my blog - my life - dilambatkan dengan cepat
dari pagi hingga ke paginya. i compose, i edit, i publish and i share my own story.
Monday, June 13, 2011
Imam Muda dan Warga SIMDE bergotong-royong bersih sekolah
Program Gotong-Royong Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya (sekolah Hanaa) warga SIMDE bersama 8 Imam Muda (Astro Oasis), telah selamat diadakan semalam 12 Jun (Ahad) 8.30pg-2pm. Program telah turut dirakam untuk siaran oleh Astro Oasis. . Ianya diadakan bagi mempromosi Hari Karnival Amal & Jogathon SIMDE yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti di tempat yang sama (kawasan Sekolah & Masjid Darul Ehsan).
Suasana berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua Imam Muda musim ke-2 dan juga penerbit/krew program tersebut dari ASTRO. Barisan Imam Muda memberi semangat untuk bergotong royong dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.
Krew Astro Oasis
Semua kawasan utama diredah oleh kumpulan-kumpulan dengan setiap satu kumpulan dianggotai oleh Imam Muda, guru-guru, J/K & pegawai masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE, PIBG, ibubapa dan para pelajar. Antara kawasn tumpuan ialah bilik guru perempuan yang baru diubahsuai, kawasan persekitaran, menanam pokok dan bunga, membersih Surau sekolah dan mengecat laluan pejalan kaki.
Semua yang berseluar merah dangan t-shirt sumbangan Little Trees itu adalah barisan Imam Muda musim ke-2.
Barisan Imam Muda bersama-sama bergambar dengan Guru-Guru SIMDE.
Terimakasih kepada semua warga SIMDE yang hadir dan memberi sumbangan potluck, sokongan daripada ASTRO Oasis, sokongan kewangan daripada Little Trees serta bantuan logistik daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), serta cuaca yang redup sepanjang program, sangat menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini.
tajudin - taj - kudin - TJ - din.
Born 1 January 1970. Hometown - Muar, Food - mee bandung, briyani, rojak petis & asam pedas (semua Muar punya only - the best in the world). Also, nasi kandar - Pelita & Kayu and Kuewteow kerang Penang. I have 8 siblings (2 already ke rahmat Allah), and i'm the youngest son.
Married to a Ipoh(Perak)-born Penang/KL girl, blessed with 4 children (with one of them already in syurga, Insya-Allah). Feedback is always appreciated. tajudinms@gmail.com
No comments:
Post a Comment