat memacu segala derita dan angkara
Awal sejarah dan ke akhirnya
Meningkatkan jati diri memuncak
Belakang hanya menoleh, tidak berundur

Keturunan ini
Bangsa ini
Tanah bertuah ini
Di bumbung besar yang satu
Bersatu tidak berpecah runtuh

Merdekalah rakyat dan bangsa
Di tanganmu negara berjuang untuk terus hidup dengan arah yang jitu

Merdekalah pandangan
Merdekalah fikiran
Merdekalah jiwa
Merdekalah darah
Merdekalah semangat
Kental dan bermaruah
Dalam perjuangan

Ini hak kita
Di tangan kita tergenggam semua bicara
Majulah
Majulah semua
Rakyat Malaysia
Merdekalah semua
Rakyat Malaysia
Dabiklah dada bangga dan berani
Ini negara bertuah
Biar segala pancaroba melanda
Pijaknya tetap erat di sini, tidak berganjak
Dirgahayu Malaysia
Saksikanlah
Ini bangsa bersatu dengan jiwa padu
Merdeka
Merdeka
Merdeka

-tajmosa-
sempena menyambut 31 Ogos 1998




===
Hari ini juga 31 Ogos 2010 ialah hari ulangtahun perkahwinan saya & isteri yang ke-15 (15th Anniversary). Moga Allah s.w.t terus melimpahkan kami sekeluarga rahmat, kebahagiaan & rezeki yang berpanjangan berbahagia dunia/akhirat. AMIN 15x.

No comments: