Thursday, February 11, 2010

Kesihatan Kapal Selam Malaysia

Khamis Februari 11, 2010
"Ia boleh selam...tapi tak diizinkan selam" - PTL
Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.
Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.
"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

Terperinci klik SINI


===

Masalah teknikal punca kapal selam tidak boleh menyelam
11/02/2010 6:28pm
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Terperinci klik SINI

=

*Membeli kapal selam yang baru dan dah tak boleh menyelam, adalah umpama membeli kereta yang tak boleh reverse. tak pun bagaikan beli Arowana yang tak boleh berenang...sabor je la kan...*

No comments: