Wednesday, November 4, 2009

...Murtabak Singapore patut dah online...

Mengeteh, perbincangan awal di JB. Dari kiri - Dzul, Zia (terlindung), Dr. Tolib (Presiden Alumni), JAYU, Amir Karim a.k.a Semut (Pengedar Rokok di Johor cita-cita semenjak sekolah) dan kanan sekali Mokhsin (Naib Presiden). Gambar lain dan agenda selepas itu, tidak dikongsi di sini.

Dari JB on the way ke KL, singgah di Muar dah lewat petang, pekena Murtabak Singapore di Tanjung Agas --- Murtabak yang tersedap di Malaysia... sekeping RM15.


Botok-Botok pun ada. Ini kira macam BOTOX la, saper makan awet muda (kot)...dalam dia isi ikan tenggiri dan beberapa sayuran, semuanya dikukus dibungkus dalam daun pisang.
Ini Sagon, bila makan jangan berbual...

Ehem, ni kad jemputan kawin saper pulak ni...

10 comments:

Anonymous said...

sekeping RM15??? macam mahal jerrr

aaapit said...

hehehehe..jemput ek cikudin sekluarga kalo ada kelapangan..

tajudin said...

Anon, murtabaknya sepcial. tebal, penuh dengan daging dan lain-lain (main tabur, tak lokek).

sekeping cukup boleh makan 4 orang...kenyang...

tajudin said...

AAAPIT, InsyaAllah. Tak boleh nak janji.

senang, panggil rda said...

RM15? kalau besar okay lahh. aduhh, sedap nya. ni yang nak mengidam ni. haha.

tajudin said...

mengidam?

tu nak kenalah pi beli kat Muar. Kat KL ni pun banyak, cuma kecik sangat...rasa tak sama...

Mohd Jamil said...

boleh guide map ke peta ke ke kedai restoran murtabak singapore? thank you

tajudin said...

Jamil, kedai ni sederet antara Sek Men Sains Muar dengan Petronas Tanjung Agas. Dia terletak kat tengah-tengah shoplot tu. Boleh nampak sangat dari tepi jalan.

rahman said...

murtabak nie ade bukak kt bandar tun hussien onn..die dekat area mcD kt deret gerai2 tue..

tajudin said...

rahman, thanks for the info.