Friday, November 27, 2009

(yang tak pi haji) - Jom Tolong Orang Buat Korban

(Pesanan kepada semua orang yang tak pi haji.)


Selepas Solat Raya jangan lupa gotong royong tolong komiti korban dan tumbangkan lembu. Setengah tempat buat lepas raya. Tapi tahun ni banyak tempat buat hari Sabtu (Raya Haji ke-2) kerana tak sempat nak kejar solat Jumaat.

Ada juga yang buat hari Ahad dan juga hari Isnin (selagi masih hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.)

Ringinkan tulang bergotong royong amalan baik. Dah le kita tak buat korban, janganlah berat tulang dan cekak pinggang. Begitu juga kepada peserta korban.

Kepada semua Muslim/Muslimat - anda semua ada peranan, jemput semua turun gelanggang!!!
Selamat Hari Raya AidilAdha.

No comments: