Sunday, January 23, 2011

kisah sedih yang kelakar (cerita benar)

Ini kes segar bugar baru berlaku. Nama, tempat semua dirahsiakan

Ada seorang murid baru masuk Darjah 1. Selepas beberapa hari di sekolah, satu pagi ketika rehat, budak ni menangis teresak-esak, hingga ramai guru/staf cuba memujuk, minta dia jangan menangis dan segera ke kantin, makan. Tapi dia tak berganjak bahkan terus menangis tersedu-sedu sayu.
---

Akhirnya ada seorang bertanya - cuba cerita betul-betul, kenapa adik menangis?

Murid: (dengan sedu-sedan) Mak saya mati.
Betul ke?
Murid: Betul, mak saya mati dah
Mati kat mana?
Murid: Mati kena bunuh kat ofis...
Mana adik tau, sapa bagi tau?
Murid: Mak sendiri bagi tau, tadi mak hantar saya lambat ke sekolah. Lepas tu, Mak kata banyak kali, habislah mati Mak pagi ni, Mak mesti sampai lambat masuk ofis. Mati Mak pagi ni...
Adussss....


--
Hati-hati bercerita dengan anak baru belajar...

7 comments:

Tirana said...

Kesian budak tu...tentu dia ingat mak dia betul2 mati..

tajudin said...

ha ha ha ye ye ye yang Mak nyer pon satu...boleh dia kata "oh My bos will kill me today..."

Mana tak budak tu melolong teringat Mak dia....

The One and Only said...

tp dlm citer tu mak dia x sebut pun bos dia nk bunuh dia....u je yg reka citer ni....

tajudin said...

WR - ha ha ha inilah cerita sebenar dari mulut cikgu/staf. Depa semua sempat jumpa mak dia, mak dia pon ngaku cakap macam tu, mintak mahap kat Cikgu/staf susah2 pujuk anak dia...

Jadi teladan kita lah, cakap kat budak2 biar jelas sikit, bukan boleh cakap macam sesama kita...

suraya said...

what a real great jokes. you really make laugh. tq dear

Anonymous said...

salam
saya nak letak di facebook bole.
terima kasih
aisya

tajudin said...

Boleh boleh. Tadak hal.