Tuesday, October 20, 2009

...kasi cek/update PENAMA

Kebetulan ke Shah Alam tadi, so singgah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) --- seperti ramai orang selalu nasihat --- anta please update kasi cek anta punya PENAMA di Borang Penamaan KWSP. Kenapa nak kena cek pulak?

Ha ha ha banyak dah kes...
ada AHLI yang tak letak PENAMA
ada AHLI KWSP siap letak girlfriend/boyfriend (PENAMA sebelum kawin dengan orang lain)
ada AHLI dah tukar isteri/suami baru tapi PENAMA masih yang lama
ada AHLI tak update senarai anak (selalunya anak yang akhir tertinggal...) sebagai PENAMA
ada AHLI tak letak isteri/suami sebagai PENAMA & macam-macam <<<--- akhirnya banyak masalah timbul lepas AHLI @ PENAMA jalan...so, semak-semak la ye, tapi abaikanlah kes-kes tu, yang penting elok juga kita cek, buat kerja kita kemaskini.
---
Saya pi ambik nombor giliran, tunggu sat dan pi kaunter dilayan oleh Pegawai Siti Roqiah (SR)

Saya : Saya nak cek nama PENAMA di KWSP saya
SR : Boleh, bagi I/C
(kena menunggu 3 minit, sistem entah pehal ntah..)
Sementara tunggu ada berbual-bual kosong.
Saya tanya : Saya nak cek sekali PENAMA isteri saya punya KWSP boleh?
SR : Oooo orang lain punya, itu tak boleh, isteri Encik kena datang sendiri...
(tunggu lagi...)
SR : Tak boleh masuk la, nanti saya ke kaunter sebelah...
(tunggu sat...)
SR : En. Tajudin, PENAMA Encik 100% isteri Encik. Kalau dia tahu mesti dia suka.
Saya : Boleh print tak senarai PENAMA tu.
SR : Tak boleh
(adus, apalah tak boleh print, camana orang nak verify ke, buat rekod simpanan ke...)
SR : Kalau Encik nak tambah PENAMA ke atau ada perubahan, sila isi borang dan kembalikan di kaunter KWSP.
Saya : Ok, terimakasih.
.
---
.
Nak dapat Borang PENAMA KWSP sila download di SINI

Peringatan Penting :
PENAMAAN akan terbatal jika orang yang dinamakan meninggal terlebih dahulu dari AHLI yang mencarum <<<--- so kalau tak update susah nak claim wang KWSP selepas AHLI meninggal.
PENAMAAN lama terbatal semua, jika AHLI buat PENAMAAN baru (update) <<<--- hati hati.
Make sure buat salinan untuk rekod.

5 comments:

Tirana said...

Alahai..saya tak pernah tahu siapa yang suami saya letakkan sebagai PENAMA untuk KWSP dia. Orang lain tak boleh cek ye. Kalau tidak, boleh juga saya pergi cek. Lepas ni kena tanya dia..hehehe

tajudin said...

jeng jeng jeng...

elok pi cek masa tengah OK ni, tengah sihat, tengah waras, tengah stabil...he he he

Anonymous said...

Thank you peringatan yg baik. CUmmanya contoh isi borang x betul Air Kuning rasanya di Taiping bukan di Parit Buntar sure KWSP reject NI!!!!

Anonymous said...

Salam Din.
Senyum melebar la Lin eh...
My Din and I last 3 years dah hapdate dah ke anak bujang kitaorg tu la.
Pegi sama2 tu, just to make sure ...he he

Regards,
ZRY

tajudin said...

anon 1027 - itu contoh je kot...contoh yang jangan diikut...

ZRY - salam. he he he.