Thursday, May 21, 2009

Allah Lebih Menyayangi dan Maha Mengetahui

(Hanis, Hanif, Hanaa)

Dah 2 hari berturut-turut Abah bersolat jenazah. Pertama, Subuh pagi Selasa lepas selepas selesai Solat Subuh di Masjid Abu Bakar AsSiddiq. Seorang ahli kariah Masjid kita, Allahyarham Abd. Rahman (Amran Ramon Abdullah), 48 tahun meninggal dunia jam 1 pagi dan selamat diuruskan jenazahnya jam 5 pagi untuk persediaan Solat Jenazah. Arwah sakit komplikasi buah pinggang.

Kedua, semalam. Abah bersolat Zohor di Masjid Al-Falah USJ9. Kebetulan datang awal sikit, maka Abah lihat beberapa orang dan pegawai masjid menguruskan jenazah kanak-kanak lelaki dan diletakkan sebelah kanan Imam. Selepas selesai solat Zohor terus Imam bangun untuk solat jenazah.

Menunaikan solat jenazah ke atas kanak-kanak memang sangat menyentuh hati perasaan Abah. Memang Abah sedih/hiba kerana terkenang Arwah Hanan, maka Abah pun faham sedih ibubapanya / keluarganya. Andak Girl (ibu saudara) yang bantu urus jenazah Hanan balik dari hospital dan bawa ke masjid, sampai sekarang pun, masih akan menangis jika teringatkan Hanan, putih bersih budak tu...

Abah ingat masa lepas jenazah Hanan disolatkan ketika itu, Imam Masjid Darul Ehsan membacakan doa panjang (bertambah Abah sayu dan tersedu sedan --- masih teringat ke hari ini) - tambahan pula Imam pun sama bersedih, dan dia pula berdoa dalam Bahasa Melayu berulang-ulang kali dan semua jamaah faham/mengaminkannya -- "Ya Allah, kau berilah kesabaran yang tinggi kepada kedua ibubapa kanak-kanak ini, jadikanlah kanak-kanak ini pendahulu kedua orangtuanya, perintis bagi keduanya, sebagai simpanan bagi keduanya, beratkanlah timbangan keduanya. Ya Allah, penuhkanlah kesabaran ke atas hati kedua ibubapanya"

(Hanis, Hanif, Hanaa & Hanan --- Abah/Mama sayang semuanya)

7 comments:

aaapit said...

Al-Fatihah buat smua yg meninggalkan kita buat seketika..insyaallah..dengan izin yg esa..bersua kita semua satu ketika nanti yg kekal abadi...al-fatihah....

antu said...

al fatihah..

amin for da pray..

tajudin said...

aaapit & amerbourdon, thank you very much.

Unknown said...

Salam Din...
aku belum pernah mengalami perasaan yang seakan ini. Belum pernah lagi ahli keluarga terdekat yang pergi meninggalkan aku. Apa yang pasti, itu semua pinjaman dari Allah, amanah dari Allah untuk kita menjaganya buat seketika. Pabila sampai waktu untuk Dia mengambil kembali apa yang dipinjamkan, maka pergilah mereka dari sisi kita.

Al Fatihah.

Tirana said...

Setiap yang hidup pasti akan mati bila tiba masanya.. Di sana nanti kita akan dipertemukan kembali insyaAllah...

P/S nanti masuk blog saya amik hadiah..terimakasih banyak2 kerana tidak lupa mengunjungi blog saya..

tajudin said...

sham, tq bro. masing-masing ada takdirnya yang telah ditentukan semenjak azali

tajudin said...

Tirana, hadiah apa tu? Kuih lompang ke he he he