Wednesday, October 15, 2008

AL-QURAN - Ingin Menghafal Al-Quran?

(Hanis, Hanif & Hanaa)
.
Al-Quran ada 30 juzuk mengandungi 114 Surah (dari Al-Fatihah, Al-Baqara...hingga An-Naas) yang keseluruhannya ada 6,236 ayat.
.
Surah 1 - 50 (AlFatihah-Qaaf) = 4,675 ayat
Surah 51 - 100 (Dzaariyaat-Aadiyaat) = 1,482 ayat
Surah 101 -114 (AlQariah-AnNaas) = 79 ayat
JUMLAH AYAT = 6,236 ayat
.
Dari 114 surah itu, 86 surah Makiyyah + 28 surah Madiniyyah. Dan dari 6,236 ayat itu pula, 4,613 ayat Makkiyah + 1,623 ayat Madiniyyah.
.
(Ayat Makiyyah diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah. Ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah atau selepas Nabi berhijrah ke Madinah. Perbezaan ayat -- Ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek, sedangkan ayat Madiniyyah panjang-panjang)
.
.
1. Saya ada berbual dengan guru-guru Tahfiz & juga pelajar-pelajar Tahfiz. Saya melihat mereka yang Al-Hafiz ini adalah mereka yang cerdik dan tangkas/tajam pemikiran mereka, apalagi jika mereka dilibatkan dalam bab/pelajaran/kursus yang memerlukan mereka menghafal. Perbualan mereka sangat lembut dan tinggi adab sopannya.
.
2. Web Universiti Islam Antarabangsa ada terangkan panduan bagaimana menghafal Al-Quran -- klik SINI.
.
3. Kalau benar-benar ada kemahuan/kesungguhan, kita boleh hafal. Meh jom cuba tengok. Al-Quran ada 30 juzuk, jika secara puratanya satu juzuk boleh dihafal dalam masa sebulan, maka dalam masa 30 bulan (2 1/2 tahun atau maksima 3 tahun), Al-Quran itu boleh dihafal, Insya-Allah. Kalau ikut mukasurat (Al-Quran Mushaf Uthmani) ada 604 mukasurat. 30 bulan x 30 hari = 900 hari. Satu hari hafal satu mukasurat (Juz Amma & Surah Yaasin boleh dihafal dalam 1 @ 2 hari). Baki hari-hari lain itu untuk diguna sebagai tampung mana-mana yang terlambat atau ditajamkan bacaan di depan Tok Guru Talaqqi Hafiz.
.
4. Saya ada kenalan beberapa ibubapa yang hantar anak-anak mereka di Tahfiz Al-Quran dari Form 1-Form 3 (fokus hanya pada Hafazan sahaja) dan Alhamdulilah, berjaya menjadi Al-Hafiz. Form 4 baru mereka dimasukkan ke sekolah mengikuti pelajaran subjek biasa dan mereka sangat cemerlang dalam pelajaran sehingga mengikuti pengajian professional akhirnya.
.
5. Guna cara Al-Huffaz (kaedah Dr. Haji Mohd Shafie) yang mula menghafal Al-Quran ketika sedang menuntut di London School of Accountancy, UK.

DR HJ MOHD SHAFIE
Yg. Bhg. Dr. Hj Mohd Shafie bin Hj Md Amin Al-Muqri'
Profil Peribadi
Anak sulung dari tiga orang adik beradik. Berasal dari Melaka dan dilahirkan pada 28 April 1963. Mempunyai 13 orang anak.
Pendidikan awal di Masjid Tanah English School, Melaka. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban. Seterusnya menyambung pengajian tinggi di London School of Accountancy, United Kingdom dan kembali semula ke tanah air dengan kelulusan ACCA (Association Chartered of Certified Accountant).
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai akauntan di beberapa buah firma. Di samping itu bertugas sebagai pensyarah sambilan di UKM dan UiTM.
Usaha menghafaz Al-Quran yang beliau lakukan bukanlah sejak kecil. Ia bermula ketika beliau sedang menuntut di London. Akhirnya beliau berjaya menghafaz 30 juzuk ketika berumur 30 tahun. Antara guru-guru talaqqinya dalam hafazan ialah Ustaz Asmungi Al-Hafiz, Ustaz Muhammad Jim Al-Hafiz dari Mali, Afrika dan Ustaz Abdul Rauf Al-Hafiz dari Al-Azhar, Mesir. Manakala dalam bidang ilmu tajwid, beliau berguru dengan Y.Bhg Dato’ Haji Hassan Azhari.
Melalui pengalaman yang dilaluinya, beliau telah merekabentuk satu sistem hafazan yang dinamakan Al-Huffaz bagi membantu sesiapa sahaja yang berminat menghafaz Al-Quran, baik kanak-kanak mahupun dewasa, dari kalangan yang sedang bekerja atau bersara, sama ada telah mengenal Al-Quran atau masih belum dapat membaca.
Latar Belakang Pendidikan Penceramah:
PhD. Contemporary Islamic Thought ( H.S – USA )
ACCA (London School of Accountancy UK)
Diploma Pengajian Usulluddin (UM)
Syahadah Tahfiz al-Quran (Mal – Msr)

--

6. Saya ada dimaklumkan tentang cara/kaedah menghafaz oleh guru-guru termasuk Dr. Mohd Shafie sendiri (yang pernah bagi penerangan berkenaan kaedah Al-Huffaz di SIMDE). Ada yang guna cara Al-Huffaz (memerlukan kita menghafal ayat/mukasurat sehingga ke X kali. Ada guru Tahfiz yang guna kaedah Pakistan -- mengulangi ayat sehingga hafal (tak perlu X kali) kemudian bergerak ke untuk hafal ayat seterusnya beserta mengulangi ayat awal tadi. Kalau mengikut guru cara Pakistan ini kita boleh menghafal satu mukasurat dalam masa 1/2 jam dan sangat sesuai untuk pelajar dewasa.




7. Nak hantar anak belajar di Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), pun boleh -- tengok depa sedang membuat hafazan.

.

8. Masa mengadap komputer ni, cuba buka link IQKL (klik SINI) bagaimana Tahfiz mereka hafal Al-Quran, bayangkan macam tengah solat Tarawih. Mana tau lama-lama dengar Allah bagi hidayah buka hati, boleh hafal 30 juzuk. Amin.
.

9. SIMDE sendiri pun ada Maahad Tahfiz Al-Ihsan (lihat gambar bawah) yang mempelawa mereka yang ada anak umur 13-15 tahun dan menunjukkan minat mengikuti Pengajian Al-Quran.

10. Sementara untuk anak-anak yang ingin bermula dari peringkat rendah yang ingin mengikuti kelas Tahfiz, saya difahamkan boleh menghantar di Maahad Tahfiz al-Muqri, Bt13, Puchong.

11. Saya akhiri artikel ini dengan satu pertanyaan -- Apakah kebaikan/manfaat menjadi Tahfiz atau salah seorang anak kita/ keluarga kita menjadi Al-Hafiz?


5 comments:

Anonymous said...

ini huraian yang baik dan memberi kesedaran. terimakasih.

tajudin said...

terimakasih.

fairuz said...

saya nak tanya sekolah tahfiz al-muqri ni untuk budak lelaki sahaja?

tajudin said...

Fairuz, sepanjang pengetahuan/makluman saya, memang untuk murid lelaki sahaja.

Zantie Azizan said...

Assalamualim,
Saya inginbertanya. Di mana bole saya dapatkan naskhah buku kaedah menghafal cara al- huffaz tu?
Saya sekarang sedang mngajar anak saya menghafal surah pendek dari juzuk amma dan bercita2 mahu mengajar anak saya menghafaz keseluruhan al- quran.
Terima kasih