Tuesday, February 9, 2010

(18SX) tolong jaga telor masing-masing

(keras sedikit teguran ini)

Beberapa hari lepas, saya dan Nazir masjid saya mengadakan perbincangan dengan Tuan Nazir dan S/U sebuah masjid lain (tak payah lah sebut nama masjid). Banyaklah yang diperbincangkan. (Satu perkara yang patut saya blog) S/U Masjid tu cerita dapat komplen dari jamaah perempuan di masjidnya ada lelaki yang bersolat di barisan depan saf perempuan hanya pakai kain pelikat dan tak pakai seluar dalam (underwear/spender).
(memang terdapat segolongan lelaki (ada jenis orang - selalunya orang yang sama) di masjid itu yang bersolat memang suka di hadapan barisan jamaah perempuan.)
Bila mereka bersolat (sunat terutamanya) dan bersujud bagai terjuntailah benda alah tu, ditambah pula dengan kain pelikat putih dan di hadapan mereka ialah cahaya matahari Zohor/Asar.

Sebenarnya memang ada hal ni di masjid lain, cuma tak le sampai jamaah perempuan komplen. Saya pernah juga melihat hal ini (terutama solat jumaat dan mereka ini solat di saf hadapan). Depan pulak dinding cermin ada cahaya matahari. Yang kita boleh tegur OK, kita tegur.

Saya cadangkan kat S/U masjid tadi, bagi jamaah perempuan tu getah lastik cicak, kalau nampak jamaah lelaki tu yang macam tu, jentik getah tu kat telor lelaki tu...ni memang jenis orang ni...

(Minta maaf, sila pesan kepada abang/suami/orang tua kita, kalau nak pi solat di masjid tu dan pakai kain pelikat, sila pakai spender. Kain pelikat pun bior warna bukan putih. Kalau tak pun pakai le jubah kat luar atau baju labuh sikit macam Tabligh ataupun pakai baju Melayu & sampin sampai ke lutut. Jangan buat malu kaum)

No comments: