Friday, June 26, 2009

--bila hidup/minda selalu dalam mistik & misteri--

(ada kawan citer benda ni kat saya, nak caya pun boleh...diolah)
---

Jamal habis 4-hari kursus di JB jam 5 petang. Dia nak balik ke Melaka. Lepas bersiap di hotel terus naik kereta dan masuk hi-way PLUS.

Tiba kat Simpang Renggam ada orang tua tahan dia tepi jalan, nak tumpang ke Pagoh. Oleh kerana kesian tengok orang tua tu, dan Jamal pulak rasa boring bawa kereta sorang-sorang, dia pun benarkan orang tua tu tumpang dia...jam masa tu sekitar 6.30 petang.

Dah lama senyap PakCik tu pun tanya Jamal

PakCik --- anak nak kaya?

Jamal --- tak pe lah Pak Cik

PakCik --- betul ke anak tak nak kaya?

Jamal --- (dalam hati --- bior betul Pak Cik ni, nak bagi orang kaya tapi dia pun tumpang kereta aku)

PakCik --- kalau anak nak kaya, Pak Cik boleh bagi...

Jamal --- tak pe lah Pak Cik, saya pun dah OK. Cukuplah saya hidup sederhana ni...

(masing-masing diam...)

Bila kereta dah nak tiba Pagoh hari dah gelap...nak Maghrib. PakCik tu mintak Jamal turunkan dia kat tepi jalan nak masuk susur Pagoh. Hari dah senja gelap...

PakCik --- anak, turunkan PakCik kat sini. Ni Pak Cik nak tanya betul-betul ni. Betul ke anak tak mau kaya?

Jamal --- (dah mulai seram) tak pe lah Pak Cik, saya gembira dengan kehidupan sekarang, kalau Pak Cik nak bagi orang kaya, bagilah orang lain...

PakCik --- terimakasih anak, sebenarnya tak de apa Pak Cik nak bagi anak ni sebagai ucapan terimakasih tumpangkan Pak Cik. Kat kerusi belakang tu Pak Cik tinggalkan kaya dengan roti dalam plastik. Itu je yang PakCik boleh bagi. Makanlah sementara nak sampai Melaka....

===
pehhh.... sabor je la...

6 comments:

.rda. said...

haha.
seram gile intro.
;))

Tirana said...

Satu perkataan banyak makna..ehehehe

tajudin said...

.rda.

ha ha ha memang seram kalau dengar dari orang yang bawak citer tu...

tajudin said...

Tirana,

lain kali kalau orang nak bagi kaya, ambik je, jangan jual mahal...

c.i.k.a.m.i.e.a said...

beriye thrill... lalalala,
wat kecut jewp

tajudin said...

hati-hati guna Hi-way Plus Skudai-Pagoh ha ha ha