Tuesday, August 11, 2009

Blog Yang Sudah Tiada Penghuni - (Al-Fatihah)

Dua blog yang saya tahu telah ditinggalkan sepi oleh pemiliknya - yang telah pun pulang ke rahmat Allah iaitu blog Capt. Yusof Ahmad - The Ancient Mariner (blogroll - saya kerap menjenguk blog ini) dan blog Yasmin Ahmad - The Story Teller. Al-Fatihah untuk mereka.
Begitulah, semua penulis blog (kita) pun akan pergi, yang ditinggalkan hanyalah bait-bait tulisan cerita dalam blog dan sedikit gambar untuk bacaan (pedoman, kalau baik) orang yang membaca, seterusnya. Dan tiba satu ketika, dengan blog-blog itu juga akan hancur musnah.
***Mohon pembaca blog ini doakan kesihatan sahabat saya, Saudara Fateh (di Terengganu, pemilik/webmaster weblog ini --->>> Fertigasi Online) kerana keadaannya sedang uzur sangat semenjak beberapa bulan ini. Semoga dia tabah/sabar dengan ujian Allah dan cekal untuk sembuh.

No comments: