Sunday, October 31, 2010

JAIS perlu lebih bersemangat & ikhlas kerana Allah

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor komited dan seiring dengan Kerajaan Negeri dalam memperkasa Sekolah Agama Rakyat di Selangor (rujuk kenyataan MB semasa majlis sampaikan sumbangan di Sekolah/Maahad Tahfiz Kiblah, baru-baru ini).

JAIS/MAIS mempunyai dana yang besar setiap tahun. Anak belia di Selangor pula mengalamai kecelaruan budaya, kekangan pelbagai sudut dari segi pendidikan Islam sempurna, moral yang semakin merosot, kesedaran ibubapa kepada pentingnya agama yang perlu dipupuk dari anak-anak masih di peringkat tadika dan sekolah rendah. Maka sangat eloklah JAIS dan MAIS lebih komited membangunkan sahsiah anak-anak kita kepada Islam dengan lebih sempurna dan tersusun.

Wang dana berjuta-juta tetapi tidak diguna untuk jalan kebaikan khasnya pendidikan, moral, termasuk meningkatkan infra Sekolah Agama (termasuk swasta) --- adalah sangat merugi dan menyedihkan. Tingkatkan semua usaha kita kerana Allah dan Islam, dan janganlah kita duduk dalam sentimen dan agenda yang berlawanan/bercelaru dengan Islam itu sendiri.

No comments: