Tuesday, February 16, 2010

Nasi Ambeng (Ambang)

Orang tua buat kenduri nasi ambang (ambeng, sebutan orang Jawa) di Johor beberapa hari lepas. Nasi ambeng adalah untuk kenduri / tahlil arwah-arwah bagi masyarakat Jawa/Melayu di Johor. Mak saya orang Jawa. Tapi anak-anaknya tak berapa tau cakap Jawa. Anak-anak yang bawah sepatah haram tak tau cakap Jawa.
Dulang. Nasi ambeng dijamu dalam dulang (talam). Boleh dulang plastik, tapi dalam gambar tu dulang betul. Sedulang boleh makan 4 orang.
Sediakan daun pisang banyak-banyak.
Daging ayam, dipotong 4. Nak masak kari atau goreng atau masak sos je.

Ni nak masak nasi.

Masak sayur kacang. Dan bawah masak mee goreng (buat basah sikit, pasal nasi ambeng tak banyak kuah. Dulu Arwah Makcik terror buat ni, tapi la ni pas kepada Kak Yam.

Dulu masa kecik-kecik, saya boleh habis makan 4 orang sedulang ni. La ni, tak boleh jalan dah. Memang nasi ambeng ni untuk dimakan sikit je (ambik barakah) dan selebihnya dibawa balik.
Ni lauk yang akan diletak atas nasi. memang tak de kuah sangat. Dulu-dulu dialas dengan daun pisang juga (bukan pinggan). Tapi la ni guna pinggan untuk lauk, nak mudahkan sikit.
Nasi ambeng ni mudah terutama bagi tuan rumah. Tidak membazir. Mudah nak siap dan mudah nak kemas. Bersih dan senang. makan pun sedap macam-macam ada.
Makanan yang seimbang!

7 comments:

Unknown said...

lapar dowh..

D3inT said...

sedapnyer~~~~~ makan ramai2,fuihhh tambah masyuk!!!!

aaapit said...

Fuh best...sy pun kantoi ckp jawa..balik umah mentua pun kantoi..nama ja ada darah jawa..

tajudin said...

Ayie - lapar apa lagi, kayuh makan...

the deint - sedap, makan pulak dengan kopi o kaw...

aaapit - tak leh cakap jawa tak pe, kita orang malaya...

ahlimijan said...

orang sekarang 4 orang mana habis...

tajudin said...

ha ah la, dulu 4 orang langsai...tak sempat buat berkat

tunsheikh.blogspot.com said...

Salam, sdr asal muar atau asli muar? Sdr dari suku apa? Nasi ambeng ni Jawa....nama pena/blog saya http://tunsheikh.blogspot.com/ (baru aje)Saya orang Muar lani di KL.Sangat minat crita Bkt Tereh. Ada apa2 cerita sdr lagi. sila e-emel kpd saya. Satu lagi Yasmin Ahmad tu 2 pupu saya, bapa saya pernah bela emak dia.Ssssh arwahtu lelaki..kecik2 pernah sepermainan dgn saya.tp awas dia dah pilih jd perempuan n dibenarkan undang2 & syariat sbb dia hunsa...kuarga dia sdg tunggu2 pilih2 agen jutawan yg gosif anak mereka so akan disaman dan mudahlah dpt dwit. Datuknya Yon pemain tenis Melayu terkenalMalaya, Mian tu pelopor jual sate jawa pagi di Tangga Btu Muar 1920-an pas tu pas kpd sahabat/saudara jugala sampai sekarang cucu wak subandri(kalau X silap) masih jual sate di situ.Mian anak kepada Pg5 Salleh N9 yg melarikan Tuanku Khadijah N9. Puan Bsr N9 pertama (Mak tiri Agong pertama)Pg5 Salleh buka penempatan Jln Abdullah Bakri dan Sg Abong dan buka kebun di Temiang. Pg5 Salleh tu pakai nama Abdullah Teko. Kepala Kumpulan Gangster Melayu terkenal Muar...(sebenarnya mereka labuci Sul Ibrahim di Muar) kawasan kaum kerabat mereka di Bakri. Mereka berdarah kerabat.ok..dtgla ke blog saya n uar-uarkan. Orang Muar memang banyak penulis intelektual....