Saturday, September 5, 2009

Selamat Tempuhi Peperiksaan UPSR/PSRA

Pagi tadi berlangsung solat Hajat dan bacaan Yassin murid tahun 6 SIMDE dan juga GASIS (Gabungan Sekolah Islam Swasta) yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PSRA di SIMDE. Program berlangsung di Masjid Darul Ehsan dan dipimpin oleh Tuan Imam, Ustaz Imran Nasoha. Selain murid, yang turut hadir ialah ibubapa dan guru.
Masjid Darul Ehsan baru diubahsuai sempena Ramadhan 1430 ini.

Khusyuk dengar Taklimat oleh Guru Besar. Kementerian Pelajaran keluarkan arahan, setiap murid kena memakai topeng muka sepanjang waktu exam dan mereka akan dipastikan suhu badannya sebelum masuk ke exam hall. Murid bersuhu lebih 37.5 degree akan diasingkan di bilik exam yang lain, dan yang lebih daripada 39 degree akan dibawa terus ke klinik.
Sesi bersalaman/bermaafan.
Kepada semua murid Darjah 6, jaga kesihatan baik-baik sepanjang musim pepriksaan ini. Buat yang terbaik. Selamat tempuhi UPSR/PSRA dengan jayanya!!!

2 comments:

aaapit said...

Ganbate kudasai upsrian...

tajudin said...

are mangan sego opo