Monday, April 13, 2009

...bas ekspres lagi

(bas ekspres malam hari memang laju nak nak kalau lalu hi-way ipoh-jelapang-terowong-kuala kangsar memang terasa bas terhoyong-hayang..)
---

6 maut bas ekspres terbalik dekat Rawang

RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Polis berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; C. Magentharan, 26, dari Klang, dan pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. BERNAMA