Saturday, September 27, 2008

Ramadhan (18) -- Iktikaf

(Hanis, Hanif & Hanaa)

Bila duduk dalam masjid (selepas telah dirikan solat Tahiyatul Masjid 2 rakaat) hendaklah niat Iktikaf iaitu : " Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

Ramadhan pun nak ke hujung. Orang makin kurang beriktikaf, mungkin dah gerak balik kampung.

Kalau iktikaf di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) inilah tempat port yang paling saya gemari (menghadap kiblat, bersandar, ada barisan tiang di belakang. Sangat tenang, sunyi, sejuk, nyaman sentiasa ada tiupan angin dari kiri kanan. kalau letih, boleh baring dan tidur!!! sampai masuk waktu). Pintu Hijau tu (klik untuk besarkan) ialah tempat memandi/kafankan jenazah. Kalau ada orang meninggal, Masjid akan pasang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara bermula dari jenazah hendak dimandi/kafan hingga ke solat jenazah. Orang ramai/kariah sekitarnya akan maklum hal ini, dan boleh datang untuk turut sama solat jenazah. Arwah orang tua dan anak saya, dimandikan untuk kali terakhir di situ (moga Allah merahmati mereka).


(gambar di kanan Masjid, tak perlu pasang kipas pun dah sejuk)



,

2 comments:

D3inT said...

arwah anak???
nape meninggal???
ley share story??

tajudin said...

ceritanya panjang. tapi dipendekkan - dah ketentuan Ilahi, kena redha.

btw, maklumkan kpd kawan2/cikgu yang ada dalam gambar majlis berbuka tu termasuk budak form 4 tu, untuk jenguk blog ni.

tq.