Thursday, September 11, 2008

Wanita Tercantik Terakhir -- (sajak)

WANITA TERCANTIK TERAKHIR

Terjegil mata melihat
Tergugat iman dipahat
Terjaga tidur yang lelap
Tergila akal yang waras
Terliur air mengalir
Terjilat basi di bibir
Terpaku hati yang satu
Terhenti jantung berdebar
Terlupa segala ilmu

Melihat wanita tercantik terakhir di dunia

Yang berkahwin terlupa anak bini
Yang bujang cuba menonjol diri
Yang duda lagilah hiba
Penangan wanita terakhir ini

Isteri menjadi gusar; mulai berseksi
Semua wanita kelam kabut bersolek
Yang janda mencuba semula; bertapa
Cemburu dengan wanita terakhir ini

Semua wanita
Semua wanita
Dan
Inilah wanita tercantik terakhir
Di dunia

-tajmosa-
1992

4 comments:

amy said...

wow, siapa wanita tu?

Water Lily said...

siapa dia?cantik juga iman perkertinya? :)

Anonymous said...

"terhenti jatung berdebar"...?

itu bukan kira dah mati ke!!

tajudin said...

> wanita terakhir.....

>> he he he, iman dalam diri, tak de saper yang boleh tau.

>>> betul la kot, kalau tengok boleh mati...

+++ bacalah semula dua kali sajak ni, my point, elok ke atau teringin ke nak jumpa wanita macam tu, he he he (bahaya...)