Saturday, September 6, 2008

Selamat Menempuhi UPSR/PSRA

Pagi tadi bertempat di Dewan Solat Masjid Darul Ehsan berlangsung solat Hajat, bacaan Yaasin dan Tahlil anjuran SIMDE untuk semua guru, semua ibubapa & pelajar Tahun 6 SIMDE yang menduduki UPSR/PSRA (terakhir). Kali ini, turut menggabungkan guru/ibubapa/pelajar dari Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS) yang akan menempatkan pelajar-pelajar mereka mengambil peperiksaan di SIMDE.

Solat Hajat, Yaasin & Tahlil diketuai oleh Imam Masjid Darul Ehsan, Ust. Nor Salami (kanan sekali).
(Botol yang ada pink tag tu - Hanis punya....)

Raptai keluar masuk dewan peperiksaan dan "usha" tempat duduk.
(Bangunan Mesiniaga di kanan latarbelakang)

OK. Selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar SIMDE ini. Begitu juga kepada semua pelajar seluruh Selangor/Malaysia yang turut sama mengambil UPSR/PSRA tahun ini.

Buatlah yang terbaik!!

2 comments:

kalbi said...

Salam,

Rasanya ramai rakan seusia yg punya anak menduduki UPSR esokkan! Sama-sama doakan kejayaan anak-anak.
Good luck to Hanis and salam buat Lin.

tajudin said...

he he he kira pecah bisul le tu?

so good luck and all the best to all friends yang anak ambik UPSR/PSRA ini tahun.