Friday, September 25, 2009

Al-Fatihah, Al-Fatihah & Al-Fatihah

Hari Raya Ke-3, Pak Sedara --- Allahyarham Mokhtar Salim (Anjang Mokhtar) meninggal dunia di Taman Maluri kerana kanser. Al-Fatihah untuk Arwah, moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Takziah kepada seluruh keluarganya.



===
Hari Raya Ke-4, jiran kami meninggal dunia. Allahyarham Mohd Jamil Arif (bapa Mohd Wafi --- Setiausaha Biro Pemuda Masjid Abu Bakar As-Siddiq) adalah orang lama di SS19 ini. Orangnya peramah dan suka berkongsi pengalaman/bercerita. Lebih dikenali sebagai The Master of Tai-Chi kerana menjadi guru tai-chi di kalangan penduduk SS19, Subang Jaya & Kelang dengan pengikut-pengikut berbilang kaum.

Arwah pernah suruh saya cari gambar-gambar SS19 dan Subang Jaya semasa ianya mula-mula dibangunkan tahun 80-an dahulu supaya dibukukan, jadi sejarah budak-budak Subang Jaya terutama SS19. Saya tak buat.
Arwah selalu ajak saya join kelas Tai-Chinya. Saya tak join.
Arwah suruh saya bersama beliau hidupkan semula Persatuan Penduduk di SS19 ini. Saya tak buat.

Ketika saya dipilih mengetuai Biro Pemuda Masjid, Arwah jumpa saya ucap tahniah dan tanya saya apa beliau boleh bantu. Arwah bagi beberapa idea yang bernas. Oleh kerana Arwah sudah berumur, maka dia memberi 2 nama anak-anak lelakinya untuk bantu saya. Dan saya memilih Wafi (anak sulung lelakinya sebagai Setiausaha Biro Pemuda Masjid).
Ramai orang hadir di Tanah Perkuburan USJ22, beri penghormatan terakhir. Moga Allah tempatkan Allahyarham Mohd Jamil Arif dalam golongan orang yang soleh, Amin.
===

Untuk pembaca blog ini, kubur Allahyarham tidak jauh dari kubur pengarah di atas ini.

6 comments:

amerbourdon said...

al fatihah..

aaapit said...

Al-Fatihah

Anonymous said...

takziah pada kaum keluarga terlibat. Al-Fatihah kepada arwah-arwah tersebut.

tajudin said...

amerbourdon, aaapit, anon --- terimakasih.

Anonymous said...

Al Fatihah...

tajudin said...

Anon 2.42, thank you.