Thursday, June 4, 2009

Sekitar Karnival 2009 @ SIMDE --- 30 Mei 2009

Seperti yang diblog sebelum ini - berkongsi sebahagian gambar Karnival @ SIMDE pada Sabtu lepas 30 Mei 2009.

Persatuan Pengakap membuat demo pasang khemah.
Khemah la ni agak senang dipasang kerana ianya pasang siap - DIY. Kalau khemah dulu-dulu, letih...
Pemeriksaan barisan persatuan beruniform SIMDE dan Perasmian Karnival oleh YB Dr. Hj Ahmad Yunus ADUN Sijangkang, yang mewakili YB Dr. Halimah Ali - EXCO Selangor


Pasukan Bomba Subang Jaya turut membuat demo/pameran/penerangan
Gerai Penaja - ASUH, menjual pelbagai buku & majalah Anis/Asuh
YB bersama Penasihat Yayasan SAMDE - Tuan Syed Alwi
Gambar kenangan bersama YB Dr. Hj Ahmad Yunus. Turut bersama Penaja jamuan makan dari pagi hingga ke malam - Hotel Singgahsana Petaling Jaya (Pengurus Besarnya - Tn. Hj. Rohizan - 4 dari kiri)
Jualan/Demo membuat putu mayam original halal/suci/bersih di Gerai PIBG. Selalunya kalau makan putu mayam asyik was-was sahaja, rupanya ada orang Islam yang menceburi bidang ini membuat/menjual/mengedar putu mayam di Petaling Jaya/Subang Jaya/Shah Alam.


Seperti biasa --- kambing golek. Memang sentiasa direbut/dinanti-nanti oleh peminat-peminat tersendiri kambing golek/panggang (di kalangan pengunjung dan ibubapa) !!!
...kat mana yang sedapnya kambing golek ni...???
Pameran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) - memberi fokus kepada kemalangan jalanraya, jenayah kongsi gelap, ah long dan penyalahgunaan dadah. Bagus pameran statik ni - menyedarkan.
Ada gak ibubapa yang tak boleh tengok gambar accident ni...(tutup mata dan keluar)
Contohnya - gambar ini (kena gilis/lenyek dengan tayar lori).

Jenis-jenis dadah (klik untuk besarkan) -ganja mentah, ganja mampat, candu mentah, candu masak, daun ketom, pil ecstasy (xtc), pil psikotropik, syabu, morfin dan peralatan menghisap.
Sama-samalah awasi anak-anak kita dari gejala-gejala jenayah ini.

Gambar-gambar "doctors" in action.

Ibubapa yang turut serta menyokong (senyap-senyap join...) telematch yang diadakan.
OCPD Subang Jaya yang turun padang memberi sokongan dan juga penjelasan di bilik pameran.
Ustaz Ehsan dan bekas pelajar SIMDE. Kepada bekas pelajar SIMDE semua, cepat-cepat buat ALUMNI SIMDE. Objektif Alumni shall include among others to keep ex-students in touch, to facilitate contact between members, to activate activities to benefit ex-students and SIMDE/junior/students, to foster strong bonding with adik-adik junior, students & guru-guru di SIMDE and if possible, to establish ex-student care fund.
OK adik-adik, get-together and set your pro tem committee, move on...
Bergambar bersama sebahagian anak ayatim/miskin Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB), Subang Bestari selepas jamuan makan tengahari meraikan meraka. Pengurus RAKB ialah Ustaz Hamzah (dua dari kiri, baju maroon). Tiga dari kanan ialah Tuan Haji Abu Hassan Morad - Pengarah Urusan Galeri Ilmu - penerbit majalah Islam - ASUH, ANIS dan sebagainya - penaja utama Karnival.
YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, tidak pernah menghampakan jemputan SIMDE, turut hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang acara karnival.
(YB turut hadir merasmi/menyaksi demo pemakaian tudung oleh Busana Muslimah)

Ram (kanan - suami YB Hannah) bersama Ustaz Mazlan (Pemangku Guru Besar SIMDE)

Dari kiri Ram, CEO Yayasan SAMDE, Penasihat dan wakil Little Trees - juga salah sebuah penaja Karnival kali ini
Ais Krim Goreng Special
...ahhhaa, ni yang best & unik --- demo memasak dan jualan ais krim goreng di Gerai Tahun 5 --- terror la budak-budak Tahun 5 goreng ais krim!!!!


Bekas pelajar yang confirm hadir support aktiviti SIMDE

Aktiviti sebelah malam ialah marhaban/ceramah oleh YBhg Dato' Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah & Konsert Far-East


Kumpulan Far-East sedang menikmati jamuan. Program Karnival sehari suntuk itu tamat jam 12 malam. Syabas & Tahniah kepada semua khasnya guru-guru/ibubapa/keluarga yang terlibat bertungkus lumus menganjur, membantu, menyokong dan menjayakannya!


===
Tahniah kepada Adik Nurul Huda (Tahun 6) - dapat mesej dari Alor Setar - menjadi penjaga gol utama pasukan bolabaling Selangor bawah 12 - tewaskan Kelantan 9-6.

2 comments:

D3inT said...

wow that tshirt up there is sooo lawa hahahahaha i like it :D

tajudin said...

dah habis kot kena borong orang...