
Satu Pertandingan Perniagaan Online antara Institusi Pendidikan (PPOL2012) sedang berlangsung di http://www.my1stop.com.my. Pertandingan  ini dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan Siswa, Universiti Kuala Lumpur (Centre for Student Entrepreneurship, UniKL) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan merupakan pertandingan perniagaan online pertama seumpamanya di Malaysia. My1Stop Virtual Shopping Mall berbesar hati dilantik sebagai penyedia platform perniagaan online (online store provider) untuk setiap pasukan yang bertanding.
 Sebanyak 87 pasukan sedang berentap sejak 28 Januari 2012 sehinggalah  tarikh tamat pertandingan iaitu pada 19 Februari 2012 bagi merebut  pencapaian keuntungan dan jualan tertinggi. Hadiah yang ditawarkan pihak  penganjur adalah seperti berikut:
HADIAH PERTANDINGAN
KATOGERI A: UNTUNG TERTINGGI JUALAN
JOHAN : RM5,000.00 + Keuntungan
N.JOHAN : RM3,000.00 + Keuntungan
KETIGA : RM1,500.00 + Keuntungan
KEEMPAT HINGGA KE SEPULUH SAGUHATI : RM500.00 + Keuntungan.
KATOGERI B: JUALAN TERTINGGI
JOHAN : RM5,000.00 + Keuntungan
N.JOHAN : RM3,000.00 + Keuntungan
KETIGA : RM1,500.00 + Keuntungan
KEEMPAT HINGGA KE SEPULUH SAGUHATI : RM500.00 + Keuntungan
 Layari http://www.my1stop.com.my sekarang untuk menyaksikan persaingan sengit PPOL2012 secara 'realtime' dan jangan lupa memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding!
Sokonglah para peserta bertanding dengan membeli produk mereka secara online menggunakan sistem pembayaran kami yang selamat.
Sokonglah para peserta bertanding dengan membeli produk mereka secara online menggunakan sistem pembayaran kami yang selamat.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
No comments:
Post a Comment