Thursday, September 18, 2008

Ramadhan (13) -- HANIF & kelebihan TARAWIH

(Hanif)
Kalau mengikut kalender Islam (Tahun Hijrah) malam ini 19 Ramadhan adalah malam di mana HANIF dilahirkan, maka umurnya 11 tahun genap hari ini. 11 tahun lepas, lepas berbuka puasa, terus bawa mama Hanif ke SJMC, dan uwekkk uwekkk -- selamatlah Hanif dilahirkan ke dunia. Mula-mula nak letak nama "Muhammad Hanif", tapi kami masukkan nama Firdaus -- mengenang sempena kelebihan orang kerjakan solat Tarawih malam 19.


MUHAMMAD HANIF FIRDAUS -- (yang terpuji, yang lurus, syurga).
Cikgu/kawan-kawan/sekolahnya panggil Hanif.
Atuk & atuk sedara, sepupu, paksedara/maksedara panggil Firdaus.
Tapi kalau dijerit nama penuhnya -- fullname -- he he he, memang ada lah salah yang dia dah terbuat...
--
--
KELEBIHAN SOLAT TARAWIH -- Malam Ke-
.

1. Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

8. Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

No comments: