Saturday, October 3, 2009

Majlis Jamuan Aidil Fitri

PIBG SIMDE adakan Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri meraikan seluruh warga SIMDE pagi ini. Meriah, ramai hadir. Program disekalikan dengan perjumpaan ibubapa yang anaknya bakal memasuki Darjah 1 tahun 2010.
Kongsi sebahagian gambar.

Seperiuk sup kambing yang disponsor oleh seorang ibu. Kaki-kaki kambing seronok!

Hanaa bersama-sama tengok nasyid dicelah-celah orangramai
Persembahan nasyid terbuka murid-murid SIMDE meriahkan sambutan raya. Lepas nyanyi terus dapat permintaan buat persembahan untuk program luar sekolah...tahniah!


Nantikan team nasyid ini 10 tahun lagi...




Dari kanan En. Ali (Ketua Biro Pendidikan PIBG), Tuan Kamal (Ketua Biro Sukan & Rekreasi), Ustaz Mazlan (Guru Besar - tengah dukung anak), Ustaz Shafie (Ketua Biro Dakwah & Kebajikan - Penyelaras Bersama Program Aidilfitri ini), En Ibrahim (Ketua Biro Ekonomi), Abe Nasir (baju biru/tengah) - Bos Besar Temanse Aquaculture (klik SINI - blogroll), bergambar bersama-sama (kiri sekali) Tuan Zaini (NYDP) dan Tuan Syed Alwi (baju hijau - Penasihat Yayasan)


Pelajar Menengah dan bekas pelajar bersama guru kesayangan mereka Cikgu Ira (3 dari kanan)

Syabas/Terimakasih kepada ibubapa/guru/murid yang menunjukkan komitmen tinggi menjayakan program ini.

7 comments:

Abdul Rahim Zakaria said...

din, apasal dlm banyak2 gambor muka hang tak pernah ada. aku tau la hang cameraman, bagi la can org lain tangkap gambar. aku pun nk tengok muka hang juga, walaupun tak hensem

tajudin said...

ARZ, mu belek betui betui gombo-gambo, muka den ado kat colah-colah tu...

(ganu + penang + bagan pinang)

Anonymous said...

darjah satu for 2010 dah ada pemilihan ke?

tq

idawaty

tajudin said...

Idawaty,

Ya. Pemilihan melalui ujian peperiksaan, sudah berjalan. Boleh hubungi pejabat SIMDE, untuk maklumat lanjut.

Anonymous said...

majlis esp nasyid cemerlang & i love the way nasyid was conducted, simple and nice, mood raya.

amy said...

selamat beraya!

mmg banyka betol jemptn mkn raya tahun ni, byk orang jemput tak boleh pergi, x dpt nak beraya jauh sgt...pusing-pusing kelileing rumah aje.

tajudin said...

Anon 11.17, terimakasih.

Amy, selamat beraya...pusing keliling rumah pun ok...