Tuesday, December 23, 2008

semoga Allah membalas orang yang jujur/ikhlas

Update 10.05pm 24/12/08
Teringat ada kawan dari Batu Pahat pernah citer (dan pernah masuk Majalah 3 TV3 pun), kalau kat BP ni - kes calar/kemek macam ni, boleh hnatar satu tempat workshop BATIN, lupa pulak nama tempat/pengusaha - hantar kat workshop dia, cuma ambik masa 15-20 minit je, yang kemek akan baik semula seperti sediakala, siap cat ko - bayar ikut IKHLAS... orang BP, tolong verify...tq
+++
+++
---post asal---
Kereta Perodua Kancil kesayangan saya (yang mampu memecut sehingga 100km/j)dilanggari orang. Kereta itu saya parking, alih-alih dah kena langgar. Saya tak tau sapa yang melanggar.
.
Saya nampak ada nota di wiper. Maaf terlanggar - dia tinggalkan contact number untuk saya hubungi.
.
Saya pun call orang langgar kereta (OLK), dia ingin bayar berapa jumlah baikpulih. Saya pi workshop tanya mekanik, diorang kata RM350 (lihat gambar, panel tepi kena ketuk/cat semua, seluruh bumper kena cat semula...ishh macam tu pun RM350). Saya call OLK bagitau RM350. Dia kata OK. OLK suruh saya baiki. Dan dia bayar terus kepada cina workshop itu. Akhirnya, bila kereta saya siap, OLK tu pun saya tak jumpa, yang saya tau nama dia hujungnya ada Man (abang/adik/pakcik...ntah le...)
.
Terimakasih kerana sangat jujur (tinggal kontek number). Semoga Allah membalas sebaik-baiknya budi baik tuan.



9 comments:

Harry's said...

semoga rezeki org yg jujur bertambah dan dirahmati

RHisham said...

perggghhhh... panas jer aku dengau nih. sabau jer lah Bro.
maybe OLK tu belum ada duit.

yensetapak said...

nk bbelasah ke? kalau nak, jgn lupa panggil. boleh tumpang sekaki

tajudin said...

harry's - AMIN.

tajudin said...

> sham, mu paham ke kawan punya post tu.

>> yensetapak, awatnyer nak belasah pulak.

kawan baca semula posting tu, takde masalah nak paham rasanya. orang yang langgar tu bayar terus kat kedai Cina tu, dia busy sangat agaknya...OK la tu...

RHisham said...

ohhhh... dah bayar.
igtkan tak bayar. sbb Bro ckp trus syp jer. mcm tak dgr cerita terus.

mmg ikhlas giler org tuh

Ujie said...

bagusnya..keta saya pernah kena hempap apetah..besi kot..sebab kemek terus kat bonet depan..agaknye dia bawak besi tu pastu tak larat, terjatuh atas keta saya...TAPI...orang tu tak tinggalkan no tepon pun..terpaksa la saya bayar sendiri...KEMEK GILERRR ok....sabo jela...

tajudin said...

sham, ye dia bayor terus. kira orang tu jenis cakap sikit, kerja banyak.

tajudin said...

ujie, Allah akan bagi yang lebih baik lagi suatu hari nanti, Insya Allah.