Saturday, July 12, 2008

Al-Fatihah Untuk Allahyarhamah Aina Mardhiah Shahrial.



aina ketika sihatnya - kanan sekali
semua gambar dari harakah online
.
saya membaca/kunjungi beberapa blog yang highlight kisah Adik Aina Mardhiah Shahrial, 17, yang meninggal dunia, tanpa sempat dikunjungi bapanya untuk berada di sisinya bagi kali terakhir. bapanya masih di tahan di ISA selama 7 tahun! lihat sini, sini, sini, malaysiakini dan harakah serta harakah2.
.
Adik Aina dimasukkan ke Hospital Kajang 2 Julai 2008 jam 3 pm. Bapanya hanya dibenarkan keluar Kemunting jam 5 pm 3 Julai 2008. Campur perjalanan Kemunting-Kajang 4 jam.
.
Adik Aina lebih dahulu meninggal dunia bertemu Allah petang itu jam 6.20pm 3 Julai...di sisi ibunya, Puan Siti Fatma.
.
Ohhh...Mana budi bicara, pertimbangan akal, hati perut dan perasaan orang yang berkuasa terlibat, baik Menteri mahupun pegawai-pegawainya?
.
Saya sedih menulis blog ini kerana saya pernah mengalami rasa bagaimana sedihnya bila anak sendiri meninggal dunia.
.
Maka, janganlah sampai nak tunggu anak YB Menteri/Tuan Pegawai mati dahulu baru nak tahu terasa bagaimana sedihnya seorang ibu dan bapa apa bila anaknya meninggal dunia, apa lagi kalau orang yang disayangi itu tinggalkan kita selama-lamanya tanpa sempat kita berada di sisi.
.
TERKILAN dunia akhirat - itulah perkataan yang sesuai.
.
Rasailah bagaimana sedihnya bila anak kita pergi untuk selama-lamanya - hingga kita akan menangis tersedu-sedan ketika memandikan mayat anak kita, mengkafankannya dan ketika solat jenazah (terakhir) untuknya.
.
YB Menteri/Pegawai - ambillah pengajaran. Ingatlah, kita bukan menongkat langit ini untuk selama-lamanya. Amal budi baik kita jua yang dibalas Allah.
Kepada ibu, bapa dan kaum keluarga Allahyarhamah Aina Mardiah - bersabarlah. Inilah takdir/ketentuan Ilahi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
.
AL-FATIHAH.







2 comments:

Me... Only Better said...

salam,

really sad. I posted a piece by Ummu Asiah on what transpired just today...

thanks for the link.

tajudin said...

noted.and have read that good posting.

most welcome.