Sunday, July 6, 2008

memandu di luar sedar

Saya tak perasan langsung Lesen Memandu saya telah pun ditamat tempoh pada 8 Disember 2007.
.
Maka saya bergerak selama 7 bulan dengan lesen memandu yang expired - dalam keadaan luar sedar saya.
.
Saya, kadang-kadang sendirian, kadang-kadang bersama keluarga, kadang-kadang bersama rakan telah bergerak dengan kenderaan ooooh jauhnya dari utara ke selatan dari timur ke barat, kat klang valley ni tak payah le cakap.... road block polis pun kita tempuh dengan baik sangka - senyum dan angkat tangan - tak de apa, tak risau langsung.
.
Maka pada Jumaat 4 Julai 2008 ketika mula bergerak keluar untuk pulang ke Selangor, Allah gerakkan saya - hang cek tengok lesen memandu - saya terhenti tepi jalan - dan tengok lesen 4, 5 kali - tak percaya! - 7 bulan dah lesen memandu aku mati......
.
Dah tau macam tu - tiba-tiba je hati jadi risau/gelabah. Dah 7 bulan bawak keter tak risau pulak. Terus cari pejabat pos berdekatan - aisey, pejabat pos masih penuh dengan orang claim duit minyak (nasib baik cuma claim minyak, kalau claim overtime pun kat pejabat pos, haru jugak la) - aduih, dapat no giliran 1197, kaunter baru entertain 1123 - kaunter ada 2 je...sabo sabo..
.
Maka saya pun, di hari Jumaat yang mulia 4 Julai 2008 bersamaan 1 Rejab 1429H, bermuhasabah diri & bertafakur selama 1 jam lebih di pejabat pos.
.
(nota: ada baiknya sekali sekala tengok-tengokkan lesen memandu tu..!)

No comments: