Lagu Merang-Merang
Lampu dipasang
Suasana kembali terang
Semua hadirin girang
Yang tadi senyap dah mulai bagai nak berperang
Semua senyum walau tadinya nampak garang
Masing-masing tersengih walaupun giginya jarang
Yang ditengah telah dijulang
Tinggi bagai sang helang
Yang lain ikut mengulang
Lagu pun mulai dipasang
Maka muda-mudi pun mulai dirangsang
Menari terkinja dan terkangkang
Tak kurang yang terlentang
Sama sahaja depan dan belakang
Nampak sotong dan nampak kerang
Semua lalok dah tak hirau orang
Parang kontot dan parang panjang
Hanyut hanyir tiada yang kurang
Serang menyerang
Malunya ingin menjadi orang
Kalau hidup bagaikan tiada jurang
Antara haiwan itu dan haiwan ini serta seekor beruang
Kerana mementingkan nafsu dan wang
Terumbang
Karam
-tajmosa-
Lampu dipasang
Suasana kembali terang
Semua hadirin girang
Yang tadi senyap dah mulai bagai nak berperang
Semua senyum walau tadinya nampak garang
Masing-masing tersengih walaupun giginya jarang
Yang ditengah telah dijulang
Tinggi bagai sang helang
Yang lain ikut mengulang
Lagu pun mulai dipasang
Maka muda-mudi pun mulai dirangsang
Menari terkinja dan terkangkang
Tak kurang yang terlentang
Sama sahaja depan dan belakang
Nampak sotong dan nampak kerang
Semua lalok dah tak hirau orang
Parang kontot dan parang panjang
Hanyut hanyir tiada yang kurang
Serang menyerang
Malunya ingin menjadi orang
Kalau hidup bagaikan tiada jurang
Antara haiwan itu dan haiwan ini serta seekor beruang
Kerana mementingkan nafsu dan wang
Terumbang
Karam
-tajmosa-
No comments:
Post a Comment