Sunday, August 9, 2009

Program Ramadhan, BBQ&Q

Hari ini berlangsung Program Penghayatan Ramadhan bagi remaja 9-15 tahun kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS) anjuran Biro Muslimat & Biro Pemuda. Program dikendalikan oleh Ustaz Imran Nasoha (Imam Masjid Darul Ehsan).

Ustaz Imran Nasoha sedang menyampaikan ilmu berkenaan Ramadhan
Zikir Munajat - atas (klik untuk besarkan) dan Asmaul Husna (bawah)

Imam Abbas (Imam 1, MABAS) sampaikan cenderahati kepada penceramah.

Makan-makan dan minum-minum


Terimakasih kepada semua AJK Biro-Biro dan jamaah sukarelawan yang ringan tulang membantu. Program Biro seperti ini adalah tidak lain untuk membawa remaja/pemuda ke masjid.


---
Minggu depan 14/15 Ogos 2009, Biro Pemuda MABAS akan anjurkan BBQ dan Qiammullail (BBQ&Q) bagi seluruh remaja/pemuda Kariah Masjid di SS19 dan SS18 Subang Jaya. Ia dimulakan dengan solat Isyak berjamaah, diikuti oleh Ta'aruf Pemuda (Biro Pemuda MABAS) dan BBQ. Kemudian tidur di masjid sebelum bangun jam 4.30 pagi esoknya untuk program Qiam. Dan, selepas solat Subuh pula akan diadakan tazkirah "peranan anakmuda kepada keluarga dan juga dalam mengimarahkan Masjid Rumah Allah"

Penyertaan masih dibuka dan ianya adalah percuma untuk ahli kariah. YB Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya) sendiri sudi menyumbang untuk program Ta'aruf Pemuda kali ini.

--->>>Sila juga lawat blog orang kanan saya, Timbalan Ketua Pemuda MABAS (Saudara Tajul Arif) di SINI (blogroll).

No comments: