Tuesday, August 4, 2009

Surat Cinta Terakhir --- (sajak)

Surat Cinta Terakhir

Surat cinta terakhir
Dibaca, diteliti berulang kali
Difahami
Jelas maksud tersirat
Dihafal dan diingati
Lalu diramas, digenggam
Dicengkam erat sekuat hati
Lalu dicampak dihempas ke bakul sampah di sisi

Refleksi otak tanpa sedari
Dan tertendanglah bakul sampah
Yang tidak berdosa itu
Dan surat cinta terakhir itu
Berguling semula ke kaki
Bagaikan minta dikasihi
Lalu diambil semula
Dibuka helaian warkah kertas yang remuk itu

Lalu dihampar di atas meja
Dibaca semula
Dihafal sekali lagi
Cukup difahami maksud cerita

Dan surat cinta terakhir itu pun
Dilayur di api lilin di tepi meja
Yang segera menyambar membakar
Seluruh kertas
Maka menjadi debulah
Surat cinta yang terakhir itu

-tajmosa-

6 comments:

aaapit said...

alkisah lama ka cikudin..?

.rda. said...

jiwang semacam je post ni.
;)

tajudin said...

aaapit - ha ha ha tak tak. tak de kena mengena dengan hiudp mahupun yang dah pergi...

btw congrats, so bila nak langsung?

tajudin said...

.rda. - berminat ke nak baca sajak lagi jiwang maut punya? ada banyak dalam koleksi... tapi takut ada orang muntah pulak ha ha ha

sajak adalah ekspresi dari hati & tidak semestinya dialami oleh dirinya sendiri.

amy said...

hmmm, bila agaknya sajak ni dibuat? silap haribulan boleh track siapalah punya surat yang kena bakar tu.. *&# ):

tajudin said...

amy, tiada surat yang terbakar sebenarnya, jangan risau.