Alhamdulillah.  
.
Tahniah to dotter HANIS Tajudin.  Semalam telah diumumkan keputusan PMR 2011 dengan  Hanis dapat keputusan cemerlang di sekolahnya.  Dia satu-satunya pelajar yang mendapat 9A dari lebih kurang 300 pelajar Form 3...dan ianya betul-betul memeranjatkan kami ibubapanya.
.
Memang tak sangka!  Why?  Kerana dia tidak pergi tuisyen, belajar sendiri bertanya dengan kawan-kawannya dan guru-guru tertentu.  Cuma dia ada target nak jadi pelajar cemerlang di sekolah ini masa kali pertama dia daftar nama Form 1.
.
Tapi dia rajin tolong Mama buat kerja-kerja rumah atau kerja-kerja yang Mama suruh, dan dia suka buatkan saya air kopi.  Air kopi dia sedap!  Hanis rajin mengaji dan solat.
.
Dia juga suka tidur, kalau tak ada apa-apa nak buat, dia akan baring sambil baca buku sekejapdan terus tertidur.  Tapi dia rajin bagi kucing makan dan akan bercakap-cakap dengan kucing yang dia bagi makan....he he he...
Apa pun TAHNIAH Kak kerana berjaya dengan cemerlang menaikkan nama sekolah, guru dan diri Kakak sendiri.  Tok2/Kawan2/Guru2 lama dan baru/Pak-Mak Sedara/Cousins semua ucap tahniah, so kekalkan yang terbaik untuk masa akan datang.
.
InsyaAllah.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
1 comment:
Tahniah Hanis..
Post a Comment