Wednesday, December 3, 2008

sidai jangan tak sidai (tahun depan dah tak leh sidai)

....pehhh, nak decide bab sidai kain pun YAB kena chair...

Peraturan sidai kain di flet

PUTRAJAYA: Penghuni kediaman berbilang tingkat dilarang menyidai pakaian di kawasan terbuka apabila penguatkuasaannya dilaksanakan mulai awal tahun depan.Tabiat itu yang biasa dilihat di rumah pangsa atau pangsapuri ketika ini menyebabkan imej dan pemandangan kawasan persekitarannya terjejas terutama di kalangan pelancong asing.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi menguatkuasakan peraturan itu, satu garis panduan akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.“Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan menyediakan tempat yang khusus dan peralatan sepatutnya disediakan, akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan, serta Menteri Besar dan Ketua Menteri.

10 comments:

RHisham said...

sidai jalur gemilang tak per.
sidai jejalur terbilang tak bleh.

aaapit said...

elokla tu tk sidai..sedap mata memandang..

yensetapak said...

bg lah orang lain pengerusikan majlis, menteri @ ksu cukup lah..

Shah Jehan said...

Kat Singapore boleh la buat peraturan macam ni. Diorang tu semuanya duduk di bangunan bertingkat. Baju semua guna dryer. Orang kat Putrajaya tu guna apa ek...

tajudin said...

sham, amende jejalur terbilang tu

tajudin said...

aaapit, habis depa nak sidai kat mana. sidai kat ruang tamu lepas tu full blast kipas?

tajudin said...

yensetapak, kawan setuju dengan mu. KSU cukup la...

tajudin said...

SJ, kawan tak tinggal kat putrajaya, nanti la kawan tanya-tanyakan camana depa keringkan baju...

RHisham said...

jejalur terbilang?
alah...yg pakai tali tu.
yang bawak 2 biji kat depan tu.

tajudin said...

ikut suka depa la nak sidai kat mana, depa punya rumah...