Share sedikit gambo program ibadah korban di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Subang Jaya. 14 ekor semua ditumbangkan pada 11 Zulhijjah 1430H, ketika hujan renyai. Penat? Kalau tak nak penat duduk rumah je la...penat, basah, best dan seronok, buat kerja ramai-ramai...lebih 300 orang jamaah Muslim/Muslimat bantu membantu...

Imam 1, mulakan program ibadah korban dengan bacaan doa. Sukarelawan semua pakai baju merah. Merah tu... lembu pun naik ekor...
Ketua tumbang lembu - Haji Malik (membelakang kamera, baju hitam) bersama beberapa peserta korban yang disebut nama untuk lembu yang siap henda disembelih. Lembu-lembu disembelih oleh Imam Nordin, Imam II dan Imam III MABAS.
Penasihat Undang-Undang MABAS (kanan) dan Penolong S/U MABAS
Bahagian daging lembu, siap untuk diagih kepada fakir miskin, asnaf dan ibu tunggal serta orang awam.
Kerja-kerja lapah oleh petugas pro dan semi-pro he he he
Kerja-kerja "melahap" oleh petugas pro dan juga semi-pro. Sebanyak seekor setengah lembu diguna untuk buat sup/kari dan dijamu dengan nasi dan roti john...bersih...


Tapi seperti kata Ustaz Kamal Naser dalam Tazkirah AidilAdha-nya - berkorban bukanlah hanya setakat derma/tumbangkan lembu, tetapi sepatutnya sebagai Muslim kita mesti berkorban lebih dari itu. Fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment