Malam tadi 14 Nov 08 berlangsung Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal SIMDE bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya -- HSPJ.
.6.15 pm.
 Perasmian Majlis Amal & Ihtifal oleh YB Dr Hjh Halimah Haji Ali, EXCO Pendidikan Negeri Selangor. Intipati ucapan -- peri pentingnya peranan sekolah dan ibubapa bantu-membantu mendidik anak-anak ke cemerlang dunia dan lebih utama lagi untuk akhirat. Kalau kita sedaya upaya mendorong anak kita mendapat A dalam pelajaran, maka kita juga perlu dorong anak kita mendapat A untuk Akhirat. Beliau sendiri ingin menjadikan Selangor sebagai HUB ilmu, yang mampu melahirkan lebih ramai para cendiakawan terulung.
Perasmian Majlis Amal & Ihtifal oleh YB Dr Hjh Halimah Haji Ali, EXCO Pendidikan Negeri Selangor. Intipati ucapan -- peri pentingnya peranan sekolah dan ibubapa bantu-membantu mendidik anak-anak ke cemerlang dunia dan lebih utama lagi untuk akhirat. Kalau kita sedaya upaya mendorong anak kita mendapat A dalam pelajaran, maka kita juga perlu dorong anak kita mendapat A untuk Akhirat. Beliau sendiri ingin menjadikan Selangor sebagai HUB ilmu, yang mampu melahirkan lebih ramai para cendiakawan terulung. Ustaz Shaari -- Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Muqri, Bt. 13 Puchong turut hadir bersama dengan pelajar-pelajar Tahfiz yang dijemput khas meraikan Majlis. Kami berbual lama dari pembangunan Maahad, pelajar Tahfiz, kehidupan mereka seharian, kaedah hafazan (3-4-11-33) dan peranan ibubapa dalam menjadikan anak-anak mereka seorang Al-Hafiz.
Ustaz Shaari -- Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Muqri, Bt. 13 Puchong turut hadir bersama dengan pelajar-pelajar Tahfiz yang dijemput khas meraikan Majlis. Kami berbual lama dari pembangunan Maahad, pelajar Tahfiz, kehidupan mereka seharian, kaedah hafazan (3-4-11-33) dan peranan ibubapa dalam menjadikan anak-anak mereka seorang Al-Hafiz..
Pelajar paling tua di Maahad ini berumur 23 tahun. Mereka bangun seawal 4 pagi dengan menunaikan segala solat sunat dan seterusnya solat Subuh dan memulakan aktiviti Hafazan. Jam 12 tengahari semua wajib tidur selama tidak lebih 1 jam. Lepas Zohor, mereka di hadapan guru Tahfiz baca ayat-ayat @ surah yang dihafal sebelah pagi tadi. Sebelah malam mereka menghafal dari awal + ayat yang dihafal pagi tadi sehingga jam 11 (budak rendah) & jam 12 (budak menengah). Mereka mampu bertahan tidak mengantuk kerana amalan tidur sebelum Zohor. Ada yang mampu menghafal seluruh Al-Quran dalam 4 bulan, ada yang 2 tahun dan ada yang 40 tahun. Kita?
Pengerusi Eksekutif Al-Meswak Mu'min - (pengeluar ubat gigi Mu'min) -- Tuan Amirullah Hj Abdullah (kanan) turut hadir.
 Antara hadiah-hadiah / cenderahati untuk murid-murid yang cemerlang dan guru-guru harapan.
Antara hadiah-hadiah / cenderahati untuk murid-murid yang cemerlang dan guru-guru harapan. ADLI - dengan posing unik - sapu 5A
ADLI - dengan posing unik - sapu 5A

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
2 comments:
I'll miss them and always remember them forever...especially syazwani my closet friend..love you guys
sama-samalah doakan kejayaan rakan masing-masing dunia akhirat
Post a Comment