Thursday, May 7, 2009

Negara Yang Tiada 3G - (gebu, gempal & gemuk)

---(nota: saya minta maaf banyak-banyak kerana membawa post ini terutama kepada mereka yang "sensitif" (kata Rahim Maarof) @ kalau dalam bahasa Indon - saya kena sebut "Ya-Ampun" <<<-- info 3G ini dari email seorang rakan, kita ambil yang baik, orait...)

---
PUTRAJAYA: Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki.

--- >>>(moga Hanif tidak termasuk dalam 21% itu...)
---

Wanita mudah simpan lemak

Fisiologi tubuh wanita mudah menyimpan lemak berbanding tubuh lelaki menyebabkan mereka lebih mudah gemuk berbanding lelaki.

Pakar Bedah Am Hospital ColombiaAsia, Seremban, Dr. Abd. Hamid Mat Sain berkata, tubuh wanita secara semula jadi mempunyai lebih banyak lemak berbanding lelaki yang memiliki lebih banyak otot.

Selain itu, katanya, hormon estrogen dan progesteron wanita turut menyebabkan tubuh mereka ‘menyimpan air,’ sekali gus menambahkan lagi berat badan mereka.

‘‘Walaupun wanita lebih mudah gemuk, faktor utama kegemukan tetap berpunca daripada pengambilan makanan dengan lemak atau kalori tinggi.

“Tidak kira jika dimakan sedikit atau banyak, jumlah kalori makanan perlu bersesuaian dengan keperluan tenaga badan.

“Seseorang itu tetap gemuk walaupun makan sedikit tetapi langsung tidak bersenam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abd. Hamid, penduduk bandar yang bekerja di pejabat tidak sepatutnya mengamalkan cara pemakanan masyarakat luar bandar yang tinggi karbohidrat terutama nasi.

Jelasnya, masyarakat luar bandar memerlukan makanan tinggi karbohidrat kerana mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk bekerja di ladang dan sawah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan satu juta wanita berusia antara 25 dan 64 tahun di negara ini gemuk berbanding 850,000 orang lelaki gemuk dalam lingkungan usia yang sama.
.
Ia merupakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.


---
Nak tau negara mana yang ramai orang gemuk, the fattest dan juga yang takde orang gemuk?
Contoh, Negara Nauru (kat mana Nauru ni...? wiki HERE) dari 100 orang rakyatnya, 94 orang adalah obese.
Lanjut, klik SINI , SINI , SINI dan SINI

6 comments:

Unknown said...

kawan pun dah semakin mengarah kepada situasi ni. Lemak makin menebal kat bahagian perut. Penat sit up. tak jejas langsung lemak ni. LEMAK TEGAR.

but for certain people in this world, fat is beautiful. Sehinggakan wanita yang akan berkahwin disuruh minum susu lembu dan dikurung dalam sejenis hut selama kira - kira 4 bulan sehingga gemuk. PELIK tapi BENAR.

tajudin said...

sham, mu makan lah ulam pucuk buang lemak. tapi pucuk tu pahit sikit, makan buat ulam dengan nasi.

Unknown said...

berkesan ke Bro? Dah mmg kegemaran kawan makan ulam. Cecah ngan budu.

tajudin said...

ye sham, memang berkesan, dapat pokok ni pun dari sahabt-sahabat di terengganu dan mereka amalkan. depa suruh balik tanam dan buat ulam pucuknya. memang berkesan.

Anonymous said...

salam semua kalau tak mau gemuk amik la JUSMATE 5 PRODUK PELANGSINGAN TERLARIS DI MALAYSIA FORMULASI PAKAR KEBIDANAN DAN SAKIT PUAN IAITU DR ROZMEY... gerenti kurus. untuk keterangan lanjut hubungi saya di talian 0176769882

tajudin said...

Anon July30, bagi link web/blog kalau ada, boleh promote/visit.

Thank you mai sini.