Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat berkorban. Berkorbanlah, berjuanglah apa sahaja, harta mahupun nyawa, untuk Islam, hanya untuk Allah s.w.t.
.
Ikhlaskan niat dan ikhlaskan perjuangan. Jangan niatkan kerana benda lain, tujuan yang lain, ideologi, semangat yang bukan kerana Allah. Ingatlah, melakukan ibadah/kebaikan kerana orang/makhluk -- itu adalah SYIRIK. Manakala buat ibadah/kebaikan kerana ingin menunjuk-nunjuk -- itu adalah RIAK. Apakah balasan mereka yang syirik/riak -- saya yakin, anda pun sedia maklum!
.
Semoga Allah memberkati semua pengorbanan kita semua. Hayatilah sentiasa pengorbanan Nabi Ibrahim, dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga, hayatilah pengorbanan para sahabat.
Salam Aidil Adha.
Hanaa buat/bagi kadraya Aidil Adha sendiri bagi ke family, penuh dengan pantun... dasat tu...zoom/klik nak tengok pantun si Hanaa...



.
Kalau tak, alamat parah lah pegawai/AJK masjid nak kena lapah/urus 34 lembu sesama mereka...
6 comments:
walau 100 ekor sekalipun, kalau bantu muafakat sesaama ahli kariah, semua kerja ankan ringan
100 ekor? kawan lapah sekor lembu pun amik masa 2 jam. 4 orang wat kerja. lepak syyioottt....
amy, korban 100 ekor lembu satu masjid? orang kariah pun lari... masa pagi ramai lerr, cuba tengok kalau dah masuk kul 12...,
sham, syabas! lambat cepat tak pe, yang penting ada semangat.
tapi rekod masa yang hang catat ni agak cukup mengecewakan... kena banyak latihan he he he
mmg mengecewakan Din. Pakcik tuan punya lembu tu membebel mcm org naik gila. ader ker dia ckp kat kitorang bodoh cam lembu. anak dia ader sekali. aku ckp kat anak dia "kau bodoh cam lembu sbb bapak bela byk lembu".
lambat sbb lps sembelih ujan turun dgn lebat nya. nak cover lagi tuh
banyakkan praktis, practise makes perfect bro.
tahun ni 1 lembu 4 orang dapat 2 jam beres.
tahun depan 2 lembu 4 orang 1 jam beres, kasi target tinggi punya.
Post a Comment