Al-Fatihah untuk Tok Su. Tok Su ialah Atuk Sedara perempuan isteri saya di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Tok Su meninggal dunia awal pagi ini kerana sakit tua umurnya lebih kurang 90 tahun. Moga Allah merahmati roh Tok Su dan menempatkannya dalam golongan orang yang solehah. Amin.
Saya baru mula bercerita mengenainya diblog ini beberapa bulan lepas.


Sebenarnya rumah Tok Su di tengah-tengah petak bendang (sawah padi). Rasa aman tenteram melihat sawah padi yang luas di Tanjung Piandang, cantik pemandangan. Kalau pembaca blog ini ada masa pi la Tanjung Piandang, pusing sampai Kuala Gula.
Satu sifat paling saya ingat Tok Su ialah, dia tidak akan biarkan kita balik dari rumahnya dengan tangan kosong. Ada satu hari kami datang, dia suruh Hanif dan Hanis ambik/cari ikan sepat/puyu dari petak bendang tepi rumahnya, guna penyauk jaring. Dah lama berbual, Hanif dan Hanis masih tak dapat sauk ikan. Tok Su datang kat tepi bendang dan celup tangan dia dalam air sawah, terus dia angkat satu per satu ikan sepat/puyu dari petak sawah masuk dalam balang, bagi kat Hanif suruh bawa balik KL, ikan tu macam menyerah je...
(itulah salah satu ilmu yang saya tak sempat belajar dari Tok Su...tangkap ikan di bendang guna tangan sahaja...)
Al-Fatihah untuk Tok Su.
2 comments:
Al fatihah...
aaapit, thank you.
tak balik pt buntar ke?
Post a Comment