Tuesday, July 29, 2008

Jennifer Aniston







Aniston risau ditinggalkan teman lelaki

LOS ANGELES: Jennifer Aniston dilaporkan menghabiskan kira-kira £4,000 (RM25,200) sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan dan kecantikannya. Pelakon berusia 39 tahun itu dikatakan bimbang, kekasihnya John Mayer, 30, akan meninggalkannya dan mendampingi wanita lain yang lebih muda berikutan perbezaan usia mereka, berikutan itu, sanggup berbelanja besar untuk mengekalkan kecantikannya. Majalah Grazia melaporkan, perbelanjaan termasuk bayaran kepada tukang masak peribadi berjumlah £1,000 (RM6,300) dan £750 (RM4,725) bagi sesi yoga peribadi yang dibimbing pakar yoga terkenal Los Angeles, Mary Ingber.
“Jennifer Aniston tiada masa menyediakan makanan sihatnya sendiri, jadi dia mengupah khidmat tukang masak untuk menyediakan makanan organik, tinggi protin dan rendah lemak untuk dihantar kepadanya. Pelakon itu juga dilaporkan menjalani rawatan kecantikan yang menelan belanja ratusan dollar setiap sesi,” kata majalah itu. Majalah berkenaan turut mendedahkan, Aniston membelanjakan £750 (RM4,725) sebulan untuk mendapatkan rawatan menggunakan rumpai laut dan pembersihan muka dengan oksigen.
Pelakon itu percaya, rawatan berkenaan dapat menghapuskan kedut, bintik hitam dan kekeringan kulit dengan serta-merta. “Aniston turut menjalani rawatan anti selulit di sebuah spa untuk merawat pahanya, walaupun tiada selulit di bahagian itu dan ia menelan belanja £500 (RM3,150), £350 (RM2,205) rawatan balutan tubuh dan £300 (RM1,890) untuk penjagaan rambut setiap bulan. Beliau juga membelanjakan £150 (RM945) sebulan untuk sesi latihan peribadi, mewarna kuku kaki dan tangan, selain £100 (RM630) seminggu untuk urutan menghilangkan tekanan.



2 comments:

amy said...

boleh tahan tinggi mentenen....

tajudin said...

figure semua ada, so, just figure it out...