Malam tadi, sempena Nuzul-Quran berlangsung majlis berbuka puasa SIMDE yang ditaja oleh Al-Meswak Mu'min pengeluar ubat gigi Mu'min, warga SIMDE meraikan penuntut-penuntut Tahfiz A-Mukri, Puchong.

Bersama-sama bergotong-royong menyediakan/menyusun juadah berbuka puasa --- suka je caterer tengok...
(rahsia sulit -- 4 penghuni dulang ni makan 2 dulang...he he he -- saper tu???)

a. Al-Meswak Mu'min kini adalah 100% dimiliki oleh Bumiputera Islam selepas mengambilalihnya kerana kesedaran penggunaan nama Mu'min pada ubat gigi itu yang pada mulanya milikan orang bukan Islam.
b. Ubat gigi Mu'min 100% halal. Menggunakan kalsium yang bukan dari tulang haiwan. Kalsium yang diguna halus, boleh memasuki lubang-lubang kecil pada gigi (menutup rongga/lubang kecil/halus pada gigi).
c. Ubat gigi Mu'min tiada florida. (dari segi kimianya) jika gosok gigi dengan florida kemudian berkumur-kumur dengan air paip (mengandungi klorin), campuran itu menghasilkan chloroform. Apa musibah chloroform? (untuk lelaki pun ada, untuk pompuan pun ada) -- harap kawan baik saya pakar kimia yang baca blog ni -- bagi komen ye (jangan malu-malu)...
chlorine + fluoride = ++ chloroform
Guru Besar sampaikan sumbangan kepada penuntut Tahfiz A-Mukri. Lepas Isyak, semua mengerjakan solat Tarawih dan Witir.
Kepada penganjur, penaja, penyumbang, penderma dan semua yang meriahkan majlis, terimakasih daun keladi...!!! Hanya Allah s.w.t sebaik-baik pembalas kepada semua amalan.
2 comments:
Tuan Din, kalau macam tu, surau tu memang bersejarah. Jaga baik-baik.
ya, harapnya ramai yang turut bersama...
Post a Comment